CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Mengaku Salah Tampar, Gigit Jiran

2-5-2014 10:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14451| Komen: 128

Description: Mereka Didakwa Melakukan Kesalahan Mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan Yang Dibaca Bersama Seksyen 34 Kanun Sama, Yang Memperuntukkan Hukuman Penjara Hingga Setahun Atau Denda Hingga Rm2,000 Atau Ked ...

Maziah, (kanan) bersama Melor ketika hadir di Mahkamah Majistret Seremban, semalam.

Seremban: Akibat tidak berpuas hati dengan komen di laman sosial Facebook (FB), dua wanita masing-masing didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menyerang jiran mereka, Februari lalu.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, menjatuhkan hukuman itu ke atas Maziah Samion, 31, dan Melor Abu Bakar, 51, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Mereka didakwa secara bersama  menyebabkan kecederaan Saridah Sohib 39, di sebuah rumah di Jalan 19, Taman Mulia, Mantin dekat sini, pada jam 10 malam, pada 21 Februari lalu.


Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Bertindak ikut perasaan

Sebelum menjatuhkan hukuman, Mohamad Izwan berkata, tertuduh sepatutnya malu dengan perbuatan mereka serta tidak terlalu mengikut perasaan marah.
“Malu apabila jadi begini kerana anak sudah besar. Jika tidak dapat selesai cara baik, jumpalah penghulu atau sesiapa yang boleh membantu. Kamu sepatutnya cari cara lain, kalau ikutkan nafsu, memang beginilah akibatnya,” katanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Mohammad Zanudin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, kedua-dua tertuduh mengunjungi rumah Saridah kerana tidak berpuas hati dengan komen jiran mereka dalam Facebook hingga berlaku pertengkaran.

Dalam kejadian itu, Saridah memaklumkan komennya kerana tindakan tertuduh yang bercerita mengenai hal dirinya dan keluarga kepada penduduk, selain menuduhnya dengan perkara bukan-bukan.

Berikutan itu, tertuduh memukul, menarik rambut dan menampar pipi Saridah sehingga mulutnya berdarah. Dalam kejadian itu, Maziah turut menggigit tangan Saridah.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sueism 1-5-2014 11:37 AM
tulah ada fb tapi tak tau guna...
Quote alinone78 1-5-2014 11:38 AM
Kalau ada mesti dah kecoh kat sini
Quote alinone78 1-5-2014 11:40 AM
sueism posted on 1-5-2014 11:37 AM
tulah ada fb tapi tak tau guna...

Aku create fb guna nama anak2 aku j
Quote Tok_Batin 1-5-2014 11:47 AM
Amboi makcik2 kampung pun dah berFB sakan noh? sampai bergaduh-gaduh mengalahkan anak2 muda
Quote puteri_malam 1-5-2014 11:54 AM
emosi terlebih lak berFB....dah tau gitu takyah la add jiran tetangga...jari masing2 menaip tak pk jiran2..dah terselisihfaham gi serang lak.....bahya sungguh!
Quote kegimaru 1-5-2014 11:59 AM
bila dh xda keja nk buat..dok nganga kat umah..main fb..tampar jiran
Quote batmana 1-5-2014 12:00 PM
patutnya ada had umo fb

umo 18 -28 tahun je leh pakai..

lain2 pi layari website warga emas..
Quote Syd 1-5-2014 12:05 PM

Maziah Samion (right) and Melor Abu Bakar leaving the Seremban magistrate’s court yesterday. Pic by Iqmal Haqim Rosman


makcik makcik menjoyah lepas kena denda..

ceh!
Quote Syd 1-5-2014 12:07 PM
According to the facts of the case, both accused had gone to Saridah's house and got into an argument for being dissatisfied with their neighbour's comments on Facebook.

Saridah said the comments were made because of the accused's attitude of badmouthing her and her family members to other neighbours.

The accused then hit Saridah, pulled her hair and slapped her on her cheeks until her mouth bled.

Maziah also bit Saridah's hand before the former's husband intervened and stopped the fight.


Quote munchkin 1-5-2014 12:08 PM
dua dua nampak cam 51 ja.

anyway nak jadi cam senior aku semua nak ngadu nak tulis kat fb.

siap tag atas katil dalam bilik dalam rumah apt sekian sekian.
Quote siti_kus 1-5-2014 12:11 PM
Makcik kampung pn dh advance skrg. Bergosip kot fb!
Quote peYno 1-5-2014 12:11 PM
Syd posted on 1-5-2014 12:05 PM
Maziah Samion (right) and Melor Abu Bakar leaving the Seremban magistrate’s court yesterday. Pic  ...

tudung plain baju kuru g munga2 mesti bawak myvi je
Quote Syd 1-5-2014 12:12 PM
ni baru salah satu kes dari kampung yang corok-corok..

dok Mantin je pung..

kalau dok bebetul seremban tak tahu laaa
Quote Syd 1-5-2014 12:12 PM
tengok muncung yang baju kurung magenta/ijau tu pung tau

seksi gituhh
Quote Syd 1-5-2014 12:14 PM
peYno posted on 1-5-2014 12:11 PM
tudung plain baju kuru g munga2 mesti bawak myvi je

yang mokcik belakang abe polis tuh
itu gerang emas ke apa tuh?

ke gelang yang batu batu tu je..

apa nama gelang tuh

kristal ke apa

Quote mak_wa95 1-5-2014 12:15 PM
Daripada dok berfb baik labuat program menguruskan badan..badan dah macam tong dram...xlama kena sakit jantung,kes dok pendam marah..darah tinggi lagi..
Quote noor2 1-5-2014 12:17 PM
...facebook punya pasai...jaman dah berubah
Quote noor2 1-5-2014 12:18 PM
Syd posted on 1-5-2014 12:05 PM
Maziah Samion (right) and Melor Abu Bakar leaving the Seremban magistrate’s court yesterday. Pic  ...

gerun gila tgk muka dan badan
Quote noor2 1-5-2014 12:19 PM
tak abis gelak lagi i...

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.058462 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top