CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

2016 Hyundai Veloster Turbo Dibuka Untuk Tempahan

23-3-2015 03:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4172| Komen: 0

Description: Hsdm Juga Turut Menawarkan Jaminan 5 Tahun Atau 300,000 Kilometer (Yang Mana Datang Dahulu) Ke Atas Semua Model Kereta Penumpangnya. Servis Bantuan Atas Jalan 24 Jam Juga Turut Ditawarkan Ke Atas Kend ...
2016 Hyundai Veloster Turbo Dibuka Untuk Tempahan



Model terbaru 2016 Hyundai Veloster Turbo dijangkakan bakal tiba di Malaysia pada pertengahan bulan April tahun ini.

Model CBU yang diimport sepenuhnya dari Korea itu merupakan model 2016 Hyundai Veloster versi turbo sports coupe dari pengeluar Korea tersebut.
Ianya merupakan model Hyundai pertama yang diberikan pembaharuan enjin 1.6-liter T-GDI yang mempunyai nisbah mampatan tinggi, turbocharger twin-scroll dan digabungkan dengan sistem GDI.


Enjin Gamma 1.6-liter 4-silinder ini merupakan enjin Hyundai paling kecil menggunakan teknologi direct injection. Teknologi ini banyak membantu dari segi output enjin yang lebih tinggi, tahap kecekapan minyak yang lebih baik, kadar emisi yang lebih rendah dan juga ketahanan enjin yang lebih lama.


Enjin 1.6-liter T-GDI ini dijangkakan mampu menghemburkan sehingga 183HP dan 265Nm tork dan digabungkan dengan transmisi automatik berprestasi tinggi 7-kelajuan dwi-klac (DCT).

Selain dari enjin, ianya juga turut datang dengan reka bentuk yang lebih garang. Ini termasuk bunyi injap kemasukan angin dan bunyi ekzos yang lebih garang. Reka bentuk grill dan bumper yang sedikit berbeza, rim aloi 18 inci, lampu hadapan projector dengan LED, lampu belakang LED, tempat duduk dwi-tona dan juga warna luar yang baru termasuk edisi terhad Matte Grey.


Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah mengumumkan yang model terbaru 2016 Hyundai Veloster Turbo kini sudah dibuka untuk tempahan. Harga jualan dijangkakan bermula dari RM150,000 (termasuk GST).

HSDM juga turut menawarkan jaminan 5 tahun atau 300,000 kilometer (yang mana datang dahulu) ke atas semua model kereta penumpangnya. Servis bantuan atas jalan 24 jam juga turut ditawarkan ke atas kenderaan Hyundai yang baru dan juga lama.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.040578 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top