CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Jamal Abdillah Tidak Membeli-Belah Di Tempat Awam?

6-6-2014 04:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 32800| Komen: 208

Description: "Ada Yang Bertanya, Tak Bosan Ke Asyik Terperap Kat Rumah? Bagi Saya Tidak! Menghiburkan Orang Dengan Memakai Pakaian Yang Cantik Adalah Minat Dan Keseronokan Saya. Jadi Di Rumah, Adalah Masa Untuk ...

Jamal tidak pernah berbelanja secara terbuka di tempat awam.

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Jamal Abdillah memberitahu dia tidak gemar berada di tempat awam ataupun pergi membeli-belah sebaliknya lebih selesa jika tukang jahit datang ke rumah.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 55, berkata, tindakan itu juga merupakan salah satu cara untuk dia menjaga nilai eksklusifnya sebagai seorang penyanyi agar lebih dihormati oleh para peminat.

"Saya lebih senang jika tukang jahit sendiri datang ke rumah, tunjuk kain-kain terbaru dan kemudian jahit setiap baju-baju yang direka khas buat saya. Lagi puas hati.

"Cara ini akan membuatkan saya dilihat lebih eksklusif dan peminat akan menghargai kita setiap kali berada di pentas," katanya kepada mStar Online.

Tambah Jamal, kerana itu juga dia tidak risau untuk tampil dengan kerap dalam mana-mana acara persembahan memandangkan hanya ketika itu sahaja peminat-peminat dapat melihatnya secara langsung.




Dalam pada itu, Jamal memberitahu, dia juga tidak pernah melepak bersama rakan-rakan di kedai kopi kerana lebih selesa untuk berada di rumah sekiranya tiada aktiviti persembahan.

"Di rumah, saya akan menghabiskan masa dengan melihat dua ekor ikan arwana yang saya bela.

"Ada yang bertanya, tak bosan ke asyik terperap kat rumah? Bagi saya tidak! Menghiburkan orang dengan memakai pakaian yang cantik adalah minat dan keseronokan saya. Jadi di rumah, adalah masa untuk berehat.

"Tetapi sekiranya ada isteri nanti, rasanya kenalah keluar berjalan-jalan ye tak?" selorohnya.

Dalam perkembangan lain, Jamal bakal muncul dengan sebuah album baharu pada September depan. Menariknya, penyanyi dan komposer Indonesia, Melly Goeslow turut terbabit dalam persiapan album berkenaan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikgu_murni 30-5-2014 01:50 PM
Ekslusif ler sgt pokcik ni ... lebih ekslusif kalau tak menghuni pusat segala pusat.
Quote cheewong 30-5-2014 01:55 PM
dia sgt rajin jogging di waktu malam...
Quote roti_naan 30-5-2014 01:57 PM
aah. abg mmg eksklusif.
org 'terpilih' je masuk pusat serenti tu bang...
Quote azie.dz 30-5-2014 01:57 PM
menjaga nilai eksklusifnya sebagai seorang penyanyi agar lebih dihormati oleh para peminat.


dah tu yg dok isap dadah tu...menjaga nilai eksklusif jugak ker??

adoi la abg jamal ooi
Quote slyfynx 30-5-2014 02:00 PM
Ayat berlagak nak mampos
Mmg le eksklusif, tu sbb leh masuk serenti
Makan free kan
Quote skymania 30-5-2014 02:01 PM
perghh...cakap tak cermin diri ker apa pakcik neh??

rambut palsu pon suh orng dtg umah jual ker??
Quote lepapilon 30-5-2014 02:01 PM
korang ni xreti bezakan konsep la. hisap dadah tu dh mmg salah. tp dia ade otak jugak pikir walopon pon dia mat pit dia ada pengikut setia sbg penyanyi . sebagai penyanyi dia memang tersohor so kira bijak la dia reti meng ekslusifkan diri atas kapasiti dia sebagai penyanyi hebat.
Quote azie.dz 30-5-2014 02:03 PM
pusat serenti tu paling eksklusif ok...terbaik la abg jamal
Quote zila_hakimie 30-5-2014 02:04 PM
tak heranlah x p shopping. dok je la kat rumah diam2. iols ok je pakcik!
Quote AshkieLa 30-5-2014 02:04 PM
buat ape sorang2 dalam rumah haaa??
keluar la bercampur..itu salah satu therapy jugak...
Takyah laa jaga sgt nilai eksklusif tu...
sok2 kang carik "member lama" balik bila dh slalu sgt sorang2... nauzubillah..
Quote azie.dz 30-5-2014 02:04 PM
Ada yang bertanya, tak bosan ke asyik terperap kat rumah?


ha ni best gak...tak bosan ok di rumah..

korang rasa napa dia tak bosan...meh la teka2
Quote naina 30-5-2014 02:06 PM
ekslusifke cmtu..
boringla mcm xde life j selain menyanyi
p membeli belah kt mall pon nk kira hak eksklusif
Quote makton 30-5-2014 02:07 PM
eksklusif yeeee... mcm la ada org nak serbu amik gmbr dgn ko.
Quote azie.dz 30-5-2014 02:08 PM
zila_hakimie posted on 30-5-2014 02:04 PM
tak heranlah x p shopping. dok je la kat rumah diam2. iols ok je pakcik!

konpem ke dia duk umah dendiam...
Quote zila_hakimie 30-5-2014 02:10 PM
azie.dz posted on 30-5-2014 02:08 PM
konpem ke dia duk umah dendiam...

mana la iols tau. err.. byk aktiviti lah kot dlm rumah
Quote azie.dz 30-5-2014 02:12 PM
zila_hakimie posted on 30-5-2014 02:10 PM
mana la iols tau. err.. byk aktiviti lah kot dlm rumah

muskil gak...terlalu eksklusif..buat apa la kat umah kannnn

mohon buat perkara yg baik2 ye abg jamal
Quote kenzou 30-5-2014 02:13 PM
duk rumah layan ilusi.? pffftttt
Quote voiletiris 30-5-2014 02:17 PM
cikgu_murni posted on 30-5-2014 01:50 PM
Ekslusif ler sgt pokcik ni ... lebih ekslusif kalau tak menghuni pusat segala pusat.

tak di nafikan dia memang hansome dlm gambar tu..pasal pusat segala pusat tu .aku hormat dgn dia ni pasal dia sendiri tak menafikan yg dia penghuni kat situ.
Quote maxim 30-5-2014 02:17 PM
Ko dah nazak esok2 baru ko tau nilai ekslusip ko tarap mana

Lihat semua komen(208)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.058191 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top