CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Almy Nadia Terkejut Faten Tuduh Dia Sombong Di Kedai Makan

9-10-2014 04:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22536| Komen: 119

Description: Almy Menegur Tindakan Salah Seorang Pengikutnya Di Instagram Yang Menuduh Dia Dan Suami, Fizz Fairuz Bersikap Sombong.
Almy Nadia Terkejut Dituduh Sombong Di Kedai Makan

Almy Nadia sangkal dakwaan sombong.



PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia terkejut dituduh salah seorang pengikut Instagram kononnya dia bersikap sombong ketika berada di sebuah kedai makan baru-baru ini.

Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, sepatutnya dia tidak dituduh sebegitu memandangkan dia tidak mengenali individu berkenaan apatah lagi dia bersama suaminya, Fizz Fairuz ketika itu sedang menikmati makan malam bersama.

"Terkejut dibuatnya apabila individu berkenaan mengambil gambar kami di kedai makan itu, kemudian memuat naik di Instagram dan menuduh kami sombong.

"Bila masa pula saya berlagak? Takkan saya sesuka hati nak menegur orang yang tidak dikenali di situ," katanya kepada mStar Online.


Sabtu lalu, Almy telah memuat naik semula foto daripada Instagram pengikut yang menuduh dia dan suaminya sombong di akaun miliknya pula dengan menjelaskan dia tiada niat mahu bersikap sombong dengan sesiapa pun dan dan menganggap tuduhan mengatakan dia dan suaminya berlagak agak keterlaluan.




Almy menegur tindakan salah seorang pengikutnya di Instagram yang menuduh dia dan suami, Fizz Fairuz bersikap sombong.


"Assalammualaikum .. minta maaf awal2 yer.. bukan nak burukkan sesiapa tapi dia dah burukkan nama saya dan suami..Nak tumpang tanya adik yang bernama @fatensahaja ..Bila saya berlagak? Sy dtg kedai makan untuk isi perut.

"Jadi mana salahnya? Saya tahu saya artis tapi takkan lah nak sapa semua orang kat kedai makan tu nanti orang kata gila pulak,betul?? Apa sebab awak kata saya berlagak yer??? Saya tak kenal awak langsung dan tak ingat pun kat mana awak duduk?? Motif keluar dalam Instagram kata saya berlagak? Nak glamor ker??," kata Almy di Instagram miliknya.

Sementara itu, Almy juga terkilan apabila individu berkenaan mengambil fotonya bersama Fizz tanpa meminta izin kerana ia sedikit sebanyak telah mengganggu privasi mereka.

Bagaimanapun pelakon itu enggan memanjangkan isu tersebut kerana menganggap ia hanyalah sebuah isu yang remeh.

"Biarlah dengan mereka, saya pun tak mahu komen panjang tentang perkara ini," ujarnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zafira 7-10-2014 05:01 PM
orang mengandung memang macam tu... mood tak menentu... nak-nak bila tengah lapar.... tak pandang kiri kanan dah.... macam tu pun nak sentap....ntah hape2 punya follower macam ni..... Last edited by zafira on 7-10-2014 05:03 PM

Quote caplimau 7-10-2014 05:07 PM
payah jd artis ni.. nk makan pun jd isu...
Quote nuryakmal 7-10-2014 05:08 PM
follower tu expect retis ni 24/7 nak berjabat salam macam yb nak berkempen ke
Quote myakayina 7-10-2014 05:11 PM
nuryakmal posted on 7-10-2014 05:08 PM
follower tu expect retis ni 24/7 nak berjabat salam macam yb nak berkempen ke

kan.. dorg pun nak kan privacy jgk.. klu dtg tegur baik2 takde salah pun..silap2 Almy dgn Fizz ajak mkn semeja lagi..
Quote lizaluvliz 7-10-2014 05:13 PM
ntah...mesti la yg tgr tu bebudak..or 1st time jumpe retis

kalau iols tak kesior nak tegur artis even artis tu dok sebelah iols..
letih jadi artis...nak makan pon kena muka senyum keliling

Quote gekkou 7-10-2014 05:18 PM
kalau retis mesra sgt pn kata over plak
kata bukan peminat..kata retis poyo cari publisiti murahan
peminat padahal yg over yang emo
hadap sgt nk retis kenal ko ke?
bagus lah dik, kamu sudah fofular
Quote makneng 7-10-2014 05:19 PM
ntah apa2, hadap sgt kat retis.
Quote lipstickz 7-10-2014 05:24 PM
Retis tu pun manusia mcm kau la dik! Bezanye mungkin dia lebih cun & popular je..

Kentut tetap berbau busuk ye so x yah la hadap sangat dengan retis ni.
Quote SyaAnis 7-10-2014 05:30 PM
alahai, orang nak makan kot..

mane pandang kiri kanan..

tak bertempat nak kondem org pun..
Quote BebeQ 7-10-2014 05:32 PM
hadap sangat retis menegur dia. retis sendhu je pun.
kenapa la dia tak tegur retis tu dulu? kalau alasan malu, tau pulak malu. sama la retis pun, ada juga rasa malu nak tegur orang suka hati.
Quote judicata 7-10-2014 05:52 PM
Tak salah pun almy& fizz tu.. Da org tu nak makan kot? Takkan bz nak menegur org yg x dikenal.. Aiyo. Susah la fans mcm ni. Nak retis tegur dorg plak sbg ukur tanda retis berlagak tak berlagak huhu
Quote solstice 7-10-2014 05:56 PM
Peminat pprt

Ingatkan bellaruby td
Quote solstice 7-10-2014 05:57 PM
Nasib baik aku bukan retis
Kalau tak harus aku di cop sombong
Aku memang x reti nk ramah2 ngan org
Quote mitnick 7-10-2014 05:59 PM
umo brp so called 'peminat' tue?
Quote Cyempaka 7-10-2014 06:00 PM
apasal jakun sangat budak faten ni? gigih mengharapkan retis tu sengeh lambai2 kat dia..
Quote mattzzx 7-10-2014 06:11 PM
Siapa Faten tu?  Artis, lawyer, ahli muzik?
Quote cmf_premierleag 7-10-2014 06:12 PM
Terkejut???? Tanjat boboiiiiii
Quote ctmoon 7-10-2014 06:13 PM
solstice posted on 7-10-2014 05:56 PM
Peminat pprt

Ingatkan bellaruby td

baru nk cakap benda yang sama..ko dah ckp dulu..hahahaha

Quote kukukatablog 7-10-2014 06:30 PM
sian faten apalah yang dia harapkan reaksi dari almy kat kedai makan tuh...

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.061651 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top