CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Moyang Ku Kahwin Dengan Bunian

6-6-2014 11:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29071| Komen: 105

Description: Nak Cerita Tentang Ayah Kepada Nenek Aku A.K.A Moyang Aku La. Moyang Laki Aku Nie Actually Dah Meninggal Waktu Aku Kecik2 Dulu, Adelah Dalam Umur Aku 2 Atau 3 Tahun Camtu. Yang Aku Nak Cerita Disini D ...
Salam,

Nak cerita tentang ayah kepada nenek aku a.k.a moyang aku la. Moyang laki aku nie actually dah meninggal waktu aku kecik2 dulu, adelah dalam umur aku 2 atau 3 tahun camtu. Yang aku nak cerita disini dimana moyang laki aku nie ada berkahwin dengan makhluk halus a.k.a bunian. info nie aku perolehi dari mak aku. Mak aku citer masa dia masih anak dara dulu, dia memang selalu tidur kat umah moyang aku nie sebab nenek aku suruh mak aku tolong2 dan temankan moyang perempuan aku nie. Mak aku citer dia paling takut kalau malam jumaat tu, sebab tiap2 malam jumaat tu moyang laki aku nie akan lepak kat satu bilik nie (bukan bilik tidur moyang laki & moyang pompuan aku) dan tak mau diganggu oleh sesiapa sebab dia kata bini bunian dia tu akan datang ziarah dia. Jadi malam jumaat tu kira giliran isteri bunian tu arr. Moyang pompuan aku tau tapi buat derk je.

Gambar hiasan


So, mak aku citer, setiap malam jumaat tu, kalau dia lalu kat bilik khas utk moyang laki aku & isteri bunian dia tu, dia akan dengar moyang aku tu cakap2 ngan isteri bunian tu. even tengah malam pun still borak2 gak. Tapi isteri bunian dia tu takde lah menjelma kat depan mereka kat rumah tu. Dan yang aku dengar gak dari mak aku yang mereka dah ade anak dialam bunian. So. that mean nenek aku nie ade adik bradik tiri ngan bunian lah.hehehe. So. nak tau kalau2 keluarga korang atau kawan2 yang ade kahwin dengan bunian nie so bolehlah share2 pengalaman dorang gak.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myakayina 5-6-2014 04:55 PM
apa jadi dgn isteri & anak bunian moyang TT tu skrg?  
Quote -electrifying- 5-6-2014 05:11 PM
aik salu dgr manusia yg pi ke alam bunian. ni bunian dtg sendiri kt umah. wow
Quote saudagaralam 5-6-2014 06:12 PM
sahabat saya, Encik Arif telah berkahwin dengan makhluk ghaib. Tidak mustahil.
Quote mirian1110 5-6-2014 06:21 PM
myakayina posted on 5-6-2014 04:55 PM
apa jadi dgn isteri & anak bunian moyang TT tu skrg?

tak tau lah pulak ape jadi ngan isteri dan anak bunian moyang saya tu... masa moyang laki aku meninggal takde lah pulak perkara pelik2 terjadi...
Quote mirian1110 5-6-2014 06:22 PM
-electrifying- posted on 5-6-2014 05:11 PM
aik salu dgr manusia yg pi ke alam bunian. ni bunian dtg sendiri kt umah. wow

ye. nie isteri bunian dia yang sendiri datang umah ziarah dia... pelik tp benar
Quote mirian1110 5-6-2014 06:23 PM
saudagaralam posted on 5-6-2014 06:12 PM
sahabat saya, Encik Arif telah berkahwin dengan makhluk ghaib. Tidak mustahil.

yeke. menarik je bunyi nya. tambah menarik kalau tuan sudi share kan pengalaman sahabat tuan tu
Quote saudagaralam 5-6-2014 06:52 PM
mirian1110 posted on 5-6-2014 06:23 PM
yeke. menarik je bunyi nya. tambah menarik kalau tuan sudi share kan pengalaman sahabat tuan tu  ...

telah saya nukilkan di sini

saya tidak dibenarkan tulis panjang2 di MPS
Quote mirian1110 5-6-2014 07:42 PM
saudagaralam posted on 5-6-2014 06:52 PM
telah saya nukilkan di sini

saya tidak dibenarkan tulis panjang2 di MPS

baru jer abis baca cerita tuan, menarik ceritanya tapi sayang cerita tu macam tak abis jer
Quote saudagaralam 5-6-2014 08:18 PM
mirian1110 posted on 5-6-2014 07:42 PM
baru jer abis baca cerita tuan, menarik ceritanya tapi sayang cerita tu macam tak abis jer

Kisahnya bersiri, latest update bagaimana Encik Arif kahwin dgn putri alam ghaib.

Terima kasih kerana sudi baca. Boleh juga follow di blog
Quote toet2meoww 5-6-2014 08:26 PM
Mak toet pernah gak crite sedare ktorg ade yg kawen dgn bunian..detailnye xtaula cmne..
Tp katenye time sedare 2 meninggal,isteri bunian die dtg dgn ank die..and time tu semua org jd kelu..takde sape pn p jmpe ppuan tu n tny ape2..dorg da blik,br smue sedar..
Quote mirian1110 5-6-2014 08:40 PM
toet2meoww posted on 5-6-2014 08:26 PM
Mak toet pernah gak crite sedare ktorg ade yg kawen dgn bunian..detailnye xtaula cmne..
Tp katenye  ...

maksudnya isteri dan anak bunian nya tu menzahirkan diri dorang kat dunia kita nie ker?
Quote toet2meoww 5-6-2014 09:42 PM
mirian1110 posted on 5-6-2014 08:40 PM
maksudnya isteri dan anak bunian nya tu menzahirkan diri dorang kat dunia kita nie ker?

Lebih kurg camtu la yg mak toet crite sblm ni..dorg nampak n dorg tau tp xde sorg pun tergerak nk tnye ape2 kat perempuan tu..bile ppuan tu balik,barula jd kecoh
Quote Zielathefatlady 5-6-2014 11:05 PM
Mak kawan saya 3kali pregnant anak lelaki tp 3-3 diambil bunian. kata dia kalau abg2 dia datang, rumah akan bau wangi. Mereka akan datang bila mak kwn I ni sakit ke dalam kesusahan  ke..Dlm 12 tahun juga mak dia ni menunggu anak. smpi kwn I ni lahir dan adik dia 2 org perempuan. Tak tau knp anak lelaki je dia ambil. kwn I pun x prnh jumpa abg2 dia. mak dia je
Quote donut_1752 6-6-2014 12:08 AM
unik n best gak kisah TT ni..
Quote bellawonka 6-6-2014 08:35 AM
Dulu family aku penah gak berubat dgn sorg opah ni yang mana suaminya org bunian. Laki dia la yg tolong ubatkan. Igt lagi, opah tu msti pegi dalam bilik utk bcakap dgn laki dia.
Kalau kami buat kenduri doa slamat, ada satu tempat duduk dikosongkan...utk suami dia.
Pelik kan, tapi benar.
Quote myakayina 6-6-2014 09:16 AM
tapi kan, klu betul dorg berkahwin..mcm mana upacara kahwin tu, bunian tu jin islam ke? mesti ada syarat2 dia kan klu dorg nak berkahwin.. seram dan misteri plak..
Quote mirian1110 6-6-2014 09:22 AM
Tak lama dulu aku pernahlah terbaca kat blog mana ntah.dah lupa dah...hehehe.ada sorang laki nie claim yang ayah dia kawin ngan pompuan bunian. pompuan bunian tu mak dia. dan mak dia memilih untuk tinggal di dunia kita nie. Dan dia cakap lagi rekaan rumah dia nie mak dia yang punya idea. idea dari dunia bunian. dia siap tepek gambar umah dia lagi kat dalam blog dia tu. Rumah tu rumah kampung tapi siling dan tiang memang penuh dengan ukiran yang cantik2 tauu. macam ukiran istana dizaman silam.hehe. tapi seriusly cantik.
Quote mirian1110 6-6-2014 09:31 AM
Pastu lagi, dia cakap keturunan mak dia tu adalah asal dari keturunan sultan diraja brunei kerana dulu2 tu sultan punya adik perempuan (aku tak ingat sultan brunei yang mana satu) tu pergi memburu di pinggir hutan dan sejak tu terus hilang tak balik2 lagi. Dan berita mengatakan yang kemungkinan besar adik perempuan sultan tu telah mati dimakan binatang buas dihutan. Tapi menurut dia lagi sebenarnya adik perempuan sultan tu tak mati tapi telah sesat dialam bunian dan telah berkahwin dengan laki bunian dan dah bahagia dengan keluarganya dialam sana. Sultan brunei dan kerabat2 diraja brunei yang tertentu tahu tentang perkara tersebut tapi kisah tu disimpan sebagai rahsia oleh mereka. Dan menurut lelaki nie lagi setiap tahun memang ibu dia akan menerima sidikit sebanyak pemberian dari sultan brunei. Tu cerita dia lah, kalau dia tipu tu aku tak tau la
Quote -electrifying- 6-6-2014 10:10 AM
mirian1110 posted on 5-6-2014 06:22 PM
ye. nie isteri bunian dia yang sendiri datang umah ziarah dia... pelik tp benar

wahh bestnya...
tq sharing cerita ni

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.177872 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top