CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hobi Lihat artikel

Teknik Beli Kereta Cash & Tukar Setiap Tahun !!!

26-6-2013 11:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12236| Komen: 0

Description: Kebanyakan dari kita yang makan gaji beli kereta secara sewa beli (or Hire Purchase) sebab takde duit nak beli kereta idaman secara CASH. Gaji dalam RM 2000 tapi bayar kereta bulan sampai RM 1000 (50% ...
Teknik Beli Kereta Cash & Tukar Setiap Tahun !!!
Lelaki dan kereta tidak dapat dipisahkan. !

Baik di mana-mana tempat merokok, kedai mamak dan tidak lupa juga, galley di pelantar minyak, topik kereta menjadi topik WAJIB tak kiralah sama ada modify enjin atau membeli kereta baru. 
(Di tempat kerja aku kat tengah laut ni,  kalau takde topik pasal kereta pada hari tersebut, kemungkinan besar sebab "bad weather" atau "nama tak ada dalam senarai penumpang helikopter yang balik esok". Tu je!)   

Jadi isu kereta ini menjadi isu penting dalam masyarakat kita hinggakan ia menjadi modal penting untuk memancing undi dalam pilihanraya baru-baru ni. 
Dalam bidang hiburan pula, kereta-kereta power telah digunakan sampai "hancur" dalam cerita seperti KL Menjerit, Transformer dan Fast & Furious 6 bagi melariskan movie masing-masing. Dilaporkan, Fast & Furious 6 telah berjaya mencapai BOX OFFICE dengan kutipan 500 juta pound sterling dalam masa beberapa hari je!!. 
Kalau citer P Ramlee (3 Abdul), 500 juta pound sterling tu dah sama cam harta Abdul Wahub .! 


Kereta kene lenyek kereta kebal pon takde hal. Dah balik modal dah!!

Enough for intro. Aku tulis intro panjang, sebab point aku nak tulis ni pendek je.
"BAGAIMANA BUAT BENDA YANG SAMA TAPI HASILNYA YANG BERBEZA???"  

Kebanyakan dari kita yang makan gaji beli kereta secara sewa beli (or Hire Purchase) sebab takde duit nak beli kereta idaman secara CASH. Gaji dalam RM 2000 tapi bayar kereta bulan sampai RM 1000 (50% dari  total gaji). 
So, camne nak setelkan problem ni brader?

Case Study 1

Dengan bermodalkan RM 10,000, En. Saiful (bukan nama sebenar) beli kereta berharga RM 100K dengan downpayment RM 10K dan bayaran bulanan RM1040 selama 9 tahun.


Rajah 1: Beli kereta MAHAL secara berhutang!

Dari rajah 1, apa yang korang dapat lihat:

Kebaikan

Pada awal tahun,  En. Saiful dipandang "hensem" oleh masyarakat kerana kereta dia mahal dan "HENSEM"

Keburukan

Setelah beberapa tahun, En Saiful tidak lagi digelar hensem, sebab pujian itu telah berpindah ke rakannya pulak yang beli kereta baru yang lebih hensem.
Dah le dah tak hensem, En. Saiful masih perlu bayar ansuran bulanan kereta sebanyak RM 1,000 walaupun nilai kereta sudah jatuh ditelan zaman.
Setelah 9 tahun, dia telah membayar total interest sebanyak RM14 ribu untuk kereta yang turun nilainya. 

Case Study 2

Dengan bermodal yang sama i.e. RM 10 ribu tunai, En. Aaron Aziz (bukan nama sebenar) telah membeli kereta A yang bernilai RM 10 ribu tunai.
Masuk tahun kedua, dia jual kereta A dan beli kereta B (Cash).
Tahun depannya, dia jual kereta B dan beli kereta C (Cash).


Rajah 2: Beli kereta CASH dan tukar setiap tahun!
So, dari rajah 2, apa yang korang paham ???  

1. En. Aaron tukar kereta tiap-tiap tahun tanpa HUTANG!
2. En. Aaron jual kereta dia yang turun nilai sebanyak 20% setiap tahun. 
3. Duit hasil jualan kereta itu, dia tambah RM 12000 untuk beli kereta lain. Begitulah setiap tahun! (mana dia dapat RM12000 tu?? sila baca sampai habis!!)  

Kebaikan:
Selain nama En Aaron memang dah hensem, dia jugak boleh tukar kereta setiap tahun.
CCRIS En Aaron lebih baik sebab kurang hutang dengan bank.

Keburukan:
Kena tahan kutukan sebab bawak kereta "murah". Tu je! 
So apa yang aku maksudkan dengan "BAGAIMANA BUAT BENDA YANG SAMA TAPI HASILNYA YANG BERBEZA???"

Balik kepada Case Study 1 & 2 di atas,
1. Kedua-duanya telah mengeluarkan duit muka yang sama sebanyak RM 10 ribu.
En Saiful bayar 10% DP untuk kereta bernilai RM 100 ribu.
En Aaron beli kereta bernilai RM10 ribu secara tunai. 
2. Kedua-duanya mengeluarkan RM1000 sebulan selama 9 tahun
En Saiful perlu ke bank setiap bulan membayar ansuran bulanan selama 9 tahun.
En Aaron juga perlu ke bank setiap bulan, tapi untuk simpan RM 1000 dalam ASB setiap bulan. Cukup hujung tahun, dia akan keluarkan RM 12000 untuk top up modal upgrade kereta secara CASH. Dia akan ulang langkah ini dengan gembiranya!
Akhir kata. kereta adalah alat nak bawak korang dari point A ke point B je. So, the choice is yours!

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.049293 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top