CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Ustaz Kazim Tegur Artis Bertudung

4-7-2014 12:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22752| Komen: 141

Description: Tambah Ustaz Kazim, Jika Golongan Berkenaan Tidak Mempunyai Ilmu Yang Cukup, Ia Dibimbangi Akan Meninggalkan Kesan Sekiranya Sesuatu Kenyataan Yang Dibuat Akan Memakan Diri Sendiri.
Ustaz Kazim Beri Teguran Artis Bertudung

Ustaz Kazim Elias




KUALA LUMPUR: Penceramah selebriti terkenal, Ustaz Kazim Elias menasihati artis-artis berhijrah iaitu mereka yang berhijab agar tidak sekadar tampil dengan pertukaran imej semata-mata tetapi hendaklah mendalami ilmu agama Islam secukupnya.

Ustaz Kazim atau nama sebenarnya Mohammad Kazim Elias, 42, berkata, perkara itu sebenarnya satu petanda yang baik kerana golongan berkenaan adalah ikon kepada peminat.

"Alhamdulillah… bagus ramai artis yang berhijrah ke arah kebaikkan kerana ia dapat mempengaruhi peminat mereka untuk melakukan perkara sama tetapi biarlah ia disertai dengan ilmu agama yang cukup.

"Jangan hari ini beritahu sudah berubah lalu mengenakan tudung dan terus hendak menjadi seorang ustaz atau ustazah kerana banyak perkara yang perlu didalami mereka terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online.

Ustaz Kazim ditemui pada sidang media program Kembara U.K.E yang diadakan di Berjaya Times Square di sini pada Rabu.

Tambah Ustaz Kazim, jika golongan berkenaan tidak mempunyai ilmu yang cukup, ia dibimbangi  akan meninggalkan kesan sekiranya sesuatu kenyataan yang dibuat  akan memakan diri sendiri.

Jelasnya lagi, artis yang berhijrah sepatutnya mempelajari ilmu agama Islam daripada guru bertauliah agar perubahan yang dilakukan menjadi lebih sempurna selain ia dilakukan kerana Allah.

"Jika asas dalam bidang agama tidak cukup bagaimana hendak berceramah kepada orang lain malah ia boleh menjadi risiko besar.

"Tambahan pula dengan teknologi hari ini apa yang kita perkatakan dalam masa lima minit ia akan tersebar di laman sosial dan YouTube. Jadi golongan ini harus berhati-hati dan belajar terlebih dahulu," katanya.


Bagaimanapun Ustaz Kazim meminta agar masyarakat tidak mudah menjatuhkan hukuman dan mencari keburukan golongan tersebut.

 

Ustaz Kazim (tengah) akan terlibat dalam program Kembara U.K.E.


Sebaliknya dia meminta masyarakat seharusnya sama-sam membantu memperbetulkan kesalahan yang dibuat segelintir golongan berkenaan.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim tidak menafikan ramai golongan artis sama ada secara peribadi atau berkumpulan datang kepadanya untuk bertanyakan soal agama yang menjadi kemusykilan  mereka.

"Alhamdulillah saya sudah empat atau lima tahun banyak terlibat dengan golongan artis dalam program dan dari situ saya cuba dekati mereka dan berkongsi ilmu," jelasnya.

Dalam pada itu mengenai program Kembara U.K.E. ia bakal merakamkan pengisian dakwah secara santai bersama peminat di atas kapal mewah Star Cruise ke beberapa destinasi menarik iaitu Pulau Pinang, Pulau Langkawi dan Phuket, Thailand.

Jelasnya lagi, kembara di atas kapal sentiasa menjadi impiannya dan dia bersyukur ia bakal terlaksana dengan kehadiran peminat.

"Insya-Allah kembara itu nanti melibatkan aktiviti seperti kuliyah selepas waktu Subuh dan Maghrib serta beberapa tazkirah lain seperti pada waktu matahari terbit dan terbenam.

"Malah setiap perjalanan pelayaran ini termasuklah aktiviti perjumpaan bersama masyarakat Islam di Langkawi dan Thailand," ujarnya.

Kata Ustaz Kazim lagi, setakat ini sambutan terhadap kembara itu amat memberangsangkan di mana hampir 600 peserta sudah mendaftarkan diri untuk menyertainya.<

"Alhamdulillah biarpun belum menghebahkan secara rasmi namun sambutannya diluar jangkaan dan tempat kosong masih berbaki 100 orang sahaja," katanya.

Kembara U.K.E. itu akan diadakan pada 24 hingga 27 Ogos depan dan Astro Oasis bertindak sebagai penyiar utama dengan kerjasama Intratama Travel Consultant & Tours dan Pusat Pendidikan Al-Barakah.

Malah pihak Astro Oasis akan menerbitkan program khas kembara itu yang akan disiarkan bermula 3 Oktober depan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ctredzuan 3-7-2014 05:43 AM
teguran yg tepat sekali, baru berhijrah dah pandai2 melabelkan org lain jahat
Quote enchikfitz 3-7-2014 06:01 AM
Setepek kne ituini dan bakyah
Quote batman_2007 3-7-2014 06:02 AM
Yg tu merujuk pd ustazah insta. Bakyah.
Klu lopa just bertudung je. Xde niat berustazah bgai kan.
Yg x bertdung berlgak ustazah merujuk pda fake ye.
Quote atiqah_bea 3-7-2014 06:11 AM
Mcm irma hasmie. Dia berhijrah dan ajak artis2 lain pegi usrah. Takdenya dia sendiri nk kluarkan kenyataan ala2 ustazah.
Quote chaintea 3-7-2014 06:17 AM
Dang!!! Ada yg terasa x?
Quote ida88 3-7-2014 06:20 AM
Teros otomatik tingat kat ustazah bakyah dgn ituini dan ustaz kamikaze
Quote tinker_bell 3-7-2014 06:24 AM
@ituini dah tak boleh blk msia..mana nk letak muka..malu..lgi2 forum ni ramai retis baca..
Quote RatuDunia94 3-7-2014 06:28 AM
Felixia Yeap opss Rania take please note!
oh gari ni dia masuk islam officially yer? 5 Ramadhan..
so welcome to Islam the way of life Rania...
Quote yipun_78 3-7-2014 06:41 AM
kalo dgr ceramah Ustaz Kazim, x terasa annoying pon, sejuk je ati nk dgr dan folo.. kalo ostad lain rasa mcm nak baling mende je
Quote achik2009 3-7-2014 07:00 AM
@dino


Quote fifie_olin 3-7-2014 07:10 AM
cam perli bakyah jek
Quote dino 3-7-2014 07:13 AM
achik2009 posted on 3-7-2014 07:00 AM
@dino

aku jugak.... adeih sakit peyot lak pepagi ni....
Quote kucing_gebu 3-7-2014 07:20 AM
atiqah_bea posted on 3-7-2014 06:11 AM
Mcm irma hasmie. Dia berhijrah dan ajak artis2 lain pegi usrah. Takdenya dia sendiri nk kluarkan ken ...

LIKE...

dia pun xpernah menunjuk2 cakap pandai bab2 hukum hakam...
sebaliknya dia ajak peminta sama2 menuntut ilmu lagi....
suka tgk dia sekarang...sweet je.
Quote kucing_gebu 3-7-2014 07:20 AM
RatuDunia94 posted on 3-7-2014 06:28 AM
Felixia Yeap opss Rania take please note!
oh gari ni dia masuk islam officially yer? 5 Ramadhan..
...

ada siaran langsung kat mana2 tibi dak?
kata nak umum nama bagai...
Quote achik2009 3-7-2014 07:22 AM
dino posted on 3-7-2014 07:13 AM
aku jugak.... adeih sakit peyot lak pepagi ni....

ni sakit perut betul2 ke sakit sbb baca komen Ustaz Kazim?...
Quote dino 3-7-2014 07:24 AM
achik2009 posted on 3-7-2014 07:22 AM
ni sakit perut betul2 ke sakit sbb baca komen Ustaz Kazim?...

btul2 aaaa... bln2 pose ni camtu aaa pagi2.... nak memerut
Quote pittjie 3-7-2014 07:27 AM
ustaz, jgn artis je yg ditegur. org awam org biasa2 pun ramai yg mcm ni ustaz. baru berhijrah 4 hari dah feeling2 ustazah suci gadis lindungan kaabah. dah rasa pendapat dia je betul pendapat org lain (terutama kawan2 yg x bertudung) semua x betul.
Quote WawaRaRa 3-7-2014 07:31 AM
hehe... tp betul gak kata ustaz kazim ni... last year time ramadhan opis aku ada la panggil artis yg da berhijab ni dtg... konon2 berkongsi pengalaman psl berhijrah.... aku puji Diana Amir... dia betul2 cerita psl penhijrahan dia... tp ada artis lain amek kesempatan jual tudung... kuikuikui
Quote WawaRaRa 3-7-2014 07:35 AM
pittjie posted on 3-7-2014 07:27 AM
ustaz, jgn artis je yg ditegur. org awam org biasa2 pun ramai yg mcm ni ustaz. baru berhijrah 4 hari ...

aku pernah jumpa org cam tu... aku tgk dia kondem kwn dia yg lebih lama bertudung dari dia... cakap yg kawan tu tutup aurat tak betul la... tudung kena tutup paras tu la paras ni la... tak pakai stokin la... sarung tangan la... baru tukar imej 2-3 hari dlm bulan ramadhan da berlagak... gila siot....

pas tu aku tgk dia bertambah truk ada r... mula2 tudung dia makin lama makin singkat... pas tu pakai turban... ilang da tutup aurat paras dada... da tutup rambut jer... leher pun bukak... lama2 hilang tudung... then pkai short ngan skirt baju da tak berlengan lagi.... gila kan?????

Bukan nak mengkeji or apa... bulan puasa ni kan... just nak suh berhati2 dlm percakapan dan perbuatan kita... jgn rasa diri kita jer bagus dan riak ... allah boleh bolak balik kan hati kita....

sekadar pengajaran.

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.131142 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top