CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

David Teo Bakal Keluar Single Rap?

31-3-2014 11:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5974| Komen: 18

Description: Penerbit Filem Metrowealth International Group (Mig) David Teo, Melakukan Percubaan Berani Apabila Berganding Dengan Penyanyi Fida Ibrahim Untuk Projek Terbaharunya Bagi Menghasilkan Single Lagu Pert ...
David Teo Jadi Penyanyi, Rakam Lagu Rap   

David Teo bakal keluar single pertama bersama Fida Ibrahim.
  
PETALING JAYA:  Penerbit filem Metrowealth International Group (MIG)  David Teo, melakukan percubaan berani apabila berganding dengan penyanyi Fida Ibrahim untuk projek terbaharunya bagi menghasilkan single lagu pertama berjudul Kacang.Bagaimanapun, David yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif  MIG berkata, lagu mempunyai lirik membawa maksud seperti peribahasa Kacang Lupakan Kulit  itu tidak bertujuan untuk menyindir mana-mana pihak.

"Saya rasa ingin menyanyi selepas melihat AC Mizal berjaya menyanyikan lagu Apo Keno Eh Jang dengan baik dan diterima masyarakat. Saya hanya nyanyi bahagian rap sahaja seperti AC Mizal.

"Lagu ini ciptaan  Cat Farish dan ia menceritakan tentang perihal Kacang Lupakan Kulit, namun, saya tidak tujukan kepada sesiapa. Ia sebagai pengajaran kepada semua yang mendengar agar tidak jadi seperti maksud peribahasa ini," katanya kepada Mstar Online

Tambah David, single pertama ini sudah siap dirakam dan kini dalam proses akhir sebelum ia diedar kepada stesen radio. Katanya, ia merupakan sebuah projek serius yang ingin dipertandingkan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) akan datang.

"Saya buat ini bukan sebagai lagu tema filem atau ia sekadar suka-suka tetapi ia adalah satu projek yang serius dan kalau ia bernasib baik, harap-harap terpilih ke AIM tahun depan."proses rakaman dah selesai dan hanya tinggal beberapa proses akhir sebelum ia dihantar ke stesen radio," katanya.

Sementara itu, kata David, pemilihan pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim sebagai rakan duetnya disebabkan penyanyi itu mempunyai lenggok suara Melayu yang unik. David juga dalam dalam proses menghafal lirik sebelum tampil menyanyikan lagu tersebut di hadapan khalayak pada majlis pelancarannya tidak lama lagi.

Ibu bapa Nina Iskandar Minta Kebenaran

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya tentang pelakon baharu dibawah naungannya, Nina Iskandar yang bakal bertunang dengan seorang ushawan berasal dari Kelantan, David berkata, ibu bapa wanita itu sudah datang menemuinya bagi meminta kebenaran.

"Dia ada datang jumpa saya untuk beritahu sedang bercinta dan akan bertunang, tetapi saya minta ibu bapa dia sendiri datang untuk mengesahkan hal tersebut.

"Saya tidak ada halangan, saya mahu ibu bapa dia tahu perkara ini, kerana ketika dia ingin menyertai MIG dahulu ibu bapa dia datang beri persetujuan kepada saya," ujarnya.

Kata David, Nina merupakan artis MIG pertama yang tampil meminta persetujuan dan mengikut prosedur baharu yang ditetapkan oleh syarikat pengurusan itu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enchikfitz 29-3-2014 09:36 AM
klu masuk AJL, alamatnya semifinal pun x lepas. takde yg ngundi agaknya
Quote enchikfitz 29-3-2014 09:37 AM
klu masuk AJL, alamatnya semifinal pun x lepas. takde yg ngundi agaknya
Quote ciaki 29-3-2014 09:47 AM
enchikfitz posted on 29-3-2014 09:37 AM
klu masuk AJL, alamatnya semifinal pun x lepas. takde yg ngundi agaknya

Ko jgn nnt abes dia soh staff metrowealth pakat undi dia utk mingguan n xlupa juga request    lagu tu kt radio
Quote berancuk 29-3-2014 10:35 AM
lagu mi sedap, dengarkan "mi sedap" pada ketika 01:49



[youtube]NL2Y3ovbaHk[/youtube]

http://youtu.be/NL2Y3ovbaHk



mee sedap jelas terasa sedapnya, soal rasa lidah tak boleh bohong!
Quote kumanheart 29-3-2014 11:27 AM
Tamak segala
Quote amyainsamad 29-3-2014 12:40 PM
Xsbr nk dgr...huhuhuhu. pastu:@
Quote elamor 29-3-2014 12:48 PM
perggghh AIM?? gud luck






Quote pakwetizzaqyah 29-3-2014 11:26 PM
aku suka david teoh ni...dia ni kalau jadi ketua menteri pulau pinang msti meriah pulau pinang
Quote toman_kota 29-3-2014 11:33 PM
hahaha..pandai dia buat duit.
Quote bookehkahkoh 29-3-2014 11:34 PM
Speechless sat hahahaha tapi for sure parody material punya
Quote tomet05 30-3-2014 12:17 PM
kalau ngundi sms  ada chance la dia ke final kui3 ..
Quote alphawolf 30-3-2014 02:58 PM
bayangkan dia rap dengan pelat2 dia....
Quote Lula2 31-3-2014 02:42 PM
kosser i nk dgr hoi....
Quote MummySafa 31-3-2014 05:09 PM
dok imeeejiiinn abam david teo nyanyi rapp
Quote MummySafa 31-3-2014 05:10 PM
alphawolf posted on 30-3-2014 02:58 PM
bayangkan dia rap dengan pelat2 dia....

dah boleh bayang kot...
Quote eliforp 31-3-2014 05:15 PM
do watever u want mr david asalkan tak menggangu sensitiviti...
kamu dalam dunia hiburan,apa2 saje boleh jadi bahan menghiburkan orang
Quote user2012 31-3-2014 06:04 PM
kalo David Teo feat. Bobo mest meletop lagi ni!

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.059917 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top