CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Bekas Isteri Dedah Kecurangan Sham Kamikaze

11-7-2014 04:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 33174| Komen: 234

Description: Nampaknya, Selepas Satu, Satu Lagi Kontroversi Melanda Bekas Gitaris Kumpulan Kamikaze, Shamril Mohd Salleh Atau Sham.
Bekas Isteri Dedah Kecurangan Sham Kamikaze, Dakwa Ada Bukti





NAMPAKNYA, selepas satu, satu lagi kontroversi melanda bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Mohd Salleh atau Sham.

Baru-baru ini, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur memutuskan pernikahannya dengan isterinya, Nurul Halimin Mohd Salleh adalah tidak sah dan terbatal.

Ia berikutan pernikahan tersebut dijalankan oleh wali hakim yang tidak sah dan proses pernikahan diuruskan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.
Belum pun reda kepanasan berikutan kontroversi itu, satu lagi pendedahan dibuat oleh bekas isterinya, Farazila menerusi sisipan BiPop, semalam.

Ia berkisar mengenai bukti kecurangan Sham sewaktu masih bergelar suami Farazila yang disimpan dalam lima ‘hard disk’ atau cakera keras.

Di sini kami sertakan penjelasan yang agak panjang darinya:

“Sham melafazkan talak kepada saya pada jam 7 malam, 1 September 2011 bersamaan 3 Syawal. Puncanya berkaitan dengan sikap mata kerajangnya. Bukan saja dikaitkan dengan Nurul Halimin, tetapi dia juga bersama wanita lain yang berhijrah ketika itu.

Bagaimanapun Sham datang merujuk secara perbuatan di rumah keluarga saya di Batu Pahat, Johor selepas 15 hari melafazkan cerai. Saya terpaksa akur dan duduk kembali bersamanya di kediaman di USJ, Subang, sehinggalah saya ingin memfailkan penceraian pada Ogos 2012 apabila menjumpai bukti cakera keras yang merakamkan kecurangan bekas suami itu. Lima cakera keras itu kini berada di simpanan pihak polis.

“Maknanya saya masih isterinya ketika dia berkahwin secara senyap-senyap dengan Nurul Halimin. Saya dan Sham bercerai kerana saya tahu kecurangannya. Saya tahu apa yang saya katakan ini akan menjadi bahan kritikan penyokong Sham. Saya tidak peduli kerana saya tahu penyokongnya masih buta hati.

“Saya sudah beri amaran, jangan kaitkan nama saya lagi. Selama ini sudah lama saya berdiam dan sabar apabila kenyataan saya dianggap fitnah dan tuduhan liar, sedangkan Sham tahu apa yang dilakukan.

“Apakah hukumnya apabila seorang suami menafikan perkahwinannya? Bukankah sudah jatuh talak apabila menafikan perkahwinan secara terang-terangan? Adakah dengan kenyataan ini orang di luar masih mengatakan saya membuat tohmahan dan dakwaan liar. Kenapa sekarang Sham berani memutar belit kenyataan mengatakan dia berkahwin kali kedua dan bukannya berkahwin dua, sedangkan ketika berkahwin, saya masih isterinya!!

“Di sini saya berharap orang luar dapat membuat pertimbangan sendiri. Layakkan manusia sebegini diangkat sebagai pendakwah sedangkan beliau suka berbohong? Saya pelik sebagai seorang penceramah yang sibuk membetulkan kesalahan orang sana sini, tidakkah Sham tahu rukun pernikahan sehingga melantik orang yang tidak bertauliah.”

April lalu, Farazila juga pernah membuat pendedahan mengenai sikap Sham yang dikatakan hipokrit walaupun sudah berhijrah.
Mungkin ada yang berkata bekas isterinya itu tidak sepatutnya membuka lagi kisah lama mereka, namun siapa tahu mungkin hatinya terlalu sakit dengan tuduhan peminat yang menyokong Sham sebelum ini, tak gitu?


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teen_angelJB 7-7-2014 08:14 PM
x abis2 lak minah nie...
sudah2 la..
semua nak dibongkar..
naik nyampah lak
Quote bambimo 7-7-2014 08:18 PM
Xbuat copy ker..blanja ler satu dua gmbar baru prcaya kmu d pihak yg benar huhuhu
Quote menjad 7-7-2014 08:19 PM
xpenat ker... move on jer lah... dah bercerai dah pun... sudah2 ler nak ungkit2 benda dah lepas... sok2 kalau betul tuhan akan balas jua... menda mcm nie memudahkan diri kita dapat penyakit jer... hidup pun xbahagia... dan sampai bila...

dah diceraikan... dah lepas bebas dah.. bina sahaja hidup baharu
Quote nazsh 7-7-2014 08:20 PM
Sudah2 la tuhh..cerai lama dah..haishhh
Quote toteng 7-7-2014 08:21 PM
5 Hard disc?
Quote cruz2 7-7-2014 08:21 PM
Bulan ramadhan ni tutup2 la aib tu kejap..kot iyer pon nk membela diri sgt..
Quote anis01 7-7-2014 08:23 PM
jangan tersebar pic panas lah pulak lepas ni
Quote cha-cha 7-7-2014 08:23 PM
Adoiii macam2 hal lah..
Quote kucing_gebu 7-7-2014 08:24 PM
Aku tak minat sham dan xpernah perasan pun album kumpulan kamikaze ni...mungkin ada dgr lagu2 dia tp xperasan dan xingat lagu siapa2...

cuma bagi aku la..isterinya lebih baik diam saja walau dia benar sekalipun..xperlu dedah sgt hal2 rumahtangga sebab byk buruk dr baiknya...
Quote Bateesta 7-7-2014 08:24 PM
bagi jelah cepat bukti tu
dah bertahun aku dgr ada bukti , ada bukti , abuk pun tarak sampai hari ni, hampeh
Quote chaintea 7-7-2014 08:25 PM
Sudah2 la tu..
Apa yg awak dpt
Dr org ramai kesian...jd nyampah
Quote lonso 7-7-2014 08:31 PM
tak abis2 lagi ker....
Quote cikanggun 7-7-2014 08:33 PM
awat ex-bini meroyan ni? ade lg isu tak settle ker?

udah2 ler macik pajila. awak dh sah cerai pon. nk buktikan ape lg. elok diam jer. kalo si sham busuk tu mmg aniaya hang, biar Allah jer yg membalasnye. toksah dok menyalak sane sini. malu aihhh
Quote kakikuDibibirmu 7-7-2014 08:34 PM
ustaz curang                    





















































ada gambar bebird tak ?
Quote cruz2 7-7-2014 08:35 PM
Biasa org mcm ni dia sebenarnya syg sgt lg kat pasangan dia..tu yg tak move on lg tuh..
Quote kakikuDibibirmu 7-7-2014 08:36 PM
toteng posted on 7-7-2014 08:21 PM
5 Hard disc?

simpanan porno akak pun tidak sebanyak itu

bayangkan lah hard disk 5 TB, keringlah akak
Quote kakikuDibibirmu 7-7-2014 08:37 PM
itulah, selalu yang "berhijrah" ni jadi ustaz segera, jadi ustazah segera, mesti ada perkara silap besar yang telah dibuat nak kaver-kaver syumul, contohnya tetiba buat umrah, tetiba join PAS dan sebagainya. Kiranya kalau dia tak buat silap besar tu, taubat lahumlah dia nak berhijrah pelbagai.
Quote kakikuDibibirmu 7-7-2014 08:38 PM
ustaz mata keranjang               
Quote cekenit 7-7-2014 08:38 PM
Dua2 same je..dua2 orang menyampah..move on la..xde sape nk baca psl rumahtangga korang..naik menyampah da orang..buleh xkuar dr industri..semak je

Lihat semua komen(234)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.056472 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top