CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Razak Mohaideen Kembali Mengarah

27-10-2014 09:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10135| Komen: 56

Description: “Apabila Mengarahkan Sesebuah Filem, Saya Sentiasa Memastikan Setiap Karya Yang Dihasilkan Mempunyai Kelainan Selain Menampilkan Genre Yang Berbeza-Beza.
Razak Mohaideen Kembali Mengarah

Razak Mohaideen muncul dengan karya filem terbaharu selepas dua tahun berehat.




PETALING JAYA: Selepas dua tahun sepi daripada industri perfileman tempatan,  Datuk Prof. Madya Razak Mohaideen bakal muncul dengan filem arahannya yang ke-34 iaituMana Mau Lari (MML).

Razak Mohaideen berkata, filem tersebut menampilkan skrip asal tulisan novelis terkenal, Ahadiat Akashah yang membawa genre 'Road Movie'.

“Apabila mengarahkan sesebuah filem, saya sentiasa memastikan setiap karya yang dihasilkan mempunyai kelainan selain menampilkan genre yang berbeza-beza.

“Pembaharuan yang dibawakan menerusi filem MML misalnya, sedikit berbeza daripada filem-filem arahan saya terdahulu kerana ia menceritakan mengenai pengembaraan penggemar-penggemar motor berkuasa tinggi.




“Terdapat juga elemen komedi, seram dan fantasi agar penonton terhibur menyaksikannya," katanya kepada mStar Online.

Tambah pengarah yang popular dengan filem Mami Jarum itu, MML juga berjaya mendapatkan penajaan sebanyak empat buah motosikal berkuasa tinggi oleh Harley Davidson (Malaysia).

MML mengisahkan tentang geng Kassem Selamat yang ingin bercuti di Cowboy Town bagi meraikan kemenangan Abang Pen pada pertandingan “motor-cross”.

Bagaimanapun motosikal Harley-Davidson Abang Pen hilang dan empat sahabat geng Kassem Selamat itu membantunya memulakan misi mencari motor tersebut.

Sementara itu, barisan pelakon yang terlibat ialah Tauke (Jambu)sebagai Abang Pen, Syuk (Kapten), Yassin (King) dan Aliff Yasraff (Kyo).

Selain itu, pelakon lain seperti Saiful Apek, Delimawati, Dira Abu Zahar, Sathiya, Abu Bakar Omar, Tania Hudson, Ruminah Sidek dan Ropie Cecupak turut menjayakan filem tersebut.

MML yang merupakan filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 27 November depan.
3

Bagus
2

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eksotik 26-10-2014 12:30 AM
tp banyak banyak karya prof ni, aku suka ratu the movie. walaupun tak wow sangat. filem lain tak best.
Quote sepitsiput 26-10-2014 12:33 AM
Syuk balas & tauke? Flop la movie ni
Quote beta_carotene 26-10-2014 12:34 AM
eksotik posted on 25-10-2014 11:30 PM
tp banyak banyak karya prof ni, aku suka ratu the movie. walaupun tak wow sangat. filem lain tak bes ...

aku pulak paling suka MAMI JARUM.

entah kenapa jalan cerita dia, setting dia, skrip dia, aku suka.

Quote eksotik 26-10-2014 12:43 AM
beta_carotene posted on 26-10-2014 12:34 AM
aku pulak paling suka MAMI JARUM.

entah kenapa jalan cerita dia, setting dia, skrip dia, aku su ...


kalau dr yg uols sbut tu mmg bagus lah mami jarum tu.. tak dinafikan setting cerita ratu tu azab giler. tak leh lupa mrk nak ke gua tu sampai malam. hahaha. pastu dgn skrp azab azab belaka. tp iols suka ratu sbb konsep dia lain dr yg lain.
Quote Jamilahbebee 26-10-2014 02:11 AM
Ko tak payah buat comeback pon takpe.ahkak rijek
Quote freekey 26-10-2014 02:21 AM
igtkan kembali ke rahmatullah tadi.. huhu





Quote shalola 26-10-2014 02:24 AM
good luck prof
Quote elamor 26-10-2014 02:30 AM
mami jarum & anak mami

tu jah iols minat
Quote miss_lavander 26-10-2014 02:35 AM
buat comeback untuk penuhkan KPI sebagai proffesor dlm bidang pengajian Filem.
Ops....maaf prof terkeluar.. prof jgn failkan saya pulak ye.
Quote Orix 26-10-2014 03:54 AM
mami jarum, anak mami dgan nana tanjung je aku layann cite dia ni.. tp tu dlu la mse kecik2 x reti menilai men nengok je. skang kalo tgok balik cte dia mmg rse mcam nengok drama je. same goes to cte david teo. mcm nengok cerekarama je.
Quote Ferr_Remy 26-10-2014 05:21 AM
prof cap ayam. buat citer tak penah ade wow factor.
Quote offwhite 26-10-2014 06:32 AM
dah ada gelaran latok...ide pun dah mai...
Quote berusjamban 26-10-2014 06:35 AM
Personally aku rasa cerita dia masih ada selitkan moral values berbanding cite rempit, bohsia gengster bagai....
Quote merrissa 26-10-2014 07:05 AM
laaa patut la lama xdgr citer pasal movie tahape2
Quote enchikfitz 26-10-2014 07:18 AM
x payah buat filem la prof oi...low quality sgt filem.
Quote kakprik 26-10-2014 08:42 AM
aku suka mami jarum dan lagi satu filem mami jugak..tapi aku lupa tajuk dia..yang ada azean irdawaty tu..
Quote aderaderker 26-10-2014 08:51 AM
Mana Mau Lari?

Mana2 pun boleh asal xyah tengok mukamu /muviemu lg,Razak..
Quote cm_matjawasp 26-10-2014 09:04 AM
satgi filem dia mestilah ada abang dia shukor dok menyibuk jadi pelakon tambahan ,sat guru silat sat guru tae kwan do
Quote joey_mcintrye 26-10-2014 09:29 AM
kakprik posted on 26-10-2014 08:42 AM
aku suka mami jarum dan lagi satu filem mami jugak..tapi aku lupa tajuk dia..yang ada azean irdawaty ...

Anak Mami Kembali...mmg best Arwah Azean berlakon... npk sgt primadona in her... Al-Fatihah

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.064015 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top