CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

2015 Honda Civic Type R Tiba Di Malaysia?

23-3-2015 04:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7954| Komen: 0

Description: Mengikut Sumber, Gambar Ini Diambil Di Kilang Honda Di Melaka, Malaysia. Jika Anda Lihat Betul-Betul Gambar Di Atas, Anda Boleh Lihat Beberapa Petanda Yang Ianya Di Malaysia Seperti Papan Tanda “Jala ...
2015 Honda Civic Type R Tiba Di Malaysia?




Mengikut sumber, gambar ini diambil di kilang Honda di Melaka, Malaysia. Jika anda lihat betul-betul gambar di atas, anda boleh lihat beberapa petanda yang ianya di Malaysia seperti papan tanda “Jalan Sehala” dan juga tanda hitam di lori yang menunjukkan “BTM dan BDM”.


Jika anda lihat, model yang diperagakan ini sedikit berbeza dari model pengeluaran 2015 Honda Civic Type R versi produksi. Perubahan ketara yang dilihat ialah skup udara yang diletakkan pada bonet hadapan kereta tersebut.

Di samping itu, ketiga-tiga kereta itu didatangkan dengan kit badan lebar dan rim berbeza berwarna hitam. Tidak dilupakan juga ianya didatangkan dengan air diffuser di bawah bumper hadapan kereta tersebut. Jika anda lihat betul-betul, juga kelihatan yang reka bentuk bumper kereta-kereta ini sedikit berbeza.

Apakah mungkin ini jentera yang bakal digunakan oleh Honda Malaysia Racing Team? Memandangkan warna stiker yang ditampal pada kereta-kereta ini sedikit sebanyak menyerupai kereta-kereta yang digunakan mereka.

Adakah model ini juga bakal dibawa masuk ke Malaysia tidak lama lagi? Ada juga terdengar ura-ura mengatakan kereta ini sudahpun berada di Malaysia dan bakal dijual pada anggaran harga RM240,000 sehingga RM280,000. Apa-apa pun, kita tunggu sehingga Honda Malaysia memberikan penerangan tentang model 2015 Honda Civic Type R ini!

kredit:www.arenakereta.com



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.158572 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top