CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

Kereta Konsep Friend-Me

1-7-2013 02:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3656| Komen: 1

Description: Menerusi Pendirian Yang Rendah Dan Luas Dengan Bahagian Hadapan Yang Pendek Dan Overhangs Di Belakang Memberi Kesan Yang Chunky, Agresif Dan Sporty. Aliran Tenaga Juga Dapat Dilihat Menerusi Reka Bent ...


Rekaan luaran Friend-Me lebih kelihatan berotot dan futuristic.


NISSAN
baru-baru ini mendedahkan kereta konsep yang dinamakan sebagai Friend-ME khusus untuk generasi muda di negara ekonomi kedua terbesar dunia, China.

Dibangunkan oleh pasukan reka bentuk Nissan Design China (NDC) dan Nissan Global Design Center (NGDC) di bawah pimpinan Naib Presiden Senior Nissan dan Ketua Pegawai Kreatif, Shiro Nakamura, Friend-ME adalah salah satu daripada penerokaan terperinci yang mengambil kira keperluan pelanggan China dan kini sedang menuju ke arah aspirasi berkenaan.

Menekankan dinamik sosial lelaki China di pertengahan usia 20-an, Friend-Me merupakan sebuah kereta sedan empat penumpang yang direka dengan pandangan automotif yang sangat berbeza.

Luaran model sedan ini menampilkan rekaan luaran agresif dengan otot-otot tegang yang memaparkan garisan berani yang lebih menyerlah ketika malam.

Menerusi pendirian yang rendah dan luas dengan bahagian hadapan yang pendek dan overhangs di belakang memberi kesan yang chunky, agresif dan sporty. Aliran tenaga juga dapat dilihat menerusi reka bentuk gril berbentuk V-motion dan mengalir terus ke bonet dan garis bahu. Manakala lampu utama dan kombinasi lampu belakang yang unik diterjemahkan menerusi signatur boomerang.

Rekaan bumbung ringan yang nipis dan terapung sekitar tiang C begitu sepadan dan menghasilkan keharmonian canggih. Begitu juga, penggunaan warna badan Neon Grey yang dibangunkan khas memenuhi cita rasa anak muda kini seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pantas.

‘Oracle stone’ berkongsi pengembaraan

Bahagian kabin membentangkan kerusi 2+2. Bagaimanapun penumpang boleh berkongsi maklumat yang sama seperti pemandu: kelajuan, navigasi, baki bahan api - segala-galanya.

Ia dikongsi menerusi paparan skrin konsol tengah yang unik bermula dari papan pemuka hadapan sehinggalah ke bahagian belakang di antara tempat duduk belakang yang menggunakan kemasan onyx-black. Selain itu, mereka juga boleh berkongsi data telefon bimbit dengan memuat turun pada skrin untuk penumpang kabin.

Nissan Friend-ME direka sebagai satu impian dalam jangkauan pelanggan muda di China. Berdasarkan kepada seni bina sedan Nissan yang sedia ada, ia memerlukan sekurang-kurangnya komponen unik. Dan untuk menggerakkan ia, Nissan membayangkan ia bakal dijana dengan PureDrive hibrid yang memberikan perbatuan tambahan bagi pemanduan bandar.

Kereta konsep ini sesuai digunakan di seluruh dunia, tetapi permulaan Friend-ME adalah hasil penyelidikan Nissan ke dalam aspirasi pelanggan ditakdirkan untuk muncul sebagai segmen pasaran tunggal terbesar di dunia iaitu di Bālínghòu. Di mana kira-kira 240 juta rakyat China yang lahir pada 1980-an berasal dari wilayah berkenaan.  

Dengan reka bentuk luaran, Friend-ME menangani keseimbangan kelas pertengahan bahawa belia Bālínghòu perlu memberi perhatian.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Strategi Produk dan Perancangan Termaju Nissan, Francois Bancon jika ada satu perkara yang kita mahu Nissan dikenali, ia adalah wawasan unik yang kuat yang dapat merangsang dan menggembirakan pelanggan di China dan Friend-ME adalah permulaan.

“Jelas sekali, cita rasa mereka akan membentuk trend automotif di seluruh dunia untuk dekad akan datang. Oleh itu, kita percaya ia adalah penting untuk mendengar dengan hormat dan bertindak balas dengan meletakkan impian dalam jangkauan mereka. Itulah sebabnya Friend-ME adalah cadangan pertama kami dalam dialog yang berterusan..


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote R.A.M.A_mirror 4-7-2013 12:13 AM
nice !!

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.051398 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top