CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Pelatih Ayat Manis Bawa Gadis Ke Ranjang

13-11-2014 10:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22383| Komen: 128

Description: Doktor Lelaki Berusia 20-An Itu Dikesan Menggunakan Laman Sosial Weechat Untuk Berkenalan Dengan Mangsa Sebelum Diajak Pulang Ke Rumahnya Bagi Melakukan Seks. Suspek Dikesan Menjadikan Kediaman Kondom ...
Doktor Pelatih Ayat Manis Bawa Gadis Ke Ranjang


Ampang:  Seorang doktor muda kasanova dipercayai aktif memikat ramai gadis dan remaja menggunakan ayat novel cinta sebelum memujuk mangsa mengadakan hubungan seks.

Doktor lelaki berusia 20-an itu dikesan menggunakan laman sosial Weechat untuk berkenalan dengan mangsa sebelum diajak pulang ke rumahnya bagi melakukan seks. Suspek dikesan menjadikan kediaman kondominium miliknya di Pandan Indah, di sini, sebagai lokasi untuk melakukan temu janji asmara.

Sumber polis berkata, dalam kejadian terbaru, suspek dikatakan berkenalan dengan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun melalui laman sosial Wechat awal Oktober lalu.

Menurutnya, remaja perempuan yang masih bersekolah dan berasal dari Terengganu itu kemudian diajak melakukan temujanji beberapa kali oleh suspek. “Mangsa dikatakan ‘cair’ dan terpikat dengan suspek yang bijak bermain kata-kata cinta. Malah, mangsa akhirnya mengikut suspek ke kondominium didiami sebelum melakukan hubungan seks.

“Mangsa hanya pulang ke rumah keesokan harinya selepas bermalam di rumah lelaki terbabit.

Tindakan mangsa tidak pulang ke rumah menyebabkan ibu bapanya gusar sebelum menyoal siasat punca kegagalannya pulang ke rumah,” katanya. Dia berkata, mangsa akhirnya mengaku beberapa kali melakukan hubungan seks dengan doktor muda terbabit.

“Susulan itu mangsa dibawa ke Balai Polis Ampang, di sini, untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu. “Remaja itu kemudian dibawa ke Hospital Ampang bagi menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan doktor pernah melakukan hubungan kelamin,” katanya.

Menurutnya, susulan itu, polis memberkas doktor terbabit sebelum ditahan reman enam hari bermula Khamis lalu. “Polis turut melakukan pemeriksaan di kediaman suspek sebelum menemui bukti menunjukkan suspek turut menjalin hubungan dengan ramai wanita lain yang turut dibawa pulang ke rumahnya.

“Siasatan mendapati suspek sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor dan bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi,” katanya. Menurutnya, suspek dipercayai bijak memikat gadis dengan kata-kata manis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.              

12

Bagus
17

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
25

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 13-11-2014 07:15 AM
Pesanan ikhlas utk abam2 ci yg sangap...
Sesangap mana sekalipun anda, jangan cari cikki bawah umur...nanti merana badan ...
Akak sarankan cari cikki yg dah menopos walaupun terpaksa berhabis duit membeli ky
Quote ultra78 13-11-2014 07:21 AM
Boleh bagi contoh ayat novel cinta?

Quote nebulagazer 13-11-2014 07:23 AM
Br h.o da duk kondo
Dasat
Quote lavateabag 13-11-2014 07:23 AM
Modngengade posted on 13-11-2014 07:15 AM
Pesanan ikhlas utk abam2 ci yg sangap...
Sesangap mana sekalipun anda, jangan cari cikki bawah umur ...

wechat lubuk lubang...



Quote GhostWalking 13-11-2014 07:23 AM
ultra78 posted on 12-11-2014 11:21 PM
Boleh bagi contoh ayat novel cinta?

"Aku tahu mutiaramu berdenyut menunggu puncak cinta kita bersatu di dalam ombak yang membadai di tilam kondo ini sayang"(suara mode berbisik)
Quote sapp73 13-11-2014 07:26 AM
Belajar tinggi tinggii jadi doktor takkan tak tau hukuman merogol gadis bawah umur...baru HO kau dah buat hal dikkk, merempat kau dalam penjara nnt. Org lain jadi HO punyalah sibuk, tak cukup masa...kau pulak banyak sungguh masa terluang eh
Quote DeMax 13-11-2014 07:26 AM
Ni mesti doctor Syiah saja nak provoke umah sunni
Quote kenarihitam 13-11-2014 07:26 AM
GhostWalking posted on 13-11-2014 07:23 AM
"Aku tahu mutiaramu berdenyut menunggu puncak cinta kita bersatu di dalam ombak yang membadai di t ...

Hahahahahha..kelas cth ayat2 cinta housemen nih...
Quote GhostWalking 13-11-2014 07:29 AM
kenarihitam posted on 12-11-2014 11:26 PM
Hahahahahha..kelas cth ayat2 cinta housemen nih...

tak sempat nak jd doktor dah kena pertuduhan tak pasal2
Quote kenarihitam 13-11-2014 07:31 AM
GhostWalking posted on 13-11-2014 07:29 AM
tak sempat nak jd doktor dah kena pertuduhan tak pasal2

Oooppss..lupa xsmpt la nk jd doktor dh.hehe..bahaya klu org cmni jadi doktor..kang hbs semua patient dia bawa ke ranjang..huh..
Quote mrsLucky 13-11-2014 07:36 AM
Wasted...penat2 mak bapa mengharap anak jadi dr yang berkhidmat pada masyarakat tapi si bodoh ni sangap mengesak anak orang..bawah umur pulak tuh...punah masa depan sendiri..
Quote rosasa 13-11-2014 07:36 AM
Modngengade posted on 13-11-2014 07:15 AM
Pesanan ikhlas utk abam2 ci yg sangap...
Sesangap mana sekalipun anda, jangan cari cikki bawah umur ...

apa tu ky akak?


Quote degil81 13-11-2014 07:41 AM
dia ni dah tak sabar nak cocok org guna jarum halus.. tu yg dia praktis cocok guna jarum besar tumpul..
tapi silap plak tercocok budak bawah umur..  mendapat la...
Quote famri7 13-11-2014 07:42 AM
Semestinya ummah syiah atau leluhur yehudi sis..kerna kalau isele sunni xmungkin sebab elohim haramkan zina nikmat..oh mungkin dlm ugama melayu zina bukan dosa besar sehingga pakar perubatan mereka pon berzina seprt menghirup udara..

P/s saya syak beliau berzina kerna nk belajar cara mengubat cekpit sis.mulia sngt sis.
Quote fifie_olin 13-11-2014 07:50 AM
jd doktor dlm jel je la....puiiii
Quote Zamzari 13-11-2014 07:51 AM
mungkin dia ada praktikal utk jadi pakar sakit Puan kot?
Quote fifie_olin 13-11-2014 07:51 AM
degil81 posted on 13-11-2014 05:41 AM
dia ni dah tak sabar nak cocok org guna jarum halus.. tu yg dia praktis cocok guna jarum besar tumpu ...

hukuman gantung ke nok...aku lupa sudaaa

Quote Syd 13-11-2014 07:51 AM
takde gambo doktor muda yang rembez sangat tuhh?

kombinasi kena tepat....

muka rembez, ayat power

baru laaa terangkat katanya
Quote GhostWalking 13-11-2014 07:57 AM
Syd posted on 12-11-2014 11:51 PM
takde gambo doktor muda yang rembez sangat tuhh?

kombinasi kena tepat....

Takde Syd tapi aku bajet tak merembes

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.058550 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top