Pesawat di KLIA 'bertafakur' 2 minit - DCA
PUTRAJAYA: Pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan 'bertafakur' selama dua minit sempena istiadat penerimaan jenazah mangsa tragedi MH17 Jumaat ini. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Azharuddin A Rahman, berkata pada waktu itu tiada pergerakan pesawat akan berlaku di kawasan landasan sebagai tanda penghormatan. Jenazah yang diterbangkan dari Amsterdam melalui pesawat khas dijadual tiba di kawasan Kompleks Bunga Raya, KLIA pada pukul 10 pagi Jumaat ini. Azharuddin berkata, penghormatan yang diberikan pesawat-pesawat itu tidak akan memberikan impak kepada pergerakan trafik di KLIA. "Walaupun mereka (pesawat) perlu "bertafakur' ia tidak akan menjejaskan sebarang pergerakan dan jadual penerbangan," katanya. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=823218&extra=&page=9
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-4-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.034999 second(s), 21 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.