CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

David Teo Kurangkan Bayaran Artis Untuk Terus Buat Filem

5-9-2014 12:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13524| Komen: 91

Description: “Bayangkan Kalau Saya Berhenti Buat Filem, Bagaimana Dengan Pendapatan Pekerja Atau Krew Produksi Syarikat Saya? Bagaimana Pula Mereka Hendak Sara Kehidupan Mereka Dan Keluarga Mereka.
David Teo Kurangkan Bayaran Artis Untuk Terus Buat Filem



KUALA LUMPUR, 3 SEPT 2014: Produser syarikat Metrowelath (MIG) Sdn Bhd, Mejar K. David Teo akui dia telah mula mengurangkan bayaran pelakon-pelakonnya bagi membolehkannya terus kekal mengeluarkan filem walaupun keadaan industri filem kini sedang mengalami zaman kemurungan.

David Teo berkata biarpun perit, pelakon atau artis terutama yang berada di bawah naungannya terpaksa akur kerana tiada pilihan lain selain menerimanya ketika industri filem sedang merosot.

“Walaupun apa yang terjadi kepada industri filem negara kita, MIG akan terus menghasilkan filem tanpa henti dalam apa jua keadaan. Sebagai penghasil filem kami perlu mempertahankan industri filem tempatan.


“Bayangkan kalau saya berhenti buat filem, bagaimana dengan pendapatan pekerja atau krew produksi syarikat saya? Bagaimana pula mereka hendak sara kehidupan mereka dan keluarga mereka.

“Jadi salah satu caranya adalah selain memotong kos produksi dan krew,  saya juga terpaksa mengurangkan bayaran pelakon dan artis dibawah naungan saya supaya mereka terus ada job kerana tidak ramai yang berani buat filem sekarang ini.

“Saya tahu tak semua artis boleh menerima kenyataan ini tetapi jika artis itu memamhami dan tahu bagaimana perjalanan industri filem sekarang ini mereka pasti akur,” katanya kepada murai.com.my

David Teo ditemui ketika pelancaran filem Adik Abang di pejabat syarikatnya, baru-baru ini.

David Teo beritahu lagi, memandangkan situasi kini amat sukar buatnya untuk menghasilkan filem yang banyak dalam masa sebulan, jadi dia beritahu kualiti dan pericnian kepada stiap filem kali ini akan dipertingkatkan.

“Jika dulu saya boleh hasil beberapa buah filem dalam 1 bulan tetapi kini sebulan mungkin 1 filem sahaja kerana kami akan menjamin kualiti kepada setiap filem.

“Ianya juga memakan masa yang sama supaya lebih perincian dilakukan supaya kos yang dikeluarkan tidak sia-sia dan filem yang lebih kualiti dapat dihidangkan kepada penoton,” jelasnya lagi.

Filem Adik Abang yang dilakonkan oleh Farid Kamil, Intan Ladyana, Fadlan Hazim, Adiba Yunus dan ramai lagi itu baru sahaja memulakan penggambaran pada 30 Ogos lalu.

Selain Adik Abang, MIG beberapa filem yang telah menunggu unuk tayangan seperti Tangan, Gloryfying Love, Kelibat dan Kaki Kitai.



10

Bagus
8

Marah
2

Terkejut
11

Sedih
15

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jagendas 3-9-2014 12:12 PM
industri dah lemau
Quote da_vinci 3-9-2014 12:16 PM
balik2 muka tu jugak laaaaaa pelakonnya...maknanya pelakon2 ini mmg tak kesah ler tentang bayaran asalkan ada jer ker atau camner....
Quote CrowneGlory 3-9-2014 12:19 PM
Dh citer pun citer sampah... X citer hantu..citer mat rempit... Lawak bodo.. Siapa nk tgk.. Tp film dr lnegara pulak berjuta kali lg berkualiti n best.. Why waste Money over film yg tiket sama harga tp xde kualiti mcm msian film..
Quote wookiehoney 3-9-2014 12:20 PM
filem sampah baik tak payah buat
Quote cemolot 3-9-2014 12:33 PM
Sampah
Sana Sini Sampah
Jangan sampah banyak sampah movienya

Sampah
Sana Sini Sampah
Filem-filem David Teo semuanya Sampahhhh

sila menyanyikan dalam rentak lagu Kacang

Quote tomet05 3-9-2014 12:38 PM
sian kan ..
Quote dibs 3-9-2014 12:44 PM
mmg la kurgkan byran retis, dah pilem rugi je mnjang...
Quote malaywood.NET 3-9-2014 12:45 PM
lagu pun merosot.. kacang sana kacang sini... haruslah berjimat sbb tak laku.. kacang sana kacang sini.
Quote CiliPadiSedap 3-9-2014 01:07 PM
industri cetak rompak kian berkembang
Quote drivethru 3-9-2014 01:08 PM
Semalam tgk mamak cupcake (bkn filem MIG). Aku sorang jer dlm panggung tu. Best giler tgk sorang2.

Quote maxim 3-9-2014 01:09 PM
drivethru posted on 3-9-2014 01:08 PM
Semalam tgk mamak cupcake (bkn filem MIG). Aku sorang jer dlm panggung tu. Best giler tgk sorang2.
...



best x cite tu?
Quote tapibukanaku 3-9-2014 01:11 PM
hearsay..MIG nak bungkus da..
Quote drivethru 3-9-2014 01:13 PM
maxim posted on 3-9-2014 01:09 PM
best x cite tu?

Mmg best. Sbb bkn lawak bodoh. Selalu nyer lawak bodoh ni kalo ade pelakon dari maharajalawak atau pelawak tv3.

Tengok sorang2 pun aku boleh gelak pecah panggung. Layaaannnnnnn....
Quote mitnick 3-9-2014 01:22 PM
hopefully lps nie movie nya makin berkualiti
Quote kosukeconan 3-9-2014 01:23 PM
ni mcm tanda2 mo lingkup nih
Quote Lula2 3-9-2014 01:24 PM
I cannot brain cerita sampah pun ramai lg org tgk..adnan smpit tu sooo yesterday sibuk buat sequel lg..tah hape2...
Quote archer13 3-9-2014 01:34 PM
macamana tak merosot.cerita semua asyik sama saja.
Quote sueism 3-9-2014 01:38 PM
tak kosa nak tengok citer MIG first 2 minutes dah lemau
Quote PongKang 3-9-2014 01:40 PM
tgkla saloma biopic. best

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.104286 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top