CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MH370: Isteri Pramugara Selamat Lahir Bayi Lelaki

20-5-2014 10:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13473| Komen: 92

Description: "Sayang, Ampunkanlah Segala Dosa Mami To You (Kepadamu). Sekiranya Mami Tahu Bahawa Perpisahan Abadi Menanti Kita Pada Malam 7 Mac 2014, Sudah Tentunya Mami Akan Melutut Sujud Pohon Kemaafan Daripad ...


MH370: Isteri Pramugara Selamat Lahir Bayi Lelaki

SHAH ALAM - Isteri anak kapal MH370, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan selamat melahirkan bayi kedua melalui pembedahan, malam tadi.

Bayi lelaki itu diberi nama Muhammad.

Anak pertama mereka, Iman kini sudah berusia empat tahun.

Intan Maizura Othaman, 34 memuatnaik gambar tag namanya di hospital di laman Instagram miliknya dengan kapsyen yang menyayat hati.

"Sayang, ampunkanlah segala dosa Mami to you (kepadamu). Sekiranya Mami tahu bahawa perpisahan abadi menanti kita pada malam 7 Mac 2014, sudah tentunya Mami akan melutut sujud pohon kemaafan daripada kamu pada hari terakhir pertemuan kita.

"Doakanlah Mami selamat menjalani operation (pembedahan) untuk melahirkan Muhammad, hari ini," tulisnya.

Dalam kapsyen sama, Intan memohon dipanjangkan usia demi mendidik anak-anak mereka.

"Semoga ALLAH SWT panjangkan usia Mami untuk terus mencurahkan kasih sayang dan untuk terus membesarkan permata-permata yang diamanahkan oleh ALLAH ini untuk menjadi insan yang beriman dan berjaya di dunia dan akhirat," tulisnya lagi.

Operasi mencari MH370 terus dipergiat, namun sehingga ini pesawat berkenaan masih gagal dikesan.

13

Bagus
16

Marah
16

Terkejut
22

Sedih
13

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelana36 20-5-2014 07:49 AM
semoga Intan Maizura terus tabah untuk membesarkan anak anak dan menghadapi segala cabaran yang mendatang.
Quote tapibukanaku 20-5-2014 08:00 AM
Last edited by tapibukanaku on 20-5-2014 08:03 AM

Quote bimmo 20-5-2014 08:01 AM
Semoga tabah menghadapi masa depan
Quote makton 20-5-2014 08:09 AM
tahniah atas kelahiran ummat muhammad..

semoga tabah mgharungi masa depan
Quote nacein 20-5-2014 08:18 AM
tahniah intan..smoga Allah melindungi kamu dan anak2 amin......
Quote princess_happy 20-5-2014 08:45 AM
semoga tabah mengahadapi segala ujian....u have to be strong...
Quote sunquick 20-5-2014 08:47 AM
tahniah intan atas kelahiran bb yg kedua...
moga tabah dlm mendidik kedua2 permata yg di anugerahkan Allah...
Quote Fantaghiro 20-5-2014 08:49 AM
sedihnya bersalin somi takde...
Quote putehkundor 20-5-2014 08:51 AM
Semoga kuat menghadapi dugaan
Quote Vellfire 20-5-2014 08:52 AM
semoga keluarga ini tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup..................
Quote Czaziq 20-5-2014 08:54 AM
tahniah intan. semoga diberikan kekuatan utk membesarkan anak2. amin
Quote mdmyana 20-5-2014 08:55 AM

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Moga Intan dapat bersama kembali di Firdaus nanti
Quote cloudy_83 20-5-2014 08:56 AM
Sedihnya..
agak-agak baby dia iras siapa ye..
Semoga anak-anak beliau menjadi pemuda-pemuda yang dapat membahagiakan ibunya..
Quote Bell 20-5-2014 09:00 AM
Ayat tak betul. Sepatutnya - isteri kepada mohd hazrin mohd hasnan, anak kapal MH370 selamat melahirkan bayi.....
Quote tapibukanaku 20-5-2014 09:02 AM
Bell posted on 20-5-2014 09:00 AM
Ayat tak betul. Sepatutnya - isteri kepada mohd hazrin mohd hasnan, anak kapal MH370 selamat melahir ...

wartawan pun manusia biasa...
Quote alladeen 20-5-2014 09:02 AM
Tahniah..semoga tabah membesarkan anak2 tnpa suami di sisi
Quote Suchi 20-5-2014 09:06 AM
takutnya andai satu masa aku harus lalui keadaan gini

inilah yg paling ditakuti
atau tetiba suami hilang/ ninggal
tup2 baru tau diri peknen pula

arghhh resah hati tak tertanggung harus korbankan perasaan demi kebaikan baby yg di kandung..

peritnya bila harus peknen n melahirkan ank sendirian tnpa suami....

bukan senang nk menabahkan diri..telan air liur pun tak terasa
berat mata org menengok, yg menanggung tak terperi rasa.
Quote mamanurulhasbi 20-5-2014 09:09 AM
mudah2an intan terus tabah.
ibu tetap sayangkan n sanggup besarkan anak2 walau sendirian.
moga jadi anak yang berguna.
Quote nolya 20-5-2014 09:19 AM
Apabila kita diduga Allah, sesungguhnya Allah menyayangi kita.  Nabi Muhammad s.a.w. pun lahir tanpa melihat wajah ayahandanya.
Tahniah kpd Intan kerana selamat mendapat baby kedua, semoga Allah sentiasa mensejahterakan kehidupan Intan sekeluarga.  Amin...

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.072887 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top