CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Rosberg Sokong Sepang Untuk Terus Anjur F1

24-3-2015 05:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4224| Komen: 0

Description: "Sepang Ialah Tempat Yang Cukup Istimewa Bagi Pasukan Petronas, Sudah Tentu Perlumbaan Diadakan Di Sini Dan Ia Juga (Venue) Yang Penting Bagi Saya Kerana Saya Telah Beberapa Kali Menaiki Podium Di S ...
Rosberg Sokong Sepang Untuk Terus Anjur F1


Pemandu pasukan Mercedes AMG Petronas Formula One (F1), Nico Rosberg telah menyatakan sokongan beliau kepada Malaysia untuk terus menganjurkan perlumbaan F1 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) musim depan.      
 
Pada masa ini, SIC terlibat dalam perbincangan dengan Formula One Management (FIM) bagi lanjutan kontrak F1 di Malaysia dan keputusannya dijangka diketahui menjelang  29 Mac ini.

"Sepang ialah tempat yang cukup istimewa bagi pasukan Petronas, sudah tentu perlumbaan diadakan di sini dan ia juga (venue) yang penting bagi saya kerana saya telah beberapa kali menaiki podium di sini. Saya berharap kita dapat kembali untuk beraksi selama beberapa tahun lagi," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri program promosi di sini hari ini.

Pelumba kelahiran Jerman itu menyifatkan Sepang sebagai 'menakjubkan' dengan dibanjiri banyak penonton setiap kali F1 berlangsung.

Rosberg melahirkan keyakinan bahawa beliau dan rakan sepasukan Lewis Hamilton akan kekal sebagai pendahulu di Litar Sepang semasa Grand Prix F1 Malaysia hujung minggu depan.

Hamilton merangkul kejuaraan Grand Prix Australia 2015 dengan Rosberg menduduki tangga kedua sementara pelumba mewakili Scuderia Ferrari, Sebastian Vettel menduduki tempat ketiga.

Mengenai ramalannya pada hari perlumbaan hujung minggu depan, Rosberg berkata beliau berharap untuk beraksi di litar basah kerana cuaca hujan akan menjadikan acara itu lebih menarik.

"Kami sentiasa berharap hujan membantu mengatasi kesulitan. Tahun ini merupakan permulaan yang baik bagi pasukan kami di Melbourne (Australia). Kami mempunyai jentera terbaik, pasukan terbaik dan saya yakin kami sekali lagi akan menguasai litar," kata beliau.

sumber:www.stadiumastro.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.051494 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top