CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Anwar sangkal pembangkang pernah kata 40,000 warga Bangladesh pengundi

21-11-2013 11:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11279| Komen: 100

Description: Mengulas Mengenai Hal Itu, Anwar Berkata, Ia Tindakan Tidak Bertanggungjawab Membuat Tuduhan Tersebut Malah Meminta Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Menafikan Kerajaan Membawa Masuk Rakyatnya ...
Anwar sangkal pembangkang pernah kata 40,000 warga Bangladesh pengundi                                                
                                                                                                                                                                                          



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperdaya Parlimen apabila mendakwa  Pakatan Rakyat (PR) mengatakan 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk didaftarkan sebagai pengundi.

Beliau berkata, PR sudah menyiasat dan tiada bukti yang menunjukkan PR membuat dakwaan tersebut.

"Kami bercakap mengenai pengundi dibawa dari Sabah dan Sarawak tetapi tidak berkata apa-apa mengenai 40,000 warga Bangladesh yang didaftarkan sebagai pengundi.

"Tuduhan tersebut sengaja diadakan dan cuba diputarbelitkan oleh penulis blog Umno," katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Ketika pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober, Najib dalam ucapannya menyentuh mengenai perpecahan populasi di Malaysia dan secara berseloroh, berkata peruntukan tidak termasuk dengan 40,000 rakyat Bangladesh yang dibawa masuk sebagai pengundi hantu ketika Pilihan raya Umum (PRU13) seperti didakwa pembangkang.

"Sehingga ke hari ini tidak ada siapa pun yang melihat mereka bahkan bayang pun tiada. Cukuplah dengan penipuan ini dan bertaubatlah kepada Tuhan," kata Najib.

Mengulas mengenai hal itu, Anwar berkata, ia tindakan tidak bertanggungjawab membuat tuduhan tersebut malah meminta Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menafikan kerajaan membawa masuk rakyatnya untuk didaftarkan sebagai pengundi dalam PRU13.

Anwar berkata, berita mengenai kemasukan pendatang Bangladesh disokong oleh maklumat yang diterima Pakatan Rakyat dan pihaknya mempunyai bukti menunjukkan warga asing berkenaan adalah sebahagian daripada senarai pengundi awal yang diterima golongan tertentu seperti polis dan tentera.

"Hal ini sepatutnya disiasat oleh satu badan suruhanjaya yang bebas," katanya.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengkritik pembangkang kerana menuduh kerajaan membawa masuk 40,000 pendatang Bangladesh sebagai pengundi pada PRU13.

Beliau bekata, hanya 12 pendatang Bangladesh diberi hak kerakyatan Malaysia dalam tempoh 10 tahun.

"12 orang ini hanya boleh mengundi sekiranya mereka mendaftarkan diri sebagai pengundi, tuduhan 40,000 pendatang Bangladesh mengundi dalam PRU13 merupakan penipuan paling besar,” katanya. – 20 November, 2013.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 20-11-2013 08:20 PM
die nak ckp, bukan 40k, 100k sbnrnye yg jd pengundi hantu tu
Quote BlueHand 20-11-2013 08:32 PM
Ape komen penyokong tegar?
Quote apitkl 20-11-2013 08:36 PM
Beliau bekata, hanya 12 pendatang Bangladesh diberi hak kerakyatan Malaysia dalam tempoh 10 tahun.
Quote berusjamban 20-11-2013 08:36 PM
Takde plak dah... tu membe pr aku dok men
Quote dino 20-11-2013 08:38 PM
kaki pembelit tul anwar ni....  yg dok share kat fb tu umno ka..... penyokong PAS n PR yg dok share menda alah ni alih2 tak ngaku...... tp ok aaa klau PR menang next pru pun bkn ko jd PM pun.... kaki pembelit mana leh jd PM...
Quote Knights 20-11-2013 08:50 PM
dino posted on 20-11-2013 08:38 PM
kaki pembelit tul anwar ni....  yg dok share kat fb tu umno ka..... penyokong PAS n PR yg dok share  ...

rasanya anwar ni nak cuba sepenggal lagi kot. tengok dia masih gigih. ge14 ni kalau tak menang gak, mungkin dia tak tenang tenang ta kdapat jadi pm

Quote wana89 20-11-2013 08:53 PM
dino posted on 20-11-2013 08:38 PM
kaki pembelit tul anwar ni....  yg dok share kat fb tu umno ka..... penyokong PAS n PR yg dok share  ...

Dia gigih je dino lepas PRU.. wana rasa lepas ge14, kalo pr menang dia jadi pm kot.. orang indon banyak ambil apa dia cakap kot.. menyampah pula aku dengan anwar ni.  
Quote Magika 20-11-2013 08:55 PM
wana89 posted on 20-11-2013 08:53 PM
Dia gigih je dino lepas PRU.. wana rasa lepas ge14, kalo pr menang dia jadi pm kot.. orang indon b ...

janji anwar ibrahim untuk indonesia .......

BANDUNG (KRjogja.com) - Tokoh oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim, berjanji akan memprioritaskan Indonesia jika terpilih menjadi Perdana Menteri dalam pemilihan umum 2013 mendatang.

“Semuanya saya prioritaskan, mulai dari masalah tenaga kerja Indonesia (TKI) hingga perbatasan,” beber mantan Deputi Perdana Menteri (PM) Malaysia ini di Bandung, Senin (30/1).

Anwar menilai hukuman cambuk atau hukuman mati terhadap warga Indonesia, terutama TKI harus ditangani secara bijak. Menurutnya, Pemerintah Malaysia selama ini kurang menangani dengan baik soal pekerja asing. “Jangan jadikan mereka budak,” tegasnya.

Anwar juga berjanji akan menurunkan harga minyak dan gas di Malaysia jika berhasil menggantikan posisi yang kini diduduki Najib Razak itu. “Hal pertama yang akan saya lakukan jika terpilih jadi PM Malaysia, dalam satu hari saya akan turunkan harga minyak dan gas di Malaysia,” ujarnya.

Malaysia, kata dia, merupakan negara penghasil minyak bumi dan gas terbesar. Setiap tahun Pemerintah Malaysia memperoleh keuntungan 90 miliar ringgit. Untuk maju dalam pemilu nanti, dia mengklaim sudah meraup banyak dukungan dari rakyat Negeri Jiran tersebut. “Setelah dibebaskan 9 Januari lalu, dukungan dari rakyat sangat besar,” ucapnya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Jika Jadi PM Malaysia, Anwar Ibrahim Prioritaskan TKI
Senin, 30 Januari 2012 17:29 WIB

REPUBLIKA.CO.ID, BANDUNG -- Masalah tenaga kerja Indonesia (TKI) dan wilayah perbatasan negara jadi hal yang terus dipersoalkan antara Indonesia dan Malaysia. Mantan Deputi Perdana Penteri Malaysia Anwar Ibrahim menjanjikan, jika dirinya terpilih jadi Perdana Menteri (PM) Malaysia, pihaknya akan memprioritaskan penanganan permasalahan TKI dan perbatasan dengan Malaysia.

"Saya akan prioritaskan semuanya dari mulai masalah tenaga kerja Indonesia sampai masalah perbatasan," kata Anwar Ibrahim, usai memberikan orasi ilmiah di Aula Barat Kampus Institut Teknologi Bandung (ITB), Senin (30/1). Menurutnya, permasalahan TKI tidak harus diselesaikan dengan hukuman cambuk atau sejenisnya, tapi harus ditangani dengan bijak.

Menurutnya, kalau ada kasus kriminal terkait tenaga kerja, dari mana pun kewarganegaraannya, tak perlu dijadikan mereka sebagai budak. "Ini soal moral, bukan soal politik. Bagi saya ada kasus di mana mereka diberlakukan, seolah-olah orang kaya dilindungi," kata Anwar.


Quote dino 20-11-2013 08:58 PM
Knights posted on 20-11-2013 08:50 PM
rasanya anwar ni nak cuba sepenggal lagi kot. tengok dia masih gigih. ge14 ni kalau tak menang gak ...

psl anwar ni la aku kasi bn undi seketul..... klau dah berasal dr tong taik.... bau tu tak hilang punya....
aku hrp bile dah nak sampai pru nanti... die tak larat nak berpolitik dah...... kekonon anwar ni clean.... tak rasuah katanya....
Quote dino 20-11-2013 09:01 PM
wana89 posted on 20-11-2013 08:53 PM
Dia gigih je dino lepas PRU.. wana rasa lepas ge14, kalo pr menang dia jadi pm kot.. orang indon b ...

die sanggup buat ape saja utk jd PM..... org2 umno tahu anwar ni mmg peribodi die tak elok...... since org dlm umno pun semua 2x5 je... main pompuan... main lelaki la apa la..... depa semua diam2..... mslhnya anwar byk musuh...... die byk kali selamat psl yg cuba nak jatuhkan die....  spesis 3 suku jugak.....mcm eskay n kwn2.....


Quote thessailly 20-11-2013 09:05 PM
nenek kau laa nuar
Quote Anak_Nogori 20-11-2013 09:05 PM
tak kan masing2 masih tak kenal siapa Anwar ni?...aku masak dah dgn cara Anwar ni.

Atira bangla mana?..lama tak nampak..
Quote noell 20-11-2013 09:09 PM
dino posted on 20-11-2013 08:38 PM
kaki pembelit tul anwar ni....  yg dok share kat fb tu umno ka..... penyokong PAS n PR yg dok share  ...

bukan pembelit la

dia dah kena penyakit "short memory loss" lepas keracunan arsenik dulu la

hg suka la fitnah dia tau...kalo dia jadi pm esok maju la kg aku cerok tokkun  tuh tau ka??




Quote thessailly 20-11-2013 09:13 PM
beria2 betul si atira tu sokong pr..penuh emosi laa wa ckp lu..

yg cina2 malaysia siap sign petition mintak campur tangan obama...hihi

lps tu ada pulak skuad penangkap bangla masa election day...haha..now that's a special kind of stupid
Quote hasniey 20-11-2013 09:14 PM
byk belit la org tua ni
dulu time pru org2 dia jgk yg sebuk psl bangla mengundi ni
amek video la ape la
skrg tetiba kate itu semua pitenah!!

ai xkn sokong mne2 parti yg ade kaitan dgn anwar ni
ABAI
Quote dino 20-11-2013 09:17 PM
noell posted on 20-11-2013 09:09 PM
bukan pembelit la

dia dah kena penyakit "short memory loss" lepas keracunan arsenik dulu la

so pemimpin camni harus berundur je...... dah tak btul .... wpun benci umno nak sokong pakatan pun takyah buta tuli....
Quote noell 20-11-2013 09:21 PM
dino posted on 20-11-2013 09:17 PM
so pemimpin camni harus berundur je...... dah tak btul .... wpun benci umno nak sokong pakata ...

kalo undur sapa nak ganti dia jadi agent provocater???hg???

tak provok tak best la kat mesia neh...lagik best buat fitnah masuk pesbok tag obama  biaq viral...mmg happening la

Quote True-X 20-11-2013 09:23 PM
sat g mai la penyokong tegar abg nuar ni...
Quote batu kikir 20-11-2013 09:28 PM
Geli getik aku dengan Nuart ni.
Mangkuk hayun mana lah yang minat sangat kat mamat ni.

P/S Auwwwwwww

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.169080 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top