CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Rihanna Jadi Bahan Kritikan

4-7-2014 12:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6699| Komen: 8

Description: "Saya Ingin Tampil Dengan Konsep 'High Fashion' Dengan Menonjolkan Sisi Glamor. Namun Tetap Memiliki Unsur Tradisional.


Rihanna jadi bahan kritikan

BINTANG kelahiran Barbados ini sering tampil pada majlis hiburan dengan penampilan yang seksi.

Namun, atas tuntutan kerja, Rihanna tampil dengan busana yang lebih sopan sebagai penghias kulit majalah, Harper's Bazaar Arabia.

Tidak seperti selebriti antarabangsa lain, Rihanna atau lebih mesra disapa Riri ini dilihat selesa dalam menyarungkan busana Muslimah.

Malah, sebelum ini, Riri pernah berpakaian sopan ketika berkunjung ke masjid di Emiriah Arab Bersatu (UAE), tahun lalu tanda menghormati negara itu.

Ketika itu, Riri tiba di UAE sempena konsert jelajah, Diamonds, selepas membuat persembahan di Afrika Selatan.

Melihat kepada gaya dan penampilan Riri sebelum ini, Harper’s Bazaar Arabia, terus 'mengikat' selebriti ini untuk bergaya di majalah berkenaan sempena Ramadan, edisi Julai/Ogos 2014.

Menerapkan konsep, 'Rihanna of Arabia : The new modesty, cover up in style', Riri tampil dalam busana Muslimah dan turut mengilhamkan gaya bertudung.

Selain daripada busana moden yang penuh gaya dari Dolce & Gabbana, Riri juga turut dibaluti aksesori mewah daripada, Cartier.

Akui pelantun lagu, Pour It Up ini, sesi penggambaran itu berjalan lancar dan dia sangat teruja!

"Saya ingin tampil dengan konsep 'high fashion' dengan menonjolkan sisi glamor. Namun tetap memiliki unsur tradisional.

"Malah, sepanjang penggambaran ini, saya sangat seronok dan ianya berjalan dengan lancar. Karya Afanador sangat menakjubkan!

"Ini adalah sisi kecantikan wanita Muslim di kawasan Timur Tengah dan Afrika," katanya lagi.

Penggambaran yang turut mendapat pujian daripada peminat, ini dijalankan jurugambar hebat, Ruven Afanador.


Jadi bahan kritikan

Baru-baru ini, Riri menerima kritikan hebat daripada dua ahli kumpulan TLC, yang mempersendakan penampilan bekas kekasih Chris Brown ini.

Menurut T-Boz dan Chilli, mereka kurang berkenan dengan gaya Riri yang sentiasa tampil seksi secara keterlaluan.

Namun, kenyataan daripada dua ahli kumpulan itu nyata membuatkan Riri 'kepanasan' dan tampil melancarkan serangan balas.

Penyanyi berusia 26 tahun ini bertindak memuat naik foto T-Boz dan Chilli yang tampil separuh bogel.

Namun, tidak lama kemudian, Riri memadam semula foto berkenaan dan menegaskan bahawa dirinya tidak memerlukan kritikan dan teguran daripada dua penyanyi senior itu.

"Saya tidak memerlukan mereka dalam kehidupan saya. Jadi, mereka juga tidak perlu mencampuri urusan saya.

"Saya tidak pernah mengubah diri saya dan inilah saya yang dulu dan sekarang," katanya lagi.


Hilang peminat

Bagi peminat yang setia mengikuti perkembangan bintang kesayangan mereka, pastinya apa yang berkaitan selebriti itu turut menjadi ikutan.

Malah, apa yang dipakai selebriti kesayangan mereka akan turut memberi keinginan kepada peminat untuk memilikinya.

Namun, tindakan Alexis Carter yang memuat naik gambarnya dengan memakai pakaian yang diinspirasikan dari persalinan Riri di majlis, Echo Awards, empat tahun lalu, mengundang padah.

Remaja berusia 16 tahun itu terpaksa menelan sindiran daripada Riri yang menyamakan peminatnya itu dengan logo kelawar, Wu-Tang Clan.

Mungkin hanya sekadar gurauan, namun tindakan Riri membuatkan Carter marah dan membuang rasa minatnya kepada Riri jauh-jauh.

Ekoran ejekan itu, Carter memberitahu Riri nyata menyakiti hatinya secara sengaja.

"Saya sangat sakit hati. Kenapa dia (Riri) membezakannya sedangkan pakaian itu adalah sama. Yang beza hanya pemakai dan gaya sahaja.

"Saya tidak menyangka dia akan berkata begitu. Dia wanita dewasa dan menghina saya secara terang-terangan.

"Selebriti yang menyayangi peminatnya tidak akan berkata sedemikian. Saya sudah mula benci kepadanya dan membuang semua koleksi cakera padat (CD) dia!," katanya yang mengakui malu untuk keluar rumah selepas insiden itu.

Namun, sehingga kini, Riri mahupun jurucakapnya enggan tampil memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara itu.


Kembali bersama Chris Brown?

Umum mengetahui, hubungannya bersama rapper terkenal, Drake, tidak mampu bertahan lebih lama.

Akhirnya, masing-masing memilih untuk mengakhiri hubungan dan membawa haluan sendiri tanpa apa-apa hubungan lagi.

Sejak mengakui berpisah dengan Drake, Riri terus dikaitkan lagi dengan bekas kekasihnya, Chris Brown.

Walaupun Riri dan Brown pernah melalui pelbagai liku hidup bersama termasuk campur tangan orang ketiga, Karrueche Tran, namun hati Riri bukan milik Brown lagi.

Di saat ini, ramai yang menduga, Brown akan kembali di sisi Riri setelah rapper ini dibebaskan dari penjara dan kembali menjalani kehidupan normal.

Namun, Riri beranggapan Brown adalah masa lalunya dan tidak mungkin hubungan itu akan dipulihkan kembali setelah pelbagai masalah dilalui sebelum ini.

"Brown adalah masa lalu saya dan saya tidak merancang untuk mendekatinya lagi. Cukuplah hubungan yang lalu.

"Saya lebih selesa begini dengan melayari kehidupan yang bebas tanpa kekangan mana-mana lelaki.

"Kami tidak mungkin bersama, namun saya tidak membencinya. Saya sudah memaafkan dia," katanya lagi.

Tambah Riri, buat masa ini, dia lebih memberi keutamaan kepada kariernya berbanding teman hidup.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jarikuku 3-7-2014 03:08 PM
bab sexy je kurangkan sikit.
tapi aku suka suara Riri ni.
Quote tetulipbiru 4-7-2014 10:12 AM
suara diamg best
Quote ladyrk 6-7-2014 11:00 PM
Love u riri
Quote miminn 8-7-2014 03:54 PM
suka semua lagu dia. hmm. tengok perangai gini teringat plak kat nabila huda. jenis buat hal dia tak kesah orang komen apa pun.
Quote malukokram 9-7-2014 03:37 AM
gamba takde kew?..


Quote liyamariska 9-7-2014 04:56 PM
semenjak kebelakangan nih, ai kurang minat dgn rihanna...
Quote vee_zara 12-7-2014 03:04 AM
me too.. but i still like her voices
Quote catwoman91 16-7-2014 11:15 PM
aku cuma suka lagu dia je.tuan dia very the sexy and tak brape lawa bagi aku

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.046967 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top