CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Fizz Fairuz Mengelak Bayar Hutang Rm15ribu?

4-8-2014 09:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18604| Komen: 83

Description: Difahamkan Juga, Linda Yang Juga Seorang Usahawan Terkenal Sering Membantu Golongan Artis Yang Kesempitan Wang, Namun Tidak Pernah Menghadapi Masalah Mendapatkan Semula Wangnya Kecuali Daripada Fizz.
Usahawan lapor polis Fizz gagal lunas hutang


Kuala Lumpur: “Nampaknya saya terpaksa membuat laporan polis dan mendedahkan perangai dia pada media sebab dah lama saya bertolak-ansur. Tapi, dia memberi alasan dan mengelak daripada melunaskan hutangnya.”

Demikian luahan seorang usahawan dikenali sebagai Linda, 36, yang kesal dengan sikap lepas tangan pelakon popular, Fizz Fairuz kerana gagal membayar semula wang berjumlah RM15,000 yang dipinjam pada Oktober tahun lalu.

Linda berkata, keputusan membuat laporan polis dan mendedahkan perkara itu adalah jalan terakhir untuk mendapatkan semula wangnya selepas pelbagai usaha dan rundingan dibuat dengan pelakon filem Mat Tudung itu menemui kegagalan.

“Bagi saya mudah saja, tak perlu ubah-ubah cakap dan canang itu dan ini di merata tempat.

Sekarang, bayar saja semula hutang saya.

“Dia berjanji untuk bayar semula antara April hingga Jun lalu, tapi hingga kini, dia mendiamkan diri dan mengelak.

“Saya sudah bagi peluang kepadanya secara baik tapi nampaknya dia yang nak perkara ini dibesarkan,” katanya ketika dihubungi di sini, petang semalam.

Difahamkan, Fizz meminjam RM15,000 daripada Linda akhir Oktober tahun lalu dengan alasan membuat pengubahsuaian rumah ibunya di Pahang.

Atas hubungan persahabatan dan memahami kesempitan wang dihadapi Fizz, Linda bersetuju meminjamkan wang itu.

Suami kepada pelakon Almy Nadia itu berjanji membayar semula wang Linda April hingga Jun lalu selepas dia menerima bayarannya sebagai pengajar di Akademi Fantasia 2013, namun sehingga minggu lalu Fizz berdiam diri.

Minggu lalu, Fizz menerusi pesanan mesej kepada Linda mendakwa dia sudah memulangkan semua duit itu kepada pihak ketiga yang juga rakan Linda dan tidak mahu diganggu lagi.

Linda yang masih tidak menerima wang dijanjikan itu mengesyaki satu pakatan berlaku antara Fizz dengan pihak ketiga, sekali gus membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini, Ahad lalu.

Difahamkan juga, Linda yang juga seorang usahawan terkenal sering membantu golongan artis yang kesempitan wang, namun tidak pernah menghadapi masalah mendapatkan semula wangnya kecuali daripada Fizz.

Katanya, sikap pelakon itu yang mendiamkan diri dan sukar dihubungi menimbulkan syak wasangka kepadanya untuk membawa perkara itu ke tengah.

“Sebenarnya saya pun tak nak kecoh hal ini sebab niat ketika itu membantu dia ubah suai rumah emaknya.

Tapi, bila jadi macam ini, saya terkilan dengan sikapnya.

“Saya bagi peluang kalau tak mampu bayar sekali gus, boleh ansur-ansur, tapi itu pun dia perdaya saya.

Tak berkatlah dia buat rumah emaknya dan canang itu dan ini, tapi wang saya dia mengelak nak bayar,” katanya.

Bagaimanapun, Fizz yang dihubungi enggan memberikan sebarang komen dan tidak mahu ambil melayan dakwaan itu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apam 26-7-2014 08:28 AM
Duit punya hal aje pun, selesaikan la baik2
Quote mitnick 26-7-2014 08:39 AM
antara pihak ketiga n pizzz peruz sape yg tipu ini?
Quote chempaka_ku 26-7-2014 08:46 AM
linda ni ceti ke........ or just baik hati?
Quote CrowneGlory 26-7-2014 08:55 AM
Peminjam utk golongan retis?
Quote encikWawad 26-7-2014 09:04 AM
cetis celebritis - wauuu - kaya bebenor linda niiii
Quote senahsanasini 26-7-2014 09:23 AM
Knp si pis xbg terus kt linda???
Bg kt org ke3 motippp??
Quote orglama 26-7-2014 09:29 AM
Pinjam gitu2 je ke? Takkan tak dpt apa2 imbuhan....molia nya hati linda ni
Quote idadzira 26-7-2014 09:56 AM
ceti untuk golongan artis....wahhh
Quote CiliPadiSedap 26-7-2014 10:02 AM
almy nadia kau tinggalkan je lelaki tak guna tu. sampah masyakarat. daripada satu kes kepada satu kes. betul cakap pengacara ketuk2 ramadhan rozita che wan, suami sering bermasalah
Quote Grengo 26-7-2014 10:07 AM
Kalo betul dah bayar.. piz patut buat polis repot jugak.
Quote CiliPadiSedap 26-7-2014 10:17 AM
Grengo posted on 26-7-2014 10:07 AM
Kalo betul dah bayar.. piz patut buat polis repot jugak.

standard ayat orang berhutang. pinjam mulut manis. time nak bayar liat cm daging cadbury
Quote bambimo 26-7-2014 10:42 AM
Ke rm15k ni nk buat kawen hihihi..
Teruk lah klo dh pnjam xnk byr...
Quote stinger_attack 26-7-2014 10:48 AM
Polis punya job scope termasuk ketuk pintu rumah orang yang berhutang macam ah long kah?


Quote prettyuglybabe 26-7-2014 11:09 AM
kang pizz keluar tagline beliau. tak sedar diri ketika meminjam akibat kebomohan
Quote kukukatablog 26-7-2014 11:14 AM
wah mesti restis2 beli bag chanel pinjam duit linda
Quote kakasotong 26-7-2014 11:15 AM
Bertabahlah linda. Begitulah lumrah manusia, nak pinjam duit laju jah berjanji manismu. Dah pinjam liat kemain nak bayar.

Bdasarkan tulisan artikel n pengakuan dr cik cetikah iaitu linda, barulah iols tahu betapa sengkeknya retis mesia ni.
Quote cmf_premierleag 26-7-2014 11:16 AM
Apsal fizz ni bodoh sgt tak bank in terus jah dlm acc linda
Lps tu mmg la ada salinan bank in and tunjukkn je kt linda
Ni pakai 3rd party...nmpk sgt fizz ni kaki menipu
Quote daria80 26-7-2014 11:17 AM
org bg utang kt org akan ingat utang dia.tp org berhutang memang buat buat buat lupa.
:Q
Quote cikatilia 26-7-2014 11:43 AM
bab duit adik badik also can perang
apatah lagi org luar

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.097360 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top