CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

MH370 Pencarian Diteruskan!

11-4-2014 05:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2642| Komen: 1

Description: “Jacc Telah Menganalisis Data Akustik Yang Dikesan Dan Telah Mengesahkan Bahawa Signal Yang Dilaporkan Oleh Kapal Pertahanan Ocean Shield Tiada Hubungan Dengan Kotak Hitam Mh370” Kata Houston.



Isyarat dikesan tiada kaitan dengan kotak hitam

PERTH - Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata penilaian awal kepada isyarat yang dikesan oleh pesawat RAAF, AP-3C Orion semalam telah dikenalpasti tiada kaitan dengan MH370.

“JACC telah menganalisis data akustik yang dikesan dan telah mengesahkan bahawa signal yang dilaporkan oleh kapal pertahanan Ocean Shield tiada hubungan dengan kotak hitam MH370”  kata Houston.

Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Australia.

Hari ini Ocean Shield akan menyambung usaha pencarian bersama ping locator dalam mencari isyarat yang mungkin ada hubungan dengan kotak hitam pesawat.

Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat "ping', dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan 'pinger' ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.


"Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan 'pinger' ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat," kata Houston.

Beliau berkata setakat ini tidak penemuan kukuh dalam pencarian MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baharu.

MH370: Satu lagi isyarat dari dasar laut dikesan


Echo sounder dikatakan alternatif cari kotak hitam berikutan mampu mengeluarkan gelombang dan menggunakan pantulan gelombang untuk kesan sebarang objek di depannya.

PERTH - Sebuah pesawat Australia mengesan isyarat yang berpotensi semasa menjalankan pencarian bagi Penerbangan MH370 Malaysia Airlines di Lautan Hindi tengah hari ini.

Ini disahkan oleh Ketua Pusat Koordinator Agensi Bersama Australia (JACC) Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston.

"Semasa menjalankan pencarian akustik, pesawat AP-3C Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) telah mengesan isyarat yang berkemungkinan di sekitar kawasan carian kapal pertahanan Australia, Ocean Shield," kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata data akustik itu memerlukan analisis lebih lanjut semalaman tetapi ia "menunjukkan potensi dari sumber peralatan buatan manusia".

Houston berkata beliau akan memberi maklumat mengenai perkembangan terkini jika dan apabila maklumat lanjut diperoleh.

Beberapa transmisi isyarat yang mungkin dari perakam penerbangan MH370 telah dikesan sejak Jumaat.

Dua isyarat pertama dilaporkan dikesan pada Jumaat dan Sabtu oleh kapal China yang menyertai opetrasi pencarian sementara empat lagi isyarat dikesan oleh Ocean Shield, dua isyarat dikesan pada Sabtu dan dua lagi pada Selasa.

Kotak hitam MH370, yang mengandungi perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit, mungkin dapat merungkai persoalan tentang apa yang berlaku pada MH370 yang melencong beribu-ribu kilometer dari laluan asalnya semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 krew, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Operasi pencarian yang disertai pelbagai negara dikerah untuk menjejaki MH370, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor - koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand - dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Berdasarkan analisis terbaharu data satelit yang belum pernah dilakukan sebelum ini, syarikat telekomunikasi United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIM) merumuskan bahawa MH370 telah terbang melalui koridor selatan dan bahawa kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, ke barat Perth.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, tujuh belas hari selepas pesawat itu dilaporkan hilang bahawa Penerbangan MH370 telah "berakhir di selatan Lautan Hindi". 

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=796841&extra=&page=1
3

Bagus
11

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
8

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote ana_w_houb 14-4-2014 10:23 AM
macam x caya je xde sesape comment! after 3 days.....

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.045103 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top