CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Foto 'Panas' Adi Putra Tak Jejas 'Teater Dibawah Lindungan Kaabah' - Penerbit

4-4-2014 04:09 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 9391| Komen: 23

Description: Penerbit teater 'Dibawah Lindungan Kaabah', Siti Rohaya Atan yakin isu foto panas teraju utama teater tersebut, Adi Putra yang tersebar di internet baru-baru ini tidak menjejaskan penerbitan teater be ...


Kredit foto Faisol Mustafa

Penerbit teater 'Dibawah Lindungan Kaabah', Siti Rohaya Atan yakin isu foto panas teraju utama teater tersebut, Adi Putra yang tersebar di internet baru-baru ini tidak menjejaskan penerbitan teater berkenaan.

Jelas Siti Rohaya, sejak dari awal pemilihan Adi Putra bukan kerana mahu mengambil kesempatan dek isu peribadi yang mengaitkan aktor itu. Sebaliknya beliau melihat pada kredibiliti, bakat dan disiplin pelakon itu sekaligus yakin Adi mampu menjayakan watak Hamid.


"Isu peribadi dalam dunia artis ataupun dunia politik ni, itu perkara biasa dan lambat laun ia pasti akan berlalu seperti air hujan. Dalam satu teori kewartawanan oleh Rupert Mardock pun ada menyebut, isu panas satu-satu berita itu akan mati dalam masa 100 hari.

"Saya ada satu prinsip dan pendekatan sama ada kita hendak percaya atau tidak dengan cerita kontroversi itu, terpulang pada masing-masing. Saya sudah lama mengenali Adi. Dan saya cukup yakin dengan kredibiliti, bakat dan disiplinnya.

"Apa yang penting adalah nawaitu (niat) kami mahu menyampaikan mesej yang baik dan berguna pada para penonton. Saya tidak takut mahupun gentar bila timbulnya isu itu kerana ia sama sekali tidak menjejaskan karya terbitan saya. Pendek kata, isu itu tidak memberi kudis pun pada penerbitan produksi kami", kata Siti Rohaya yang berpengalam lebih 20 tahun menerbitkan teater.

Beliau tatkala diminta mengulas mengenai hal tersebut ketika ditemui pada sidang media kedua teater 'Dibawah Lindungan Kaabah', bertempat di Istana Budaya, semalam.


Siti Rohaya Atan Kredit foto Faisol Mustafa.

Baru-baru ini, peminat dunia hiburan tanah air heboh memperkatakan mengenai sekeping foto di dakwa Adi Putra dalam keadaan bertuala tanpa memakai baju yang tersebar di internet. Foto itu didakwa telah dimuat naik di laman Instagram oleh bekas suami kepada wanita yang didakwa mempunyai skandal dengan Adi Putra sebelum ini.

Sementara itu, Adi juga ditemui pada sidang media berkenaan berkata, foto itu sikit pun tidak menghalangnya dari terus memberi impak dalam karya yang diadaptasi dari novel ulama terkenal Indonesia, Allahyarham Prof. Hamka itu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie.dz 4-4-2014 08:49 AM
tak jejas belakang kira..

tapi geli je nak tgk muka adi ni skrg...

Quote ais_kosong 4-4-2014 08:51 AM
betui
xleh dah nak layan drama beliau
Quote tomet05 4-4-2014 09:15 AM
tnuggu dan ihat lah kan
Quote mrsLucky 4-4-2014 09:19 AM
YUCKS.....i think lepas isu skandal ramai peminat beralih arah.. geli i tengok lelaki cheap ni..
Quote mea 4-4-2014 09:29 AM
Jwb jela xjejas periuk nasik ko..abis citer..
Quote aseela 4-4-2014 09:54 AM
hilang peminat kat sini...peminat dari seberang tambak datang meriahkan panggung
Quote mitnick 4-4-2014 11:11 AM
azie.dz posted on 4-4-2014 08:49 AM
tak jejas belakang kira..

tapi geli je nak tgk muka adi ni skrg...

itulah kaka....
kegelian pula
Quote azie.dz 4-4-2014 11:13 AM
mitnick posted on 4-4-2014 11:11 AM
itulah kaka....
kegelian pula

kannn...tgk muka dia mcm kotor je..arghhhhh
Quote edoraixora 4-4-2014 11:22 AM
tiket dh abes jual ke??

kalau belum abes, jangan yeye sgt lah....
Quote veannedeas 4-4-2014 11:31 AM
ape ape je lah

+1
Quote Zumbajunkie 4-4-2014 02:04 PM
ntahnya pergi umrah pun menggatal tunjuk bebird. wth sangat.
Quote MegiTomyam 4-4-2014 04:21 PM
Foto panasnya mana ?
Quote _ejat_ 5-4-2014 09:46 AM
mana gambar seksinya ? hehehehehehe .
Quote unguaurora 5-4-2014 11:07 PM
Gmbrnya ada kat beautifulnara tp x reti tepek sini guna ipad..
Quote mommymonster82 6-4-2014 12:13 AM
Tak terjejas tp tukar skit tajuk tu..
Di bawah lindungan kaabah..
Tukar jadi...
Burung di bawah lindungan.. Last edited by mommymonster82 on 6-4-2014 12:15 AM

Quote munchkin 6-4-2014 01:24 AM
Baiklah adi
Quote setankuning 6-4-2014 09:08 AM
mmg idok le nak nonton teater kalo dia ni belakon
nanti terbayang spender bergulung kat tombol pintu
ilang konsentresyen
Quote berancuk 6-4-2014 10:15 AM
dibawah lindungan kaabah

#spenderbergulung
Quote larikesurga 7-4-2014 07:44 AM
suka baca novel di bawah lindungan kaabah, karya Dr HAMKA... tenggelamnya kapal van der wijck pon best..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.172560 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top