CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Rumah Tangga Adi Putra Bermasalah?

14-7-2014 10:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25978| Komen: 84

Description: Pelik Juga Kami Membacanya, Maklumlah Sejak Awal Kes Skandal Ini, Isteri Adi Pernah Mengaku Yang Isu Tersebut Langsung Tidak Menggugat Keharmonian Rumah Tangga Mereka. Takkanlah Bila Kes Dibuka Semua ...


Lama rasanya tak dengar perkembangan mengenai pelakon kacak, Adi Putra kan? Kali terakhir kami dengar mengenai Adi ketika Gosip percintaannya dengan isteri orang kembali diperkatakan bulan lalu.

Mungkin sepanjang Ramadhan ini, Adi sedang sibuk menguruskan pakej umrah kot. Maklumlah Adi kan mempunyai sebuah syarikat pakej umrah iaitu Hadid Travel & Tours yang ditubuhkan sejak awal tahun lalu.Bagaimanapun, terkejut kami membaca headline di sebuah akhbar, kononnya Adi kini sudah tak tinggal serumah dengan Isterinya, Aida. Betul

Menurut ruangan Laser Miss J di Pancaindera, katanya, ada pihak yang mendakwa, sejak isu skandal itu kembali dibangkitkan, Adi dan isterinya dilihat kurang bercakap antara satu sama lain.

Pelik juga kami membacanya, maklumlah sejak awal kes skandal ini, isteri Adi pernah mengaku yang isu tersebut langsung tidak menggugat keharmonian rumah tangga mereka. Takkanlah bila kes dibuka semua hubungan mereka terus bermasalah, betul tak?

Kata Miss J lagi, Adi tak mempunyai banyak masa bersama keluarga dek kerana jadualnya yang padat dan selalu berulang alik dari Malaysia ke Singapura.

Apapun, jika benar hubungan mereka masih baik, baguslah. Kami pun ikut sekali mendoakan kebahagiaan rumahtangga Adi Putra dan Aida.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bambimbom 14-7-2014 08:14 AM
di bulan ramadhan ni... doakan yg terbaik la wat pasangan ni...
Quote smurfet 14-7-2014 08:17 AM
Baru aje adi and wife beriftar with nd and bosned. Saw their pic kat ig nora.
Quote cmf_kunyit 14-7-2014 08:40 AM
sedangkan lidah lg tergigit...doakan yg terbaik utk mereka...
Quote zacrin 14-7-2014 08:43 AM
retis dah nak start sendu mcm ni ler
Quote rozza 14-7-2014 08:47 AM
ada je nak nyebarkan hal umah tangga org..
Quote tomet05 14-7-2014 09:09 AM
semoga bertahan .. selamat berpuasa ..
Quote jlo 14-7-2014 09:16 AM
jangan la bercerai berai... kesian kat aida..susah senang ngan adi ni
Quote jlo 14-7-2014 09:16 AM
alaa sian aida..
Quote otai_g 14-7-2014 09:17 AM
udah2 la adi putra. nama hang dah busuk dah...... artis mcm ni mengotorkan industri jerk...
Quote kucen_miang 14-7-2014 09:23 AM
bila kes dibuka, maka telanjanglah semua fakta. tak mampu dah dok dlm denial stage.
Quote bambimo 14-7-2014 09:24 AM
adi bertuah tau ada wife se setia dan sebaik aida...
yang sentiasa sokong dia di kala susah dan senang huhuhu
Quote juecy 14-7-2014 09:24 AM
Saya doakan jodoh mereka kekal selamanya...
Insyallah.
Quote krukx 14-7-2014 09:47 AM
Dulu pun pernah bergolak & hampir bercerai. Selalunya kalau marriage yg pernah bergolak sampai nak bercerai pastu tak jadi, satu hari nanti akan bercerai juga
Quote katakau 14-7-2014 09:52 AM
moga baik2 kehendaknya..wlupon iol tak minat AP nie..
Quote schababe 14-7-2014 09:55 AM
all the best utk theyols..
Quote JENABREJAM89 14-7-2014 10:00 AM
kalu cerai , jadi janda kali kedua la si aida ni . jgn la cerai berai , bini dia ni lembut ja aku tgk . tabah je kalu ada ap2 kes si somi dia buat .
Quote manehnya 14-7-2014 10:05 AM
susah okey untuk meneruskan perhubungan di atas dahan yg rapuh..


Quote samshik 14-7-2014 10:08 AM
die nie banyak terhutang budi ngan minik die .. kalu die buat2 lupe jugak .. tatau la guaner..
Quote ira_229 14-7-2014 10:09 AM
smurfet posted on 14-7-2014 08:17 AM
Baru aje adi and wife beriftar with nd and bosned. Saw their pic kat ig nora.

tulah nampak mcm bahagia aja...
ai tak habis2 wartawan ni..

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.049957 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top