CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Anuar Zain : ‘Saya tak buat duit’

10-6-2013 11:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6299| Komen: 7

Description: PENYANYI terkenal, Anuar Zain memberitahu dirinya tidak mengejar keuntungan semata-mata dalam setiap persembahan, sebaliknya mementingkan kebahagiaan peminatnya. Penyanyi berusia 43 tahun ini akui sen ...

Anuar Zain


PENYANYI terkenal, Anuar Zain memberitahu dirinya tidak mengejar keuntungan semata-mata dalam setiap persembahan, sebaliknya mementingkan kebahagiaan peminatnya.

Penyanyi berusia 43 tahun ini akui sentiasa mengutamakan peminatnya dan mengibaratkan peminatnya itu sebagai selebriti.

Baru-baru ini, Anuar Zain melaksanakan Konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari sempena tiga puluh tahun dirinya berada dalam industri seni.

Beliau akui, tidak mendapat keuntungan daripada konsert yang berlangsung di Shah Alam itu dan hanya memberi pulangan modal.

Menurutnya, hasil jualan tiket hanya balik modal meskipun konsert tersebut dihadiri lebih kurang 6,000 peminat.

“Kalau ia sebab duit, saya dah lama kaya raya. Saya berpegang pada prinsip yang begitu kuat. Apabila saya membuat persembahan, penonton perlu didahulukan.

“Peranan saya di sini untuk membawakan kebahagiaan untuk mereka. Pada saya, setiap kali saya naik pentas, saya bukan selebriti tetapi peminat itu adalah selebriti,” katanya ketika ditemui selepas membuat persembahan di Bukit Jalil.

Tidak menafikan kepentingan duit dalam kehidupan sehari-hari, namun jejaka kelahiran Merlimau, Melaka ini tetap bersyukur dengan rezeki yang diberi.

“Sudah tentu kita perlukan duit. Macam saya buat persembahan ini, memang nak cari duit. Jangan cakap saya tak perlu duit pula. Siapa nak bayar duit kereta dan sebagainya kan?

“Duit datang apabila saya buat kerja yang menghasilkan pendapatan, tapi untuk konsert itu, jika dapat beri keuntungan, baguslah tapi jika hanya pulang modal, pun Alhamdulillah,” katanya.

Bercerita tentang perkongsian pentas dengan penyanyi, Dayang Nurfaizah, Anuar juga akui perkongsian tersebut bukan disebabkan wang ringgit.

“Sebenarnya, apabila saya buat sesuatu dengan kawan saya, buat persembahan ke, ia bukan tentang ‘wah! Mesti kita boleh dapat duit banyak’. Tidak! Macam dengan Dayang, ia sesuatu yang kami nak kongsi.

“Kami tak buat duit langsung tetapi gabungan saya atas pentas dengan Dayang itu menunjukkan keserasian dan persahabatan kami,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anuar berkata, beliau sedang mengumpul material untuk album terbarunya yang dijangka keluar tahun hadapan.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dysyah 10-6-2013 05:04 PM
emmmmm...prinsip...
Quote af_1993 10-6-2013 05:48 PM
ya ke? aritu ada majlis panggil dia dua lagu pun dkt rm10,000 after discount
Quote anaktoyol 10-6-2013 08:52 PM
Kalau aku panggil dia nyanyi dgn tanpa bayaran....sbb aku bahagia kalau dia nyanyi tanpa bayaran...agak dia datang tak?
Quote Kim77 10-6-2013 08:59 PM
whatever pun mmg saya minat sgt dia
Quote honeynuyun 11-6-2013 07:50 AM
mahalnya bayaran dia...tapi yelah penyayi kegilaan ramai...ramai gak lelaki minat dia..
Quote salimrock 18-6-2013 12:56 PM
honeynuyun posted on 11-6-2013 07:50 AM
mahalnya bayaran dia...tapi yelah penyayi kegilaan ramai...ramai gak lelaki minat dia..


kalo wa gay...wa lebih minat nazril aprentice dari dia....kalo wa gay la..tp wa tak gay....

ha.ha...

kalo wa pompuan, wa minat gak, tp takde la smpai nak jadi pakwe , pasal kalo tgk umo, dah 40 an tak kawin, mesti cerewet tahap gaban ni....@ ada rahsia yg dia sembunyikan ni...

Quote honeynuyun 18-6-2013 01:01 PM
salimrock posted on 18-6-2013 12:56 PM
kalo wa gay...wa lebih minat nazril aprentice dari dia....kalo wa gay la..tp wa tak gay....

h ...

tak minat pun walaupun saya ni pompuan..huhuhu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.050506 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top