CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MH17 Keluarga Tentukan Di Mana Jenazah Tambi Jiee Dibawa

4-9-2014 04:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3146| Komen: 0

Description: Jenazah Isterinya Ariza Ghazalee Dan Anak Sulung Mereka, Mohd Afif Dibawa Pulang Ke Malaysia Pada 22 Ogos.
Keluarga tentukan di mana jenazah Tambi Jiee bakal dibawa pulang - Rohani


SEPANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat masih menunggu keputusan ahli keluarga Tambi Jiee bagi proses penghantaran pulang jenazahnya ke tanah air.

Menterinya, Datuk Rohani Karim, berkata pihaknya akan memenuhi permintaan anggota keluarga arwah sama ada jenazah diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau terus ke kampung halamannya di Kuching, Sarawak.

"Semalam saya sudah berhubung dengan keluarga arwah dan mereka meminta jika hanya satu jenazah yang tiba, mereka mahu jenazah dihantar terus ke Kuching dan istiadat akan diadakan di sana.

"Kita menghormati keputusan keluarganya yang tengah berbincang," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, KLIA di sini, hari ini.

Istiadat penghormatan untuk sembilan jenazah itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.


Tambi yang juga kakitangan Shell yang bertugas di Khazakhstan sejak tiga tahun lalu, berada dalam pesawat MH17 itu bersama isteri dan empat orang anaknya.

Mereka dalam perjalanan pulang ke Malaysia sebelum Tambi kembali bertugas di Ibu Pejabat Shell di Kuala Lumpur.

Jenazah isterinya Ariza Ghazalee dan anak sulung mereka, Mohd Afif dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Ogos.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata jenazah Tambi yang sudah dikenal pasti kini dalam proses untuk disiapkan dokumentasi bagi penghantaran pulang jenazahnya.

"Rohani akan bantu kita supaya jenazah Tambi dapat dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin walaupun seorang saja," katanya.

Liow berkata, tarikh penghantaran pulang jenazah akan diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas mendapat perlepasan dari Amsterdam. - BERNAMA


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=823218&extra=&page=94
10

Bagus
5

Marah
10

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.056507 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top