CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Intan Terlalu Cepat Temui Pengganti Baru – Kamal Adli

3-12-2014 11:38 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 32886| Komen: 186

Description: Sementara Itu, Kamal Turut Berkongsi Cerita Mengenai Kenapa Dia Lambat Meminang Intan Sebelum Ini. Katanya, Pada Ketika Itu Dia Belum Mampu Untuk Berkahwin Kerana Bekerja Keras Mengumpul Wang Untuk Me ...
Intan Terlalu Cepat Temui Pengganti Baru – Kamal Adli



Pelakon Kamal Adli merasakan bekas kekasihnya, Intan Ladyana terlalu cepat menemui pengganti baru sedangkan mereka baru sahaja memutuskan hubungan.

Kamal mengetahui berita tersebut menerusi gambar-gambar yang di tagged oleh peminatnya di laman sosial Instagram.

Kamal Adli“Dalam tempoh saya baik pulih semula hati ini, saya cuba lupakan kisah kami tetapi saya di tagged pula gambar dia bersama kekasih baru di Instagram.

“Tambahan pula kami baru sahaja beberapa bulan berpisah dan dia pula sudah temui cinta baru.

“Memang saya tak nak lagi fikir mengenai hal kami yang lepas tapi bila dah jadi seperti ini, hati saya bertambah sedih,” ujar Kamal ketika ditemui di Sri Pentas, TV3, Bandar Utama, Damansara, semalam.



Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa terkilan kerana rakannya Liyana Jasmay yang menemukan Intan dengan seorang jejaka, walhal ketika itu dia masih lagi berusaha memulihkan kembali hubungan cintanya dengan Intan.

“Apabila saya dengar Intan mengenali seorang jejaka menerusi Liyana, saya rasa sedikit kecewa.

“Bukannya saya marah tapi saya tidak faham kenapa dia perlu lakukan begitu sedangkan saya betul-betul ingin berbaik semula dengan Intan.

“Saya tidak mahu hal seperti ini menyebabkan saya dan Liyana tidak berkawan pula. Jadi biarlah saya undur diri. Intan pun kini sudah jadi milik orang,” tuturnya.


Jelas Kamal lagi, dia sebelum ini pernah menghantar pesanan ringkas kepada Intan dengan harapan agar mereka berbaik semula, tetapi satu pun tidak dibalas.

Dedah Punca Lambat Masuk Meminang

Sementara itu, Kamal turut berkongsi cerita mengenai kenapa dia lambat meminang Intan sebelum ini. Katanya, pada ketika itu dia belum mampu untuk berkahwin kerana bekerja keras mengumpul wang untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya kenal Intan sewaktu di awal saya masuk dalam dunia lakonan dan ketika itu payment memang sedikit. Itu antara sebab kenapa saya terpaksa menangguhkan dahulu niat untuk berkahwin.

“Sejujurnya tahun ini saya sudah merancang untuk berkahwin dengannya. Awal tahun lagi saya sudah beritahu Intan mengenai hal itu serta bertanyakan mengenai hantaran serta khursus kahwin. Secara tiba-tiba hubungan kami goyah dan ia bukannya kerana kami bergaduh.

“Saya dah siap beli dan ubah suai rumah kerana semuanya untuk dia. Apa yang saya cuba sampaikan adalah saya tak pernah sia-siakan dia. Saya sayang ‘gila’ dengan Intan. Sepanjang enam tahun kami bersama, ia merupakan perkara indah dalam hidup saya.

“Bagi saya Intan dalah seorang yang sangat baik. Kalau nak jumpa another Intan memang susah. Jadi, saya doakan yang terbaik untuknya,” katanya.

ini gambar kat Venice



ini gambar kat Malaysia



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote selayaknyalah 3-12-2014 10:34 AM
sedih plak aku baca
Quote puteri_impian 3-12-2014 10:36 AM
move on lah kemal
jangan lah meratap gini....put pun sedih korg tak jadik kawin...put igt korang adalah pasangan yg paling cocok abad ini....

satu hari nanti ko akan dapat pengantin yg lagi baik,bagus & yg pntng lebih syg kat ko kemal...
Quote afira 3-12-2014 10:37 AM
orang dah tak nak tuh..terima je lahhhhh
Quote dubuk 3-12-2014 10:38 AM
patutnya masa tengah hangat nikah lah terus

salah siapa oiiiiiiii
Quote leenaz 3-12-2014 10:38 AM
poyo la
berapa tahun nak berkepit
kalau jadi kawen xpe
puiiii
Quote mijaa 3-12-2014 10:41 AM
tunggu lagi lama2, padan lah. macam xde kerje je si kamal ni
Quote kaklehot 3-12-2014 10:44 AM
padan muko ko kamal..6 taun intan tggu hang tau dak??
Quote meiya_loya 3-12-2014 10:47 AM
Org tuh dah move on ko plak meratip merayu!!!! bencik taw x? Lelaki xguna mmg camnie laa, masa ada xnak hargai.. You Go Girl!!
Quote damian_lee 3-12-2014 10:52 AM
move on r la kamal ...... aku suka stalk IG kamal no ... dia suka buat video kelakar .... hahahaah
Quote harisbee 3-12-2014 10:54 AM
aku ingat intan kena desakan famili kot..ya la bercinta bertahun2 x nak masuk pinang2....harusla famili gusar...padan muka kamal adli..gedik the vass
Quote minahmanja 3-12-2014 10:55 AM
mcm seksi lak intan ni..
Quote harisbee 3-12-2014 10:59 AM
minahmanja posted on 3-12-2014 10:55 AM
mcm seksi lak intan ni..

y? nampak tetek ker?

btw sapa gadis ala ala yuna berselndang pink tu...baik kamal adli cekop dia k

Quote BebeQ 3-12-2014 11:06 AM
laa..tak abis meratib lagi kemal ni. sudah2 la tu. mencik aku laki jenis gini, depan mata buat sambil lewa, bila dia dikebas orang meratib macam kena cerai talak 3. bangla sangat kau ni dik oii!
Quote abil_tetra 3-12-2014 11:07 AM
ai bkn aritu kt dah move on....
dah putus pon..elok la intan xnak buang masa
motif nak marah LJ plak...bagus la tuh LJ memahami hati seorang wanita
siap ke venice ke tu...moga intan cepat kawen
Quote minahmanja 3-12-2014 11:07 AM
harisbee posted on 3-12-2014 10:59 AM
y? nampak tetek ker?

btw sapa gadis ala ala yuna berselndang pink tu...baik kamal adli cekop di ...

caittt....


Quote aiskrimpelangi 3-12-2014 11:09 AM
sedih pulak aku membaca stetmen kemal ni. hurmm kalau aritu tunang ke apa kan okay, ni dha melepassss, org pn dah fed up, nasib laaahh kemalll oiii.
Quote pjade 3-12-2014 11:10 AM
Dude!! Lu pehal? Dah break up, suka hati la orang tu nak buat apa.. Cuba kalo ko yg ada gf baru, haruss tayang sedonia, ye tak??
Quote sekel 3-12-2014 11:13 AM
DUIT ko x standing BF baru Intan...........................realitinya bermula dgn WANG/DUIT
Quote yuyoi 3-12-2014 11:15 AM
6 tahun ok dia tunggu ko. umur dia dah berapa. xkan nak tunggu lagi 6 tahun baru boleh move on cari pengganti. dah ada yg ikhlas & sungguh2 nak kan dia, why not?  iolss pun kalau dah fed up, dtg lelaki lain yg ikhlas dan sungguh2 nak kan kita, harus diberi peluang juga.

Lihat semua komen(186)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.061088 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top