CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Kontroversi Hanez Suraya Bantu Popularkan Lagi Aurawhite

2-5-2014 05:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12959| Komen: 40

Description: Menurut Pengarah Pengurusannya, Furyna Azmeer, Kontroversi Hanez Membantu Mempopularkan Lagi Produk Mereka. Beliau Turut Mengesahkan Yang Hanez Suraya Bukan Lagi Duta Mereka Sejak April Lalu. Bagaiman ...


Sekitar Mac lalu kecoh mengenai sebilangan pengguna jenama produk minuman kolagen dan kecantikan wajah, AuraWhite Beauty yang bertindak mahu memboikot produk tersebut ekoran kontroversi yang menimpa dutanya iaitu pelakon Hanez Suraya. Namun hal itu tidak menjejaskan jualan juga pemasaran produk berkenaan.

Menurut Pengarah Pengurusannya, Furyna Azmeer, kontroversi Hanez membantu mempopularkan lagi produk mereka. Beliau turut mengesahkan yang Hanez Suraya bukan lagi duta mereka sejak April lalu. Bagaimanapun jelas Furyna, pihaknya tidak membatalkan kontrak Hanez sebagai duta sebaliknya pelakon drama 'Love You Mr. Arrogant' itu sendiri yang menarik diri.


"Berkenaan kontroversi Hanez, ada pro dan kontranya. Dari segi jualan berjalan seperti biasa. Tak terjejas. Malah kontroversi Hanez sebenarnya buat orang lagi kenal dengan produk kami.

"Selepas kejadian kontroversi itu, Hanez sendiri yang nak tarik daripada terus menjadi duta kami. Kata Hanez, dia terpaksa berbuat demikian demi kebaikan produk. Hanez tidak lagi menjadi duta sejak April 2014", kata Furyna ketika ditemui pada majlis memperkenalkan duta baru Aura White, bbertempat di Hotel Aloft, Kual Lumpur, semalam.

Tanggungjawab Amyra dan Natasha


Natasha Hudson & Amyra Rosli dilantik sebagai duta baru AuraWhite Beauty. Kredit foto Suhhaizul Izhar.

Sebagai pengganti, produk berkenaan telah melantik dua selebriti iaitu pelakon yang sedang meningkat naik namanya, Amyra Rosli dan pelakon juga pengacara, Natasha Hudson sebagai jurucakap yang baru.

Kata Furyna, walaupun Amyra masih baru dalam industri namun imej dan penampilan gadis itu antara faktor menarik dan melayakkan pelakon itu memikul tanggungjawab tersebut.

Sementara Natasha pula mewakili kaum wanita yang bertudung. Sekaligus pemilihan kedua-dua personaliti ini selaras dengan konsep AuraWhite yang lebih elegan, segar dan mengikut peredaran masa kini.

"Kami sedia maklum Amyra masih baru dalam industri. Tapi dia masih muda serta memiliki imejnya yang menarik seiring dengan namanya yang semakin dikenali ramai. Selain pihak kami juga mencari personaliti yang berimej muslimah dan sopan juga elegan. Justeru kami merasa Natasha paling sesuai", katanya yang tidak meletakkan apa-apa syarat khas kepada kedua duta ini kerana pihaknya percaya akan kewibawaan mereka dalam menjaga nama baik produk.


Furyna (tudung merah) bersama duta-duta AuraWhite, Nastaha HHudson dan Amyra Rosli juga duta AuraWhite Men, Izzue Islam (sut hitam).

Dalam pada itu, Amyra mengakui tanggungawab ini sangat besar buatnya namun dia akan mengalas kepercayaan yang telah diberikan dengan sebaik mungkin.

"Saya memang sudah lama mengamalkan AuraWhite. Saya mulakan dengan makanan tambahan kemudian saya cuba produk kecantikannya pula. Bila ditawarkan jadi duta, saya gembira dan bersyukur. Tak dinafi, ini satu tanggungjawabb yang berat apatahlagi saya masih baru dalam industri. Tapi saya tidak akan mempersia-siakan kepercayaan yang AuraWhite beri pada saya", kata Amyra yang dilamar AuraWhite kira-kira dua bulan lalu.


2

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 2-5-2014 10:07 AM
tahniah pada pemenang
Quote CiliPadiSedap 2-5-2014 10:16 AM
urm. akak tetap boikot.

kalau betul hanez tak rosakkan aura white?

kenapa perlu press conference untuk update duta terbaru?

sebab sales merundum?

ayat org bisnes mmg biased.
Quote batman_2007 2-5-2014 10:19 AM
Anyway.. K Colly lagiii berkesan
Quote ellZack 2-5-2014 10:20 AM
tahniah pada pemenang
Quote skymania 2-5-2014 10:26 AM
nanti pakai aurawhite..menggerutu mcm hanez suraya lak mukernyer... skeri!
Quote makton 2-5-2014 11:52 AM
cer amik tinted jd model. pas dh putih baru hakak try!

say no to adira mayat hokey!
Quote mitnick 2-5-2014 12:07 PM
berkesan ker produk nie?
Quote fifie_olin 2-5-2014 12:14 PM
leh caya ke dia nk tarik diri...cover la tewww
Quote asermullen 2-5-2014 12:22 PM
tgk muka dia tak licin pun, macam muka bulan,
Quote xpdckelate 2-5-2014 12:27 PM
teringat tokey terlajak laris,berlakon sendiri lawak giler,ahaha
Quote CrowneGlory 2-5-2014 12:36 PM
Natasha hudson??... Kok yea pun nk kincing cari la retis lain... Dh tentu2 mix mmgla putih...
Quote solstice 2-5-2014 12:40 PM
Dok amik yg dah cantek wat pe
Amik lah amir raja lawak tu
Nk tengok heols berubah jd kpop

At least jihan kerr
Quote munchkin 2-5-2014 12:46 PM
whatever...
Quote merrissa 2-5-2014 02:10 PM
jadi pilih la artis kontroversi untuk laris produk?????

amek nabila huda jela...terkejot aku kalo dia putih...
Quote adz6167 2-5-2014 02:15 PM
kenapa lantik duta yg dh sedia putih.....tk pyh susah2 boikot jer AW ni...lg pun pernah cuba bukan sekejap...lama la jugak malangnya hasil tk la seberapa yg diwar2 kan....jwpn standard tidak sesuai....
cari produk lain yg sama nilai tapi lg bagus....no issues
Quote tomet05 2-5-2014 03:31 PM
biasa la ada ubat serasi .. ada orang gatal sapu kicap dah elok .. ada yang siap beli krim riban2 tak pulih gak ..
doa dan tawakal. banyakkan amek air semayang cam kak nita ye .. kikiki
Quote annehuda 2-5-2014 03:35 PM
kawan aku minum aurawhite berbotol2 adelah nmpk cerah tp takdela smpi putih melepak. habeh nk buat camne dh die tu anak mami
Quote Parit.Hilton 2-5-2014 03:38 PM
aku ada kenal ramai orang yang bukak kiosk jual produk kecantikan.

kebanyakan memang mengakui sales aura white jatuh teruk lepas kontroversi hanez suraya ni.

Quote katakau 2-5-2014 04:01 PM
tak caye hames tue tarik diri..propa jer..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.101904 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top