CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Akademi Fantasia 2014 Kembali Format Asal

3-6-2014 10:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25844| Komen: 180

Description: "Sepanjang Penerbitan Af Pelbagai Eks Perimen Dan Pembaharuan Juga Telah Pun Diperkenalkan Dari Musim Ke Musim Demi Mengenal Pasti Format Dan Strategi Paling Efektif Bagi Menambah Baik Program Ini. ...
Akademi Fantasia 2014 Kembali Format Asal   


Raqim (dua kanan) bersama tenaga pengajar AF 2014. foto SAMUEL ONG/The Star

                    
KUALA LUMPUR: Program Akademi Fantasia (AF) musim terbaharu bakal kembali dengan format asal seperti mana ia mula diterbitkan pada 2003.

Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, biarpun menggunakan konsep asal namun pengisian program tersebut akan diperkenalkan dengan nafas yang lebih segar bersesuaian dengan peredaran zaman.

"Sepanjang penerbitan AF pelbagai eks perimen dan pembaharuan juga telah pun diperkenalkan dari musim ke musim demi mengenal pasti format dan strategi paling efektif bagi menambah baik program ini.

"Sehubungan dengan itu, kami membuatkan keputusan untuk menyuntik semula format asal yang terbukti berjaya meletakkan jenama AF di fenomena tersendiri," katanya.

Raqim ditemui pada majlis penghargaan artis dibawah naungan Astro di Hotel Le Meridien dekat sini, Isnin.


Barisan artis naungan Astro. - .


Dalam pada itu, Raqim berkata, keputusan itu juga dibuat berdasarkan penerbitan musim-musim terdahulu dan mendapati rakyat Malaysia sebati dengan elemen emosi, drama dan air mata yang cuma dapat dirasai menerusi AF.

"Kami berharap format asal dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan AF yang menjadi aset serta testimoni utama," jelasnya.

Sementara itu, Raqim berkata, pihak produksi akan mengadakan uji bakat di empat buah lokasi di seluruh Malaysia iaitu Johor pada 13 dan 14 Jun 2014, Pulau Pinang (14 dan 15), Sabah dan Selangor (21 dan 22 Jun).

Pihak Astro juga turut mengadakan sesi uji bakat untuk laluan pantas secara dalam talian dengan peserta memuat naik video nyanyian secara kreatif AF Mobile atau www.akademifantasia.com.my bermula 26 Jun hingga 9 Jun 2014.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 3-6-2014 01:42 AM
xde astro......... xleh tgk.......
Quote munchkin 3-6-2014 01:48 AM
Baguslah....ada sorang pomuan yg aku tak berkenaan. Hala hala nak nasihat org cam dia good good padahal. Hmm. Last edited by munchkin on 3-6-2014 10:42 PM

Quote kentutmanis 3-6-2014 02:02 AM
relevan lgkah AF ni, pleasela..
Quote burque 3-6-2014 02:34 AM
Sendu AF tahun lepas taktau pon sapa menang
Quote miss_ikato 3-6-2014 02:42 AM
astro ni ckp mcm kap lam ya nga tau ops lupe lak ownernye kan kellllll....ahahahahah....kate last af pastu kuar plak af 2013.....ni nk wat blk....yg last year pn x glemer....ape2 je la......
Quote cicicumel 3-6-2014 02:46 AM
kena terima hakikat, rakyat malaysia kurang berbakat..tgk je la THE BAND tu..hazabedah
Quote anishacute 3-6-2014 03:03 AM
Dgn af je la astro leh cari makan lebih... haha
Quote LembingDayanti 3-6-2014 04:00 AM
tolong la pecat sepupu lisa surirumah tu please selagi dia ada situ merepek je program. hantar dia balik singapore diam diam bukan orang malaysia pun
Quote maxim 3-6-2014 05:30 AM
artikel lama

AF9 Bakal Jadi Program AF Yang Terakhir!

10 DIS 2010: Semua dah tahu kan yang Akademi Fantasia Musim Ke-9 (AF9) akan kembali tidak lama lagi. Tapi, apa yang mengejutkan Murai Batu, AF9 kali ini akan menjadi program AF terakhir yang diterbitkan oleh Astro.

Mula-mula tu, Murai Batu ingat benda hanya ni main-main je atau sekadar satu gimik semata-mata. Tapi, perkara ini telah disahkan oleh orang yang berkenaan di pihak Astro sendiri. AF9 akan jadi program yang terakhir.


Fuh...Murai Batu pun tak tahu macam mana nak luahkan perasaan tatkala mendengar berita ni. Sedih ada, kelu pun ada ada. Macam tak percaya pun ada. Pendek kata, macam-macam perasaan berbaur dalam diri Murai Batu sekarang ini.

Hakikatnya, Murai Batu adalah antara segelintir pihak di luar sana yang membesar dengan program AF dan tempoh selama 9 tahun bukanlah satu tempoh yang cukup singkat.

Dalam tempoh 9 tahun AF bersiaran, macam-macam yang lihat. Macam-macam yang Murai Batu pelajari. Sedikit-sebanyak, program ini telah mendewasakan persepsi Murai Batu terhadap dunia hiburan itu secara realitinya.

Realitinya, ia tak seindah seperti yang difikirkan. Glamor itu hanya dapat dinikmati dari sudut luaran. Glamor itu hanyalah sekadar pakaian yang membaluti tubuh setiap bintang AF.

Namun, cabaran untuk bersaing, cabaran untuk memperbaiki diri, cabaran untuk menjadi yang terbaik dan cabaran untuk kekal adalah realiti yang perlu dilalui oleh setiap bintang AF.

Bagi yang bernasib baik, laluannya mungkin tak sesukar mana. Tapi, bagi yang kurang bernasib baik, bermacam dugaan yang perlu mereka lalui.

Apapun, Murai Batu percaya ada segelintir pihak yang akan menarik nafas lega apabila AF sudah sampai ke penghujungnya. Namun, apa yang Murai Batu diberitahu, AF9 bakal menjanjikan sebuah pengakhiran AF yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila oleh pengikut setianya.

Malah, AF9 juga bakal menjanjikan pelbagai kejutan serta perubahan yang tidak dijangka. Dalam hal ni, Murai Batu tak propa ya. Tapi, kalau nak tahu perkembangan AF9 dengan lebih lanjut, terus dengan setia dengan Murai ya.

Quote maxim 3-6-2014 05:30 AM
so si pondan tua aznil akan jdk pengacara?
Quote pakwetizzaqyah 3-6-2014 06:34 AM
patutnya AF dia kena buat AF Redemption...mana2 yang first tersingkir masuk balik untuk direcycle...hahaha ni apasal tenaga pelajar mcm nak mengajar Quran ni?
Quote makcik_timah61 3-6-2014 07:14 AM
Rancangan yg dah takde peminat
Nak cerca pun malas
Zzzzzzzzzzzzzzzzzz
Quote ais_kosong 3-6-2014 07:17 AM
aritu konon dah last..
xjadi ek?
Quote alieyrina 3-6-2014 07:23 AM
Wat mcm idola kecik utra la..kumpul suma champs battle kat final sezen ...

dah pengajaq pun nampak dah behijabista harap budak2 af nanti pakai semenggah sikit  
Quote amiraira 3-6-2014 07:33 AM
Ari tu dh kata last
Ni last lagik ke
Quote mongoose_kidz 3-6-2014 07:37 AM
tp kan..produk af ni klau mnjadi mmg bagus..contoh hafiz, aizat, stacy n hazama...semua pun menyerlah kat ajl.
tp tula...kira nisbah 1:12 la...
satu je mnjadi..yg lain ke laut
Tp yg lain blh try bidang seni lain..
diorg dok kata artis mee segera tp yg x mee segera pun hampeh..guane tu??
Quote fifie_olin 3-6-2014 07:45 AM
perlu ke AF di abad ini
Quote maxim 3-6-2014 07:49 AM
amiraira posted on 3-6-2014 07:33 AM
Ari tu dh kata last
Ni last lagik ke

yg ni last yg terakhir..
Quote copypaste82 3-6-2014 07:50 AM
xperluu!!

Lihat semua komen(180)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.056765 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top