CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Anwar: Jangan Takut Pada Samseng Umno

27-5-2014 03:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3732| Komen: 10

Description: Kira-Kira 3,000 Hadirin Yang Membanjiri Dewan Dan Persekitaran Kolej Han Chiang Menyambut Dan Bersorak Bagaikan Pesta Setiap Kali Pimpinan Tertinggi Pakatan Tiba.



Anwar: Jangan takut pada 'samseng' masuk DUN



Pimpinan Pakatan Rakyat hadir bersama malam semalam untuk kemuncak kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor yang bakal tamat malam ini.

Kira-kira 3,000 hadirin yang membanjiri dewan dan persekitaran kolej Han Chiang menyambut dan bersorak bagaikan pesta setiap kali pimpinan tertinggi Pakatan tiba.

Ketika calon Bukit Gelugor Ramlarpal Singh tiba pada jam 9 malam, sorakan "Ramkarpal! Ramkarpal!” bergema di dalam dewan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut menerima sambutan sama dengan hadirin menyorak nama beliau apabila beliau tiba pada jam 9:43 malam.

Sorakan "Reformasi!" mengiringi kibaran bendera DAP, PKR dan PAS ketika Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba pada jam 9:50 malam dengan tangan dalam anduh akibat kemalangan yang dihadapi beliau minggu lalu.

Ketika ketua pembangkang memulakan ucapannya, hadirin berengsot dan bersesak ke hadapan dewan untuk melihat lebih jelas kelibat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar seperti biasa berucap dengan tegas dan garang memberitahu rakyat Pulau Pinang untuk tidak takut dengan sekumpulan kecil samseng yang merempuh dan menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Rabu lalu.

"Umno makin terdesak dan kurang isu - kerana itu mereka ada samseng. Adakah anda takut dengan 20 samseng yang masuk dalam dewan? Jangan takut kepada mereka!

"Politik mereka (Umno) kotor tetapi kita mesti terus melawan mereka.  Beritahu samseng Melayu itu yang lawan mereka bukan dengan Cina sahaja. Lawan mereka seluruh rakyat Malaysia," kata beliau disambut sorakan dan tepukan gemuruh hadirin.

Anwar turut memberi jaminan kepada Guan Eng betapa  beliau akan berdiri dengan setiausaha agung DAP itu sehingga isu pencerobohan DUN selesai.

Beliau turut mempersoalkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang seolah berdiam diri dalam isu ini.

"Mana Zahid? Mengapa tak buat kerja?

"Kalau BN tak boleh memastikan keselamatan negara dan mempertahankan perpaduan dalam negara ini, tolong letak jawatan !" tegas beliau.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boyagombak 26-5-2014 12:50 PM
samseng tai kucen
Quote deanswify 26-5-2014 03:17 PM
yg anuwar ni pula samseng taik jalanan ...
mengata dulang paku serpih
sama je politkus2 dlm Malaysia ni.
Quote abgsedapmalam 26-5-2014 05:14 PM



Anwar: Kami tak pernah pun serang Parlimen




Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menghadapi sebarang kenyataan yang tidak digemari tidak harus menggunakan keganasan, seperti serangan yang berlaku terhadap pejabat DAP dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

“Pertahan serangan pada DUN, kalau itu jadi ukuran, berapa kali kita (Pakatan Rakyat) harus serang Parlimen Malaysia kerana sikap dan kenyataan biadab Umno dan menteri?

“Tetapi kita tidak boleh lakukan begitu,” kata ketua pembangkang, seperti dilaporkan KiniTV.

Mengulas reaksi terhadap Anggota DUN (ADUN) Seri Delima daripada DAP RSN Rayer yang menggelarkan pemimpin Umno celaka, Anwar berkata, Umno sepatutnya membawa usul terhadapnya di Parlimen.

Anwar juga menolak kenyataan yang seoalah-olah mewajarkan protes itu atas alasan Rayer “biadap”.

Katnaya, walau apa pun, kedaulatan undang-undang harus dipertahan dan menteri dalam negeri harus menjamin keselamatan semua pihak.

Katanya, beliau sendiri pernah menerima pelbagai kutukan dan kejian tetapi tidak pernah bertindak ganas.

“Orang maki saya, boleh saya terajang orang Umno (kerana marah)? Tak boleh,” katanya.

Anwar juga tidak nampak kenapa kenyataan Rayer itu dianggap sama seperti menghina orang Melayu.

“Melayu Melayulah, Umno Umnolah. Sejak bila rampas harta Melayu jadi pejuang Melayu?”  soalnya kembali.

Beliau bagaimana enggan mengulas sama ada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin harus meletakkan jawatan ekoran tindakan anggota pergerakan itu.

“Itu urusan Umno,” katanya.

[Baca berita penuh]


[youtube]hRNOzwRdI64[/youtube]





Quote donut_1752 28-5-2014 08:36 AM
sembang lebih..
Quote leni 28-5-2014 11:59 AM
Tolong la muka pakcik yg mcm hantu ni lagi. Next!!!!
Quote clepetpro88 29-5-2014 10:45 AM
haha dia tak fikir mintak bantuan kat jalan KL tu dulu siapa sampai rusuh kerajaan jadi mcm binatang RACOON kat dataran tu siapa ? kencing kat muka sendiri lol.
Quote lantanao8 29-5-2014 01:57 PM
dia tu yg samseng.....samseng jalanan kucing kurap.....
Quote senahsanasini 29-5-2014 11:51 PM
Bila msa umno gangster,
Bkn dorg sopan dan santun kaa



Quote Defcon2 30-5-2014 10:38 AM
Umnolah juara gangster... bukak saje youtube berjela2 video pasal samseng umno.

Kalau jadi gangster pandai takpe jugak... ini samseng umno terpekik terlolong mancarut "c*bai! p*ukimak! ba*bi! pastu takbir "Allahuakhbar". Perangai sakai betul.

Orang lain berkempen cara berhemah masa PRK Kajang dan PRK Bkt Gelugor... tapi umno hantar brigade kesatria buat tarian perang. Siap joget-joget pastu nak tumbuk-tumbuk orang. Sakai btul cara berkempen.

Dan jangan lupa... umnolah penaung kumpulan2 ektremis seperti Pekida dan Perkasa yang banyak dianggotai oleh gangster dan samseng.  

Quote jijah 30-5-2014 08:24 PM
........

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.171926 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top