CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Anwar Ibrahim Mengamok Malam Tadi

13-8-2014 04:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27321| Komen: 294

Description: Kit Siang Tidak Menolak Kemungkinan Berlakunya Pembubaran Pakatan Adalah Disebabkan Oleh Kenyataan Tertentu Yang Dibuat Oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Anwar Ibrahim Mengamok Malam Tadi



Wakil PAS tidak hadir dalam mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat (PR) di ibu pejabat PKR malam semalam bagi membincangkan krisis menteri besar Selangor.

Menurut Mstar mesyuarat itu diadakan berikutan keputusan mengejutkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memecat enam exco kerajaan negeri seperti yang diumumkan petang Selasa.

“Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah pemimpin terawal hadir ke Ibu Pejabat PKR, kira-kira pukul 7.55 malam.

“Pemimpin lain yang menyusul termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali,” lapor portal itu.

Difahamkan satu sidang media akan diadakan pada pukul 8.30 malam tetapi sehingga kini mesyuarat masih lagi berlangsung.

Dalam sidang media selepas itu, Anwar yang kelihatan tidak ceria meminta meminta empat Exco PAS supaya memboikot mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (exco) yang dijadualkan esok untuk membuktikan kesetiaan parti itu terhadap PR.

“Jika PAS setia bersama pakatan pembangkang, mereka harus menunjukkan sikap protes atau memboikot mesyuarat Exco pagi esok,” katanya pada sidang media tergempar itu yang dihadiri Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan lima daripada enam Exco yang dipecat, lapor MalaysiaGazette.

The Malaysian Insider pula memetik kenyataan Guan Eng yang mengkrtik Khalid berkaitan dengan pemecatan 6 Exco Selangor itu.

“Apabila surat pemecatan ini dihantar, DAP dan PKR tidak boleh menerima pemecatan ini kerana ia tidak adil dan boleh dipertikaikan daripada segi undang-undang,” katanya.

Menurutnya, tindakan Khalid itu tidak beretika serta tidak menghormati prinsip dan semangat demokrasi.

“Pemecatan ini adalah tidak beretika dan tidak menghormati prinsip serta semangat demokrasi.

“Ia membelakangi mandat rakyat yang diberi kepada Pakatan,” katanya.

Selain itu, Guan Eng turut mengungkit Khalid diangkat menjadi menteri besar Selangor sebelum ini hasil sokongan tiga parti komponen dalam PR.

“Khalid perlu ingat beliau jadi MB daripada Pakatan, beliau bukan MB sebab namanya Khalid kerana mewakili Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Siang tadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya berkata PR sepatutnya mendahului apa yang akan berlaku dalam tempoh 24 jam akan datang dan bukannya menunggu keputusan mesyuarat PAS pada pada 17 Ogos ini.

“Pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang mesti bertindak pantas dan tepat serta tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan krisis Menteri Besar Selangor kerana masa adalah amat penting.

“Jangan biarkan apa yang bakal berlaku dalam masa 24 jam ini mendahului mesyuarat AJK Pas Pusat pada 17 Ogos sekali gus menentukan kelangsungan pakatan pembangkang,” katanya

Kit Siang tidak menolak kemungkinan berlakunya pembubaran Pakatan adalah disebabkan oleh kenyataan tertentu yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ini adalah sebabnya Muhyiddin sangat pantas mengisytiharkan sokongan tidak bersyarat 12 Adun Umno-Barisan Nasional kepada Khalid untuk kekal sebagai menteri besar,” katanya

Muhyiddin pada Isnin telah bahawa wakil rakyat Barisan Nasional Selangor akan menyokong Khalid sekiranya usul tidak percaya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.

Kit Siang berkata, kempen itu akan mendapat kekuatan dengan sokongan terbuka sesetengah pihak untuk mewujudkan “kerajaan perpaduan” UMNO-PAS.

“Kempen ini mula mendapat kekuatan dengan sokongan terbuka setengah pihak yang menyokong ‘kerajaan perpaduan’ walaupun berselindung disebalik terminologi konsensus nasional” katanya.

Gesaan sama turut dibuat oleh anaknya, Guan Eng dalam kenyataan media hari ini yang mendesak PAS agar tidak menangguhkan keputusannya dan harus mengisytiharkan sama ada parti itu bersama PR atau bersama UMNO untuk mendukung Khalid.

Katanya, dengan terus menangguhkan menyatakan pendiriannya, ia seolah-olah tidak mengambil kira tanggungjawab terhadap mandat rakyat Selangor yang memberikan PAS sebanyak 15 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum lalu.

Guan Eng berkata jika PAS menyebelahi Khalid dan bukannya Presiden PKR, Wan Azizah , tindakan itu akan mendorong ke arah perpecahan Pakatan.

“Jika PAS enggan merestui pertukaran menteri besar Selangor, dengan menggantikan Khalid dengan pilihan PKR Wan Azizah, ia akan segera memecahkan dan menamatkan Pakatan, di Selangor dan di peringkat nasional,” katanya, dilaporkan Malaysiakini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan Bernama berkata partinya belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahad ini.

Kenyataan itu dibuat oleh Setiausaha Khas kepada Presiden PAS Zaihan Mohd Daud dalam satu kenyataan kepada media hari ini.


Semalam, Malaysiakini turut melaporkan Anwar terkedu sejurus selepas Khalid memberitahu bahawa Sultan Selangor berpuas hati dengan penjelasannya bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Dalam reaksi segeranya di Twitter, Anwar menjawab tweet sebuah portal berita yang melaporkan perkembangan itu, hanya dengan menulis dua tanda soal “??”.

Menjawab soalan sultan, Khalid menjelaskan, di sebalik pemecatannya daripada PKR, beliau masih memperoleh kepercayaan majoriti anggota dewan negeri.

Justeru, kata Khalid, sultan berpuas hati dengan penjelasan yang dipersembahkan dan selanjutnya memperkenannya terus memegang jawatan menteri besar.






4 Exco Pas tidak endah kata dua DAP

SHAH ALAM 13 Ogos - Empat Exco Pas tidak mengendahkan kata dua DAP apabila menghadirkan diri untuk mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.
Iskandar Abdul Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Dr. Halimah Ali hadir seperti biasa menjalankan tugas mereka di pejabat masing-masing di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) termasuk turut serta dalam mesyuarat berkenaan.




3

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
7

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gede-bab 13-8-2014 12:17 PM
udah2lah anwart...bertaubatlah...pintu penjara menantimu....lupakan politik...
Quote crossfire 13-8-2014 12:19 PM
gede-bab posted on 13-8-2014 12:17 PM
udah2lah anwart...bertaubatlah...pintu penjara menantimu....lupakan politik...

apakah tindakan abg non seterusnya
Quote shamsadis 13-8-2014 12:22 PM
aku cari nama UMNO tak jumpa saper nampak bagitau ehh thanks
Quote c===8 13-8-2014 12:23 PM
muhyidin gak yg bersalah...kesiannn
Quote gede-bab 13-8-2014 12:24 PM
crossfire posted on 13-8-2014 12:19 PM
apakah tindakan abg non seterusnya

tangguhkan perbicaraan sampai pru 14....
Quote dauswq 13-8-2014 12:24 PM
abg non mengamuk kelakar lak aku tgk..
sape suruh setuju khalid jd mb mase penggal ke-2 itu hari? lain kali selidik dulu...mase tu lah nak jelaskan kt DAP-PAS perilaku khalid...
skrg dh terlambat, org tu lagik tegas tak dgr ckp..
akhirnya kena sebijik kt abg non

huru-hara betullah PKR ni..

cuba jadi cam najib aritu, sebijik kena kt mat said..terus senyap tak mau dh memberontak, 3 hari jek amik mase wlpn entah ape yg deal ngan mat said tu smpi dia akur...3 hari jek..
ni dah berlarutan sebulan ni, abg non
Quote tumpanglalu74 13-8-2014 12:24 PM
Tolong la jangan beri tumpuan pada manusia munafiq ni lagi.

Quote tobby 13-8-2014 12:25 PM
gede-bab posted on 13-8-2014 12:17 PM
udah2lah anwart...bertaubatlah...pintu penjara menantimu....lupakan politik...

KONSENSUS NATIONAL ni idea abg non .... tapi bila PAS nak buat dia lawan pulak.

“Kempen ini mula mendapat kekuatan dengan sokongan terbuka setengah pihak yang menyokong ‘kerajaan perpaduan’ walaupun berselindung disebalik terminologi konsensus nasional” katanya
Quote d'zeck 13-8-2014 12:27 PM
"hoi..! aku ni PM

baik korang dengar cakap aku.."

kata abang non kepada
wartawan2 yang buat liputan
Quote crossfire 13-8-2014 12:28 PM
dauswq posted on 13-8-2014 12:24 PM
abg non mengamuk kelakar lak aku tgk..
sape suruh setuju khalid jd mb mase penggal ke-2 itu  ...

Isu ini semakin hari semakin menarik tertarik gebom gebom!!!

siapakah mangsanya? RAKYAT SELANGOR.

Quote crossfire 13-8-2014 12:29 PM
d'zeck posted on 13-8-2014 12:27 PM
"hoi..! aku ni PM

baik korang dengar cakap aku.."

tgn tu mesti ke TSKI halanya
Quote tupaiterbang 13-8-2014 12:29 PM
kisah cinta nk terbongkar lebih terperinci..setiap inci,sapa tak tensen

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1
Quote badaksumbu 13-8-2014 12:30 PM
shamsadis posted on 13-8-2014 12:22 PM
aku cari nama UMNO tak jumpa  saper nampak bagitau ehh thanks

mesti la ada.

Kit Siang tidak menolak kemungkinan berlakunya pembubaran Pakatan adalah disebabkan oleh kenyataan tertentu yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ini adalah sebabnya Muhyiddin sangat pantas mengisytiharkan sokongan tidak bersyarat 12 Adun Umno-Barisan Nasional kepada Khalid untuk kekal sebagai menteri besar,” katanya

Muhyiddin pada Isnin telah bahawa wakil rakyat Barisan Nasional Selangor akan menyokong Khalid sekiranya usul tidak percaya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.

Kit Siang berkata, kempen itu akan mendapat kekuatan dengan sokongan terbuka sesetengah pihak untuk mewujudkan “kerajaan perpaduan” UMNO-PAS.

“Kempen ini mula mendapat kekuatan dengan sokongan terbuka setengah pihak yang menyokong ‘kerajaan perpaduan’ walaupun berselindung disebalik terminologi konsensus nasional” katanya.



Quote dauswq 13-8-2014 12:31 PM
crossfire posted on 13-8-2014 12:28 PM
Isu ini semakin hari semakin menarik tertarik gebom gebom!!!  

siapakah mangsanya? RAKYAT  ...

abg non mmg slow  solve isu ni...
BN aritu selesaikan dlm mase 3 hari jek...terus mat said akur & terkedu..
ni abg non yg terkedu, ape kes?

pengajaran: jgn terlalu percaya kt org, senang2 org tu attack kita akhirnya...pdn muka abg non...kena jd dictator lah, barulaj semua ahli dgr ckp...ni tak, kesian punye pasal, akhirnya sendiri yg susah
Quote d'zeck 13-8-2014 12:32 PM
crossfire posted on 13-8-2014 12:29 PM
tgn tu mesti ke TSKI halanya

"hangpa nak dengaq cakap PM
ka cakap MB ka?!"

marah bang non lagi

Quote crossfire 13-8-2014 12:37 PM
dauswq posted on 13-8-2014 12:31 PM
abg non mmg slow  solve isu ni...
BN aritu selesaikan dlm mase 3 hari jek...terus mat said akur & ...

abg non terperangkap dlm permainan politik ciptaannya sendiri..

Quote shamsadis 13-8-2014 12:40 PM
badaksumbu posted on 13-8-2014 12:30 PM
mesti la ada.

hebat ko
Quote kauado? 13-8-2014 12:41 PM
nazak sgt dah mereka2 nih..dah boleh bubarkan dah pkr nih..
Quote lipans 13-8-2014 12:45 PM
APa nak takut, beliau bakal buka ofis pm di sg buloh.

Lihat semua komen(294)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.072600 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top