CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Artis Tidak Perlukan Kontroversi Untuk Berjaya - Zara Zya

29-5-2014 04:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12763| Komen: 34

Description: “Saya Lebih Selesa Menjadi Diri Sendiri Oleh Kerana Saya Jenis Yang Simple Suka Pakai Selipar Dan Juga Kurang Bersosial. Disebabkan Itulah Saya Tidak Mempunyai Cerita,” Katanya Lagi.

Agak pedas sindiran Zara Zyra namun apa yang dikatanya memang benar. Kemenangannya dalam ABPBH tanpa kontroversi menunjukkan seseorang artis itu tidak perlu bergantung pada kontroversi murahan untuk berjaya.


Tambahan bila ianya boleh menjejaskan kerjaya mereka. Ini terbukti apabila sepanjang penglibatan seni Zara Zya, beliau telah mendapat tempat di kalangan peminat tanah air dengan kehadirannya dalam beberapa siri drama yang dilakonkannya sebelum ini tanpa gosip yang bukan-bukan.


“Artis tak perlu ada kontroversi sekiranya mahu dikenali kerana bagi saya dia perlu berusaha untuk membuktikan bahawa hasil kerjanya itu layak untuk diterima peminat dan ikhlas dalam segala kerja yang diberikan padanya,” katanya ditemui selepas selesai acara ABPBH 2013.



“Sekarang ini peminat peminat sudah pandai menilai dan memberikan komen mereka terhadap lakonan kita dan sekiranya berkualiti mereka akan memuji dan sebaliknya. Lagipun kontroversi yang tidak baik tidak sihat untuk kerjaya kita malah boleh menjejaskan imej dan keluarga. Lebih baik fokus kerja dan memberikan nilai yang elok buat peminat, “ujarnya ramah.

“Saya lebih selesa menjadi diri sendiri oleh kerana saya jenis yang simple suka pakai selipar dan juga kurang bersosial. Disebabkan itulah saya tidak mempunyai cerita,” katanya lagi.

Gadis ini juga bersyukur atas segala sokongan yang diberi oleh peminat dan penyokong setianya.

“Alhamdulillah saya bersyukur sekali kerana berjaya merangkul gelaran Artis Baru Wanita Popular dan bersyukur sekali kerana peminat banyak menyokong dan mengundi saya untuk anugerah kali ini dan selepas saya akan mengadakan sedikit jamuan meraikan kejayaan ini bersama-sama dengan kelab peminat saya,” tambahnya lagi yang berbunyi gembira.

Tahniah, Zara Zya. Dan semoga artis-artis lain mengambil iktibar atas kata-kata dan pendirian beliau ini.



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tara_tara 28-5-2014 07:11 PM
Tak minat zara zya. So x kisah ada kontrovesi ke tidak
Quote menjad 28-5-2014 07:14 PM
Bagus jgn jd cam si arogant tu.... Puiii sgt pangai
Quote famri7 28-5-2014 07:20 PM
Nanti tengok la elohim bayar cash.
Quote enchikfitz 28-5-2014 07:22 PM
Good luck Zara Zya. Jgn lupa diri. Itu pesananku
Quote senahsanasini 28-5-2014 07:24 PM
Calling for @antikaumsejenis

kau anti sgt dgn dia kan..

Last edited by senahsanasini on 28-5-2014 07:33 PM

Quote senahsanasini 28-5-2014 07:25 PM
Bagus zara, aku pon belum pnh dgr lg kontroversi pasal kau lg..

Quote pakwetizzaqyah 28-5-2014 07:31 PM
i love u zara zya
Quote miss_rose 28-5-2014 08:40 PM
Elok la.. jgn dah famos lupa diri plak ye.
Quote mitnick 29-5-2014 02:47 AM
dia blakon pon ok, xdelah sendu sgt
Quote kintan 29-5-2014 08:25 AM
semuga awak sukses zara..
cuma satu pesan akak.. Allah bagi kita akal yg sempurna utk berfikir baik dan buruk jgn buat perkara yg menjadi kermurkaan Allah sudaaaa...
Quote kakikuDibibirmu 29-5-2014 08:26 AM
Zara Zya Tegas Fikir Artis Tidak Perlukan Komunis Untuk Berjaya
Quote tomet05 29-5-2014 09:15 AM
berlakon ok tapi jangan bikin kontolbesi ye ..
Quote offwhite 29-5-2014 09:24 AM
hope she meant what she said...jgn hr x mahu kontrobersi...esok lusa kontrobersi muncul...tp selalunye artis bila dah popular dah mula perasan diva..
Quote ainie_1008 29-5-2014 09:32 AM
ermm harap2 jgn lupa diri yea zara.
Quote cikatilia 29-5-2014 10:16 AM
tegas ke hapa ke
aku tidak kenal sama ko zara zya
Quote no_el 29-5-2014 10:22 AM
Setuju jah
thn ni artis yg bersih gitu menang award
s.saleha
aaron
jihan
achey
johan
Quote mzzenma 29-5-2014 10:25 AM
Aku pun tiada kenal dia tapi aku vote dia utk teka abpbh tu

Boleh mcm tu?

Quote dangharum 29-5-2014 10:52 AM
tahniah zara zya
Quote ajurina 29-5-2014 11:03 AM
senahsanasini posted on 28-5-2014 07:24 PM
Calling for @antikaumsejenis

kau anti sgt dgn dia kan..

hahahaha!! mari...mari....@antikaumsejenis

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.061144 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top