CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Jangan Salah Faham Kemesraan Saya Dengan Zul - Elfaeza Ul-Haq

20-6-2014 10:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14817| Komen: 45

Description: Kebetulan Kedua-Dua Pelakon Tersebut Ada Di Majlis Berkenaan Bagi Mempromosikan Drama Lakonan Masing-Masing Yang Bakal Ditayangkan Di Tv3 Dan Tv9 Pada Bulan Ramadan Dan Syawal Nanti.




Umum mengetahui pelakon bertubuh sasa, Zul Ariffin sedang menjalin cinta dengan penerbit Gayatri Su Pillai (Gaya). Namun sewaktu MD menghadiri majlis 'Seindah Ramadan Anugerah Syawal TV3 & TV9', bertempat di hotel One World, Damansara kelmarin, terdengar gosip mengatakan yang Zul sangat mesra dengan pelakon kelahiran Singapura, Elfaeza Ul Haq.

Kebetulan kedua-dua pelakon tersebut ada di majlis berkenaan bagi mempromosikan drama lakonan masing-masing yang bakal ditayangkan di TV3 dan TV9 pada bulan Ramadan dan Syawal nanti.

Lebih panas, spekulasi hubungan mesra mereka semakin kukuh apabila seorang teman MD mendengar perbualan seorang individu bersama dua pelakon ini. Dalam perbualan itu, individu tersebut yang merupakan seorang wanita berstatus ibu, berpesan kepada Zul supaya menjaga Elfaeza baik-baik. Kalau mereka tiada 'apa-apa', masakan wanita itu bersungguh mengingatkan Zul.


"Hah?! Dengar cerita macam mana tu? (gelak) Ishh, tidaklah. Jangan salah faham. Kami hanya kawan rapat sama macam kawan-kawan yang lain.

"Kami mula rapat sejak sama-sama berlakon dalam drama 'Janji Adam'. Kami senang berborak. Lagipun kami tinggal berdekatan. Kalau ada masa, kami hangout dengan kawan-kawan lain. Keluar makan. Itu saja.", kata pelakon yang mula mendapat perhatian ramai peminat meerusi lakonannya dalam drama bersiri fenomena, 'Adam & Hawa' ini.

Tambah Faezah, dia tahu yang Zul sedang bercinta dengan Gayatri. Malahan akui Faezah, dia dan Zul serasi berkawan kerana kerana mereka saling menghormati hal privasi masing-masing. Justeru hubungan mesra antara mereka tidak pernah dianggap lebih dari sebagai seorang sahabat baik.

"Zul kelakar orangnya, baik hati dan pemurah. Saya suka berkawan dengan orang yang bijak sebab saya dapat berdebat dengan dia tentang apa saja topik. Selalu juga lah kami 'gaduh' kalau borak pasal satu, satu topik tu.

"Saya tahu dia pun tengah bercinta dengan orang lain. Jadi memang hubungan kami tak lebih dari sekadar kawan. Sama juga macam saya rapat dengan Shah Iskandar. Mungkin orang bercerita sebab mereka lelaki, saya pula perempuan. Walhal, kami hanya berkawan. Saya tak pernah terpandang Zul lebih dari seorang kawan", tuturnya sambil tersenyum dan mengakui terkejut apabila diajukan pertanyaan tentang hubungan persahabatannya dengan aktor itu.

Dalam pada itu Faezah mengesahkan yang dia kini masih solo dan tidak bercinta dengan mana-mana lelaki. Sebaliknya Faezah mahu fokus dalam mengukuhkan kerjaya lakonannya di sini.


Bagus

Marah
2

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kupu2siang 20-6-2014 08:50 AM
ooooooooooooooooo
Quote caramello 20-6-2014 08:54 AM
oo..kapel ngn shah iskandar ke?
Quote meensha 20-6-2014 08:54 AM
emm zul dengan semua pmwn nak dia ni..
padahal mempergunakan utk up kan dirinya..
contoh masa dia dgn abby..
now dgn gayatri.. supaya senang dapat job..
clishe sgt..
Quote hanni_ruzz 20-6-2014 08:55 AM
kalo betul berjodohan pun apa salahnya
bujang sama bujang, muda sama muda lagipun kannn
Quote razeadel 20-6-2014 08:58 AM
masa dfkl pn gitu gak..mesra gitu..duk sebelah menyebelah
Quote Sagoo 20-6-2014 09:20 AM
minatnye aku kt faezah haq haq haq nih...suke tgk mulut dia yg kecik mcm mulut burung
Quote lucky_peace 20-6-2014 09:28 AM
alamak, tak kenal pompan nieyh... dah lame tak layan drama tv maknenye, huhu...
Quote serimaya 20-6-2014 09:31 AM
terpaksalah ngaku bercinta dgn gayatri sebab nak job

Quote rosasa 20-6-2014 09:32 AM
ok...baiklah...
Quote stania83 20-6-2014 09:33 AM
zul ni bijak ke? waal taste elfa ni mcm aku lahh, nak yg bijak supaya boleh berdebat.
Quote immortallez 20-6-2014 10:07 AM
Muka dia macam AIda Aris. Kurus pun lebih kurang sama. Sedara ke dorang ni?
Quote star_anisse 20-6-2014 10:14 AM
ok.. tak salah paham..
Quote silampumeja 20-6-2014 10:15 AM
Tapi serius dalam janji adam tu dia dua orang ni serasi and best jadi pasangan kekasih... aku suka gila... layan dr awl smpai last episode. tp aku rase diorang berdua kalu bercinta pon sgt sesuai...

si elfaeza ni pandai blakon woo...
Quote jangnara07 20-6-2014 10:17 AM
jeng jeng,,,penah nampak deyolss makan berdua kat street curve bulan lepas,,kuang kuang
Quote hanezzafirah 20-6-2014 10:25 AM
meensha posted on 20-6-2014 08:54 AM
emm zul dengan semua pmwn nak dia ni..
padahal mempergunakan utk up kan dirinya..
contoh masa dia  ...

Khennn...i setuju ngan u
Quote schababe 20-6-2014 10:41 AM
baru 2-3 hari lepas terserempak dgn zul ni..
ensem hokeh..
Quote whadda 20-6-2014 10:41 AM
muka die macam wan syarmila...
Quote mrsLucky 21-6-2014 02:04 PM
Ada peningkatan..
Quote CrowneGlory 21-6-2014 02:14 PM
Singapore lg... Apa korg x laku ke kt Singapore .. Sampai berhijrah beramai2 ke sini...

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.121939 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top