CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Scha Bawa Bayi Bercuti Untuk Lihat Dunia Luar

26-9-2014 04:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25238| Komen: 86

Description: Sementara Itu, Scha Berkata, Sepanjang Tempoh Enam Jam Penerbangan Dari Kuala Lumpur Itu, Lara Tidak Mahu Tidur, Malah Awal Terpaksa Mendukung Dan Berjalan Bagi Mengelakkan Dia Menangis.
PETALING JAYA: Pelakon Scha Al-Yahya, 29, menganggap keputusannya membawa anak sulungnya, Lara Alana yang baharu berusia dua bulan bercuti di Perth, Australia adalah sebagai langkah pendedahan awal kepada bayi itu untuk melihat dunia luar.

Isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini berkata, mereka yakin terhadap keselamatan bayi itu walaupun dia masih kecil kerana segala persiapan telah dibuat sebelum mereka berangkat ke percutian berkenaan.

"Bagi saya tidak salah membawa bayi berjalan-jalan kerana ia dapat memberi pendedahaan awal kepada Lara untuk berada di negara luar dan secara tidak langsung sistem badan dia akan lebih imun.

"Kami yakin untuk bawa dia dan sudah buat persiapan secukupnya jika berlaku sesuatu perkara serta nombor telefon yang sepatutnya dihubungi semasa berada di sana," ujarnya kepada mStar Online.

Scha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang percutiannya ke Perth, Australia minggu lalu dikritik peminat yang menganggap ia seolah-olah melanggar pantang.

Scha dan Awal bercuti lima hari di Perth, Australia minggu lalu.




Bagaimanapun, Scha bersetuju dengan pendapat segelintir peminat yang bimbang tentang keselamatan bayi yang masih terlalu kecil untuk sebuah perjalanan yang jauh.

"Ada betulnya kata mereka tidak elok bawa bayi masih kecil ke tempat jauh, namun sebelum pergi kami sudah dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dan doktor tidak ada halangan.


"Apa yang saya lihat Lara tidak meragam kerana cuaca sejuk dan boleh keluar setiap hari. Kalau di sini Lara hanya duduk sahaja di rumah," ujarnya.

Sementara itu, Scha berkata, sepanjang tempoh enam jam penerbangan dari Kuala Lumpur itu, Lara tidak mahu tidur, malah Awal terpaksa mendukung dan berjalan bagi mengelakkan dia menangis.

Dalam perkembangan lain, Scha terpaksa mengurangkan aktiviti seni bagi memberi perhatian kepada bayinya untuk membesar.


Dia juga akan merujuk terlebih dahulu jadual tugas Awal sebelum menerima mana-mana tawaran agar tiada pertindihan.

"Saya memang kurang ambil tawaran buat masa sekarang kerana tidak ada siapa yang nak jaga Lara jadi kami terpaksa bergilir-gilir.

"Jika ada tawaran pun saya tengok jadual Awal, kalau dia tidak kerja barulah saya boleh ambil tawaran itu," ujarnya.

3

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cokelatrawkz 26-9-2014 12:42 AM
tak salah nak mendedahkan baby kepada dunia luar.
tapi...
baby tu dah mengerti tak yang dia berada kat luar negara?
.........
riak pun ada.
Quote CrowneGlory 26-9-2014 12:49 AM
Mampu apa salahnya... Tp kalau nk tgk dunia luar mmg x kena la ..apa la bdk 2 bulan faham... Mak yg lebih menggeletis nk brjln sebnrnya
Quote KelisaOren 26-9-2014 12:49 AM
Baby tu kecik lg...dia tak paham apa2...ckp je la mak baby yg bosan asyik dok kat rumah sepanjang berpantang
Quote maxim 26-9-2014 12:50 AM
dunia luar lah sgt..dah nama pn baby..dunia dorg tido je la..
Quote nourahfey 26-9-2014 01:23 AM
maxim posted on 26-9-2014 12:50 AM
dunia luar lah sgt..dah nama pn baby..dunia dorg tido je la..

shomellnyer baby alana,,tido,tido,tido sampai tembam
Quote bungahitam 26-9-2014 01:24 AM
dah besaq nanti baby tu, bila tanya, ingat x mommy daddy pernah bawa p luaq negara, agak2 hengat ka... kowseerr...
Quote DARSITA 26-9-2014 01:24 AM
cokelatrawkz posted on 25-9-2014 08:42 AM
tak salah nak mendedahkan baby kepada dunia luar.
tapi...
baby tu dah mengerti tak yang dia berada ...


wehh lama tak nampak hang junior pulak ya. How your girl? dah 13 tahun?

Quote nourahfey 26-9-2014 01:29 AM
KelisaOren posted on 26-9-2014 12:49 AM
Baby tu kecik lg...dia tak paham apa2...ckp je la mak baby yg bosan asyik dok kat rumah sepanjang be ...

dah aritu pantang kat umah je,sekarang pantang keluar,nak gi jauh2 trus,,takpelah,bagi yang mampu kann,,
Quote pinkzara 26-9-2014 01:46 AM
sebok la followers ni semua.
sukahati dia la nak bwk anak dia gi memana pun..

tak boleh ke buat bodo je tak yah komen apa.
ni..ada je komen nak nasihat la, kritik la..
org tu dah kaya & berjaya dah..yg pengomen nya tu gimana?..
Quote prettymanja 26-9-2014 02:05 AM
ntah.. suke ati makbapak baby Lara le nak bwak ke mane bkan mintak derma pon khen..duit masyuk bnyk..
btw.. Baby Lara nie bnyk ikot muke Scha bile tecik nie ek Uolss Last edited by prettymanja on 26-9-2014 02:07 AM

Quote faraway1 26-9-2014 04:04 AM
bungahitam posted on 25-9-2014 12:24 PM
dah besaq nanti baby tu, bila tanya, ingat x mommy daddy pernah bawa p luaq negara, agak2 hengat ka. ...

gambar kan ada.


Quote melinda_kerr 26-9-2014 06:25 AM
Kelakanya statement. Baby tu tk fhm apa2 pun. Bawakla manapun. Penglihatanpun masih xjelas lg:lol artis2
Quote noraidil_06 26-9-2014 07:17 AM
Kagum dgn org bw baby jln2 ni.its not easy.
Quote rosasa 26-9-2014 07:25 AM


mancungnya hidung  
Quote alieyrina 26-9-2014 07:27 AM
Aku ni punyala target tggu anak 2 thn bru nak p jln2 cuti2...nii 2 bulan jahh..perghhh !

betui bukan sng jaga bb masa bwk kuaq...x bleh beli apa..
Quote duquesne 26-9-2014 08:18 AM
Baby dari umur 2 bulan ke atas kurang risiko naik kapalterbang.. dah Scha dan Awal ni katanya takde maid.. so dorang nak gi jenjalan.. bawak je la baby tu. Lagipun elok didedahkan sejak kecik, esok bila anak dia dah umur 2 -3 tahun dah jadi seasoned traveler, lebih senang nak handle.

Tapi memang respect couple ni sebab bukan senang nak jaga baby 2 bulan during traveling macam tu. Couple muda, dan lebih berdikari.
Quote star_anisse 26-9-2014 08:20 AM
whatever... susah senang nnti ko jgk yg jaga kn.. sukati la scha...
Quote kaklehot 26-9-2014 08:20 AM
seelok-eloknya jgn bawak bayi dibawah 6bulan keluar rmh dulu..pantang org2 dulu ada bnrnya..takot2 nanti mcm2 penyakit hinggap..imunisasi bayi msh blm kuat lagi..
Quote putehkundor 26-9-2014 08:21 AM
Comel kan
Kecik2 hidung dah mancung.

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.170551 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top