CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

Sic Positif Kontrak Penganjuran F1 Diperbaharui

24-3-2015 05:47 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4673| Komen: 0

Description: "Difahamkan Petronas Melanjutkan Kontrak Mereka Selama Tiga Tahun Untuk Terus Menaja Pasukan Mercedes Amg, Sekali Gus Ia Menjadi Perangsang Untuk Pastikan F1 Berlansung Di Sepang," Katanya.
Sic Positif Kontrak Penganjuran F1 Diperbaharui


Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Tan Sri Mokhzani Tun Dr Mahathir memberi bayangan positif bahawa kontrak penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar SIC akan dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun lagi.   
 
Bagaimanapun Mokhzani berkata keputusan pembaharuan kontrak itu masih belum muktamad dan hanya akan diumumkan jika mendapat kebenaran daripada pemegang saham iaitu Kementerian Kewangan.

"Kita masih lagi dalam proses perbincangan dengan FOM (Formula One Management) serta meneliti perjanjian baharu ini. Pihak SIC mahu satu keputusan yang tidak akan merugikan mana-mana pihak.

"Kita mahu situasi menang-menang...masih ada beberapa isu yang saya belum berpuas hati dan jika ia dapat dibincangkan dengan baik, SIC akan sambung kontrak untuk tiga tahun lagi," katanya kepada pemberita dalam satu majlis minum petang bersama media di SIC, di sini hari ini.

Mengulas mengenai jangka masa kontrak selama tiga tahun, Mokhzani berkata tiada tempoh minimum mahupun maksimum dinyatakan oleh FOM.

Katanya tempoh tiga tahun itu mencukupi buat SIC untuk memperbaiki dan menambah baik penganjuran F1 di masa akan datang.

Mokhzani berkata penglibatan Petronas dalam menaja pasukan Mercedes AMG juga turut memberi perangsang kepada SIC untuk terus menganjurkan perlumbaan bertaraf dunia itu.

"Difahamkan Petronas melanjutkan kontrak mereka selama tiga tahun untuk terus menaja pasukan Mercedes AMG, sekali gus ia menjadi perangsang untuk pastikan F1 berlansung di Sepang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Datuk Razlan Razali berkata pihaknya telah bersedia untuk menganjurkan perlumbaan kali ini yang dijadualkan berlansung pada 27 hingga 29 Mac ini.

Razlan berkata SIC juga telah memenuhi kesemua syarat dan keperluan terkini yang diperuntukkan oleh FOM serta Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

sumber:www.stadiumastro.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.044042 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top