CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Jamal Abdillah Dan Rossa Bergelar Datuk

25-10-2013 04:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19668| Komen: 161

Description: Kuantan: Raja Pop Negara Jamal Abdillah Dan Penyanyi Indonesia Sri Rossa Roslaini Handiyani Atau Lebih Dikenali Sebagai Rossa Antara 643 Penerima Pingat Darjah Kebesaran Sempena Majlis Keputeraan Ke-8 ...
Raja Pop kini bergelar Datuk


Kuantan: Raja Pop negara Jamal Abdillah dan penyanyi Indonesia Sri Rossa Roslaini Handiyani atau lebih dikenali sebagai Rossa antara 643 penerima pingat darjah kebesaran sempena Majlis Keputeraan ke-83 Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali dan Rossa menerima Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk bersama 90 individu lain. Adinda Sultan Pahang Tengku Datuk Idris Sultan Abu Bakar mengetuai senarai  penerima pingat Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri. 

Selain itu, empat menteri menerima darjah kebesaran SSAP Menteri di Jabatan Perdana iaitu Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek dan Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot.

Turut menerima SSAP, Hakim Mahkamah Persekutuan Datin Paduka Zaleha Zahari, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Adnan Md Ikshan, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Alias Ahmad, Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan dan  Pengarah Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) Datuk Shahril Mokhtar.


Bagi Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk, lima penerima iaitu Pengarah Kerja Raya Pahang Datuk Rosman Yahya, Pengarah Pembangunan Pahang Datuk Dzulkifly Osman, Pengurus Besar Bursa Malaysia Berhad Datuk Tajuddin Atan, Ketua Pusat Jantung dan Paru-Paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Datuk Mohd Ramzisham Abdul Rahman dan Pengerusi Universiti Kuala Lumpur Datuk Dr Adham Baba.

Seramai 13 penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang juga membawa gelaran Datuk, antaranya Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib, Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail, Ketua Pengarah Arkib Negara Daresah Ismail, Penasihat Pertahanan Negara Mejar Jeneral Datuk Mohd Razif Idris, Timbalan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta JPM Tan Yew Chong, Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Dr Norhizan Ismail, Pengurus Besar Kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Suhaimi Ali Hanafiah, Naib Presiden Telekom Malaysia Mohd Rais Azhar dan Presiden SIRIM Berhad Zainal Abidin Mohd Yusof.

Sementara itu, 90 lagi dianugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang turut membawa gelaran Datuk termasuk dua Exco Kerajaan Negeri iaitu  Norol Azali Sulaiman dan Syed Ibrahim Syed Ahmad  dan dua pengamal media iaitu Mohd Hassan Mohammed Noor (Pengarang Utusan Malaysia) dan Baharom Mahusin (Pengarang Kosmo).

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Xizhuren 24-10-2013 08:43 AM
TAHNIAH la buat semua penerima.............
Quote reenz013 24-10-2013 08:44 AM
tahniah datuk ja
Quote gebang 24-10-2013 08:46 AM
uikk datuk lg
Quote azie.dz 24-10-2013 08:47 AM
hisap2 pon dapat datuk...rezeki..

tahniah la datuk Jamal
Quote peah311 24-10-2013 08:47 AM
tahniah datuk jamal.
Quote Leonarzi 24-10-2013 08:47 AM
Ramlah Ram bila nak dpt datuk?????
Quote an2toncit 24-10-2013 08:48 AM
tahun deapan Saleem iklim plak dapat
Quote hanezzafirah 24-10-2013 08:48 AM
tahniah datuk jamal...senang tol sultan pahang ni bagi org pangkat
Quote mawarputih2612 24-10-2013 08:49 AM
muak wei dapat gelaran datuk ni.
senang sangat dapat.
dah tak ekslusif gitu.
Quote tomet05 24-10-2013 08:59 AM
datuk jamal tahniah
Quote wahiza 24-10-2013 09:05 AM
tahniah...rossa pun dapat...
Quote tapibukanaku 24-10-2013 09:08 AM
azie.dz posted on 24-10-2013 08:47 AM
hisap2 pon dapat datuk...rezeki..

tahniah la datuk Jamal

menjadi sumber inspirasi kpd penghisap yg lain
Quote tapibukanaku 24-10-2013 09:09 AM
an2toncit posted on 24-10-2013 08:48 AM
tahun deapan Saleem iklim plak dapat

aku rasa da shortlisted da tu.
Quote enncy 24-10-2013 09:16 AM
tahniah....rezeki jgn ditolak...
Quote azie.dz 24-10-2013 09:21 AM
tapibukanaku posted on 24-10-2013 09:08 AM
menjadi sumber inspirasi kpd penghisap yg lain

kaedahnyaaaaaaaaaaa...

so artis2 akan ckp...isap pon dpt datuk..as long menyumbang suara kepada negara ekekekeke
Quote azie.dz 24-10-2013 09:22 AM
wahiza posted on 24-10-2013 09:05 AM
tahniah...rossa pun dapat...

rossa??apa jadah luar negara pon leh dpt..

hebat msia kan..eh hebat pahang
Quote mitnick 24-10-2013 09:23 AM
tapibukanaku posted on 24-10-2013 09:09 AM
aku rasa da shortlisted da tu.

kekadang tertanya2 value datuk nie, mcm xde buat background check je
Quote mizmini 24-10-2013 09:24 AM
ooo tak heran pon
arini pahang coti kannn
Quote wahiza 24-10-2013 09:25 AM
azie.dz posted on 24-10-2013 09:22 AM
rossa??apa jadah luar negara pon leh dpt..

hebat msia kan..eh hebat pahang

tumpang skaki...

Lihat semua komen(161)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.061070 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top