CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Jamal Abdillah Terkejut Diminta Menyanyi Di Bulan Ramadhan

23-6-2014 10:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14031| Komen: 66

Description: Penyanyi Datuk Jamal Abdillah Terkejut Apabila Baharu Diberitahu Oleh Pihak Penganjur Bahawa
JAMAL ABDILLAH 'TERKEJUT'



Penyanyi Datuk Jamal Abdillah terkejut apabila baharu diberitahu oleh pihak penganjur bahawa kehadiranya pada satu majlis berbuka puasa Julai depan bukan sekadar kemunculan biasa sebaliknya dikehendaki menyanyi.

Jamal berkata, perkara itu tidak dimaklumkan secara terperinci kepadanya ketika pihak pengajur acara 1001 Malam Majlis Berbuka Puasa 2014 membuat tawaran tersebut.

"Saya ingatkan saya hanya perlu hadir sahaja dan tiada persembahan nyanyian kerana kebiasaannya pada bulan puasa hanya bacaan doa dan solat terawih sahaja," katanya selepas sidang acara itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Jumaat.

Majlis tersebut akan diadakan pada 19 Julai depan di PWTC anjuran Persatuan Kebajikan Persona Selangor dan Kuala Lumpur dengan kerjasama Star Illusionsz Resources.

Selain Jamal, penyanyi veteran dari Indonesia iaitu Endang S Taurina dan Roslan Shah turut dijemput.


Tambah Jamal, dia hanya akan melakukan persembahan selepas selesai solat terawih itupun jika pihak penganjur masih mahukan dia menyanyi.

"Kita akan bincang semula bagaimana syarat dan termanya kerana majlis ini ada penjualan meja dan kalau mereka ingin saya menyanyi mereka perlu ikut syarat saya," katanya.

Sementara itu, penaung persatuan tersebut Datin Rosmina Mohd Arshad berkata, majlis tersebut bukan acara nyanyian sepenuhnya.

Sebaliknya, penyanyi jemputan akan diminta untuk menyanyikan dua buah lagu keislaman yang sesuai dengan bulan Ramadan.

"Ini bukan konsert atau acara nyanyian kita hanya mahu Jamal untuk menyanyikan lagu ketuhanan yang sesuai dengan bulan Ramadan untuk hiburan tetamu yang hadir.

"Kita akan berbincang semula dan menjelaskan perjalanan majlis tersebut kepadanya selepas ini," ujarnya.

Tambahnya, majlis berbuka puasa itu juga merupakan malam amal untuk meraikan insan yang kurang berkemampuan seperti anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal.


























Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 21-6-2014 06:57 AM
pakcik ni mmg 24jam ye pakai spek?
Quote toteng 21-6-2014 07:06 AM
maxim posted on 21-6-2014 06:57 AM
pakcik ni mmg 24jam ye pakai spek?

Silau la..ape blh buat..
Quote skymania 21-6-2014 07:22 AM
maxim posted on 21-6-2014 06:57 AM
pakcik ni mmg 24jam ye pakai spek?

24 jam gak menepek RAMBUT PALSU atas kepala.. erra fazira  versi LELAKI ok..

btw.. pokcik..sendu amat crita kau..tp gigih nak masuk sorat khabar gak..

n ada plak malaun mcm meksim dok bukak thread sendu hiba menitik air mata mcm neh.....
Quote enchikfitz 21-6-2014 07:38 AM
Terkejut pun jd cerita? Wartawan pls, cari berita yg lg bgus dari ni boleh?
Quote cendol 21-6-2014 07:58 AM
enchikfitz posted on 21-6-2014 07:38 AM
Terkejut pun jd cerita? Wartawan pls, cari berita yg lg bgus dari ni boleh?

Binawe mu.. pagi2 buat aku gelak...
Quote asampodeh 21-6-2014 08:01 AM
i cuma nk komen psal tudung yg mokcik tu pkai... ape ke hodoh sgt..???
CYMERA_20140621_075904.jpg
Last edited by asampodeh on 21-6-2014 08:03 AM

Quote mongoose_kidz 21-6-2014 08:31 AM
makcik yg pkai tudung tu datin penganjur ke?
hazab betul pesennyer..
lgpun betul gak la jamal nk terkejut..mmg bulan posa wat ibadah, solat terawih..ade ke suruh nyanyi lak
Quote uori 21-6-2014 08:47 AM
enchikfitz posted on 21-6-2014 07:38 AM
Terkejut pun jd cerita? Wartawan pls, cari berita yg lg bgus dari ni boleh?


Quote drivethru 21-6-2014 08:49 AM
hotel mmg selalu panggil artis buat persembahan mase berbuka. corak persembahan tu mesti kena dgn keadaan. kena la nyanyi lagu ketuhanan. jamal ni buat terkejut plak. mcm la x pernah nyanyi utk buffet ramadhan. lain la kalo pihak penganjur suruh ko hisap dadah atas pentas, yg ni baru la terkejut.
Quote clarizsa 21-6-2014 08:51 AM
terkejut? so? tukarla,suh dia alunkan bacaan quran plak...
Quote Farzana217 21-6-2014 08:52 AM
Mana tak terkejut lama dah takde job nampaknye..
Quote putehkundor 21-6-2014 08:55 AM
Solat terawih dulu la kot...pastu baru nyanyi.
Kalau lagu2 ketuhanan OK LA...why not.
Quote azie.dz 21-6-2014 08:58 AM
byk ckp lak pcik ni....org dah bg job kalo nak amik..tanak ckp je tanak

takkan tatau bulan posa ada event buka posa harus la kena nyanyi..

ingat org bg mkn n byr free free ke...

samdol jugak pcik yg hobi pakai cemin mata ni
Quote azie.dz 21-6-2014 09:00 AM
mcik tudung pink tu penyanyi indon kan...endang s taurina
Quote rosasa 21-6-2014 09:08 AM
asampodeh posted on 21-6-2014 08:01 AM
i cuma nk komen psal tudung yg mokcik tu pkai... ape ke hodoh sgt..???

ni kalau geng fashion police nampak ni, menangis air mata darah la makcik ni dengar laharan dorang
Quote kodokke 21-6-2014 09:35 AM
Yng tudung pink tu dlm tudung ade bakul sogetke. Makcik ni suroh die jumpe Raja Azmi pakai tudung pocong.
Quote encikWawad 21-6-2014 09:45 AM
nyanyi je lah - apa masalahnya
bulan posa je kah menyanyi haromm?
kan leh nyanyi lagu ketuhanan
motip nak tekejut sangat?
Quote budakshinchan 21-6-2014 09:51 AM
Endang S Taurina dah pakai tudung? siyes ingatkan dia non-muslim
Quote Suchi 21-6-2014 09:53 AM
maxim posted on 21-6-2014 06:57 AM
pakcik ni mmg 24jam ye pakai spek?

kak meksim nk tnya nih tadi kite terbaca status fb org dia kata ade pelakon terkenal terkejut suaminya seorang penyanyi terkenal menikah lagi satu ngn model antarabangsa..
mmg ade ke gosip itu ye? kita cek kat forum tak plak..
ke gosip internasionaley?

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.349054 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top