Restoran Warisan pamer keunikan tersendiri MENJAMU selera sambil menikmati keindahan alam semula jadi di kawasan perkampungan yang dipelihara memang mengasyikkan dan sukar diperoleh di kebanyakan tempat, namun, Restoran Warisan Kampung Terachi menawarkan suasana flora di tengah bendang yang pasti menjadi kenangan indah bagi setiap pengunjung. Terletak kira-kira 35 kilometer dari Seremban, Restoran Warisan mempunyai keunikan tersendiri selain menyajikan makanan tradisional Negeri Sembilan, sajian Melayu dan makanan ala Thai. Lokasinya di Pusat Kraf, Perkampungan Budaya Terachi memberi peluang kepada pengunjung bukan sahaja boleh menikmati hidangan, malah mempelajari dan menghalusi kesenian dan keunikan kraf tangan penduduk yang dipamerkan. Produk kraf tangan ini dijual bersama produk industri kecil dan sederhana (IKS) lain yang diusahakan penduduk setempat bagi memenuhi permintaan pelancong. Menjejakkan kaki ke restoran ini bukan sekadar untuk destinasi menjamu selera, malahan pada setiap malam minggu pelanggan turut disajikan dengan persembahan kebudayaan Negeri Sembilan seperti bongai, caklempong dan joget lambak. Difahamkan, persembahan bongai merupakan persembahan tradisi yang dianggotai oleh masyarakat setempat yang berusia lebih 70 tahun. Ia masih lagi tidak mempunyai pelapis meskipun anak-anak muda tempatan sedar bahawa persembahan bongai ini akan pupus apabila datuk dan nenek mereka kembali kepada ilahi. Bongai, satu-satunya persembahan tradisi yang boleh didapati di Kampung Terachi ini. Ia gabungan alunan biola, nyanyian dan tarian yang mempunyai keunikan tersendiri. Pemiliknya, Shuhaimi Sidek, 47, berkata, Restoran Warisan menampilkan kelainan berbanding restoran sedia ada di negara ini melalui gaya persembahan iaitu bukan sekadar daripada segi keenakan makanan, tetapi aspek nilai budaya cuba diketengahkan. Memulakan perniagaan sejak Oktober 2009 lalu ia juga lokasi sesuai untuk mengadakan hari keluarga, jamuan korporat, hari jadi dan majlis perkahwinan memandangkan keluasan restoran ini mampu memuatkan lebih 400 orang pelanggan pada satu-satu masa. Biarpun restoran ini berada di ceruk kampung, tetapi lokasinya mampu menjadi tumpuan kerana kemudahan yang banyak dan selesa selain keunikan budaya yang ditonjolkan. “Di Malaysia peninggalan budaya dan warisan sejarah sememangnya unik. Ini terbukti melalui keunikan masakan yang diwarisi turun-temurun sejak zaman nenek moyang. Di Negeri Sembilan, masakan tradisi seperti masak lemak cili api sememangnya terkenal kerana menggabungkan masakan tradisional diwarisi turun-temurun. Justeru, kami mengetengahkan konsep Melayu daripada segi hiasan dalaman, manakala hidangan ditawarkan pula merangkumi masakan tradisional Negeri Sembilan dan masakan Thai. Makanan Thai juga diselingkan bagi memenuhi kehendak pengunjung luar dan tempatan,” katanya penuh yakin. Berhampiran dengan Taman Rekreasi Ulu Bendul dan Istana Lama Seri Menanti membuatkan Restoran Warisan ini umpama tempat persinggahan bagi pengunjung yang ingin merehatkan minda sambil menikmati hidangan panas. Menurut isteri pemilik, Sabariah Md. Ali, 44, pengunjung terutamanya dari luar Negeri Sembilan yang menjamu selera di sini berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi di Ulu Bendul sambil menghayati kesan sejarah di Istana Lama Seri Menanti. “Kami menyajikan menu mengikut permintaan pelanggan kerana pada hari biasa kebanyakan mereka adalah masyarakat setempat manakala hujung minggu pelanggan dari luar. Bagaimanapun jika pelanggan meminta menu yang tiada dalam senarai, kami masih menerima dan menyediakannya. "Antara menu menjadi pilihan pengunjung ialah rendang, daging dan ikan keli salai, masak tempoyak dan tomyam, selain masak tempoyak daun kayu, udang galah, asam pedas, stim atau kukus halia ikan dan ketam. "Manakala air minuman yang sering menjadi pilihan pengunjung tempatan ialah Air Jando Pulang yang menggunakan air kelapa dicampur dengan gula. Selain itu, kami menawarkan minuman coconut shake dengan harga serendah RM1.90 segelas,” ujarnya menerangkan makanan dan minuman. Bagi anda yang ingin meluangkan masa bersama keluarga atau pun teman-teman, bolehlah berkunjung ke Restoran Warisan. Ia dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat bermula 12 tengah hari sehingga 11 malam. Lakukan tempahan awal bagi memastikan acara anda berjalan lancar. Antara menu Tempoyak daun kayu
|
beatgirlX posted on 16-4-2014 11:40 AM
ada address?
bleh try nih
sebab aku suka sangat daging salai ngan tempoyak masak daun daun tu
Anak_Nogori posted on 16-4-2014 11:41 AM
Restoran Warisan ni terletak lebih kurang 1/2 kilometer dari rumah dan kolam saya...dulu..kurang org ...
Anak_Nogori posted on 16-4-2014 11:41 AM
Restoran Warisan ni terletak lebih kurang 1/2 kilometer dari rumah dan kolam saya...dulu..kurang org ...
beatgirlX posted on 16-4-2014 11:40 AM
ada address?
bleh try nih
sebab aku suka sangat daging salai ngan tempoyak masak daun daun tu
beatgirlX posted on 16-4-2014 11:40 AM
ada address?
bleh try nih
sebab aku suka sangat daging salai ngan tempoyak masak daun daun tu
tapibukanaku posted on 16-4-2014 11:44 AM
lalu je tapi tak pernah singgah. singgah kedai tepi jalan tu ada lah.
kite8286 posted on 16-4-2014 11:47 AM
15min dr bandar seremban. jalan seremban-kuala pilah, kat simpang masuk sri menanti
Anak_Nogori posted on 16-4-2014 11:41 AM
Restoran Warisan ni terletak lebih kurang 1/2 kilometer dari rumah dan kolam saya...dulu..kurang org ...
the_killer posted on 16-4-2014 11:48 AM
Banyak bana bungo nan kambang
Indak sarancak bungo padi
Duo tigo gadih nan den pandang
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
4-5-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.056115 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.