CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kali Kedua Beraya Sebagai Ibu Tunggal, Shuhada Seronok Beraya Dengan Anak-Anak – ‘Alhamdulillah Mereka Dapat Banyak Baju Sponsor’

11-4-2024 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 50109| Komen: 1046

Description: Tahun ini merupakan tahun yang kedua bagi Shuhada Mat Shukri menyambut perayaan Aidilfitri sebagai status ibu tunggal.

Tahun ini merupakan tahun yang kedua bagi Shuhada Mat Shukri menyambut perayaan Aidilfitri sebagai status ibu tunggal.

Bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi itu mengakui sudah pun melupakan segala kisah duka yang berlaku dan gembira kerana masih berpeluang untuk beraya bersama dua anaknya iaitu Humairah dan Umar.

"Ini merupakan tahun yang kedua tetapi kalau nak kira secara ‘official’ sebagai ibu tunggal, tahun ini adalah kali pertama."

"Sejujurnya saya rasa ‘happy’ saja, Alhamdulillah. Saya rasa sangat berbangga dengan diri sendiri sebab boleh lalui semua ujian Allah dan dah ‘move on’ dah pun.

"Sekarang, saya hanya mahu fokuskan anak-anak, nak bagi diorang gembira dan cipta banyak lagi kenangan bersama."

Ketika ditanya mengenai persiapan raya, ibu kepada dua orang anak ini mendedahkan dia berasa sangat bersyukur kerana anak-anaknya menerima banyak baju raya yang telah disumbangkan oleh ahli keluarga terdekat.


"Bercakap mengenai persiapan raya, Alhamdulillah anak-anak saya dapat baju sponsor dari keluarga terdekat."

"Dalam masa yang sama, mereka akan pakai saja apa yang ada. Tapi kalau anak-anak ‘demand’ nak baju baru ke apa, saya akan beli.

"Saya akan cuba sedaya upaya untuk tunaikan permintaan anak-anak."

Sekadar info, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3.

Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka mula dilanda badai selepas timbulnya dakwaan adanya orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.

Nurul Shuhada kemudiannya dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari 2023 dan mereka disahkan bercerai pada 27 Julai 2023.

Hafidz kemudiannya mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita bernama Athirah Yuhada, pada 15 Disember lalu.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 10-4-2024 12:57 AM
Syukur alhamdulillah.
Quote Binodino 10-4-2024 02:21 AM
Sampai sekarang aku tak faham kenapa reputz suka sangat interview dia ni. Apa kat malaysia ni dah takde retis yang betul2 retis ke untuk diinterview? Apa kat malaysia ni dia sorang je ke bini retis yang pernah didebik? Dari reputz interview si ngai terpaling ni, baik interview si pachara ex bini afiq muiz yang pernah didebik ex laki. Tak pun interview kakdib, ibu tunggal jugak tu. Payah sangat interview jela presiden janda tersakiti, atau bakal ahli kelab janda tersakiti yang kantoi berskandal dengan hanak hekan bbnu tu. Apooo
Quote ira_sindarella 10-4-2024 04:52 AM
Binodino replied at 10-4-2024 02:21 AM
Sampai sekarang aku tak faham kenapa reputz suka sangat interview dia ni. Apa kat malaysia ni dah ta ...

Almaklumlah reputtz dapat rasuah baju raya. Tu yg diceritakan di IG dan netizen tahu.... Entah entah byk lagi gift si Shuhada Bingai hambur dekat wartawan yg netizen tak tau...

Maka perlulah story pasal shuhada bingai selalu ada.
Tak gitu oh bulan???

Agak agak reputzz itu pakai baju Shuhada Bingai kasi,
utk raya ke berapa yer???
Quote Binodino 10-4-2024 06:40 AM
ira_sindarella replied at 10-4-2024 04:52 AM
Almaklumlah reputtz dapat rasuah baju raya. Tu yg diceritakan di IG dan netizen tahu.... Entah ent ...

Seriusla ngai rasuah reputz dengan baju raya? Kaya betul ye, tapi kat atas nun dok cerita sister & brother pakai apa yang ada je, and ada sedara mara sponsor. Macam semekin sangat hidup atas belas ihsan orang ramai

Btw, dapat rasuah baju raya tu bukan tiket untuk reputz berterusan interview si ngai ye? Dah la banyak cerita sebelah pihak je. Takde integriti betul reputz sekarang, dengan tak check ketelusan, dengan main ceduk info dari medsos. Sesia je belajar journalism sambil perabih duit makayah kalau gitu.

Pagi raya nan syahdu ni ngai bawak la sister & brother ziarah pusara uwais. Lepas tu throwback kisah sedih kehilangan uwais dalam sujud terakhir solat subuh. Jangan lupa tunjuk resit DnC yang katanya macam beranak czer kat gleneagles tu tau, ngai?
Quote asfaz 10-4-2024 07:29 AM
ira_sindarella replied at 10-4-2024 04:52 AM
Almaklumlah reputtz dapat rasuah baju raya. Tu yg diceritakan di IG dan netizen tahu.... Entah ent ...

Kantoii beb.. tu laju aje delete.
Shuringaiii bila nak kasi sisterrr pakai baju purple tu?
Quote asfaz 10-4-2024 07:32 AM
Binodino replied at 10-4-2024 06:40 AM
Seriusla ngai rasuah reputz dengan baju raya? Kaya betul ye, tapi kat atas nun dok cerita sister & ...

IMG-20240410-WA0006.jpg IMG-20240410-WA0004.jpg IMG-20240410-WA0005.jpg

Belum 24h dia dah delete
Quote Binodino 10-4-2024 08:26 AM
asfaz replied at 10-4-2024 07:32 AM
Belum 24h dia dah delete

Oh yang ni. Tau pulak dia size mamat tu. Dasar mata keranjang versi perempuan
Quote belilies 10-4-2024 11:39 AM
Kalau tak kawen ngan hafiz yg ko cerca bodoh2kan tu, tak merasalah ko melaram baju berpasang2 ngan anak2 heols tu.
Quote bawaku_terbang 10-4-2024 02:26 PM
asfaz replied at 10-4-2024 07:32 AM
Belum 24h dia dah delete

wartawan tu tak tag dia pun kan?
Quote lanacondor 10-4-2024 04:20 PM
Org biasa jd Suri rumah. Abadikan diri utk suami. Xde kawan2. Alih2 laki tgl mmg la mental jadinya.. sabarla syu n semua isteri2 yg teraniaya.. Semoga Allah mudahkan urusan, dilimpahkan rezeki melimpah ruah Dan di beri kekuatan membesarkan anak2. Aamiin Ya Rabbal Allamin..
Quote matjerk 10-4-2024 05:29 PM
asfaz replied at 9-4-2024 11:32 PM
Belum 24h dia dah delete

Patut la masa dia dok menceceh sedih psl riwayat hidup dia.. padahal time tu dah lama berlalu.. kat temubual ohbulan youtube.. ada org tnya psl Uwais... komen tu hilang sekejapan...
Quote matjerk 10-4-2024 05:33 PM
ira_sindarella replied at 9-4-2024 08:52 PM
Almaklumlah reputtz dapat rasuah baju raya. Tu yg diceritakan di IG dan netizen tahu.... Entah ent ...

Aku yakin bukan ohbulan saje.. melodi pun sama... sbb penah tnya psl kekeliruan date lahir uwais dkt pos melodi berkaitan dgn shu dulu.. komen tu melodi delete.. mesti dia ni jenis klu nak approach reputs... dia punya ayat mcm ni:
HARAP DAPAT TLG SHU UP KAN...DEMI ANAK2 SHU... UMAIRAH & UMAR PASTI TERHUTANG BUDI KALAU DPT TLG SHU. PLEASE.. *EMOJICRY*
.tahu sgt lah aku pmpuan manipulatuve ni
Quote chanthik 10-4-2024 06:05 PM
sheols ni kalau nak lawa kena style tudung tutup pipi dan kecilkan muka sekecik boleh, sebab muka sheols besar gedabak. Gambar atas ni dah macam kembar Rahim dah
Quote Binodino 10-4-2024 06:41 PM
Ngai kata baju raya tema royal blue. Tapi macam bukan je. Ke aku yang buta warna?



Lagi 1, ingatkan kenapa la benang ni asyik kat atas je. Rupanya benang masa depan. Shulaker betul reputz cari hbz ni
Quote asfaz 10-4-2024 06:53 PM
bawaku_terbang replied at 10-4-2024 02:26 PM
wartawan tu tak tag dia pun kan?

Tk pasti lk kalau tak tag boleh repost .
Kalau tag maybe dia hide kan. Sb kekadang ai pun buat cmtu
Quote matjerk 10-4-2024 11:18 PM
Binodino replied at 10-4-2024 10:41 AM
Ngai kata baju raya tema royal blue. Tapi macam bukan je. Ke aku yang buta warna?



Malas nak semak. Bagus jugak acc i ols diblock shu. Klu nak tgk kena guna ig org lain. Kt hp i idak la nampak ig dia.. tp klu chu ols tempek dlm cari ni.. i ols boleh bukak.  

Shu ni pnh x walau sedikit, terpikir.. jika dia x kawen dgn hafiz... dpt ke dia kehidupan skrg ni..? Dgn wajah x commercial langsung.. x de apa2 tarikan or  skills utk gain followers..sapa lah yg akan kenal dia...

Video yg dia bergurau muka mcm angeline jolie tu. Masa dia kat kaunter..dari depan, dari tepi.. maaf cakap... mcm org tua umo 50-60... mcm mana la apiz hadap dia dulu kan? Tambah perangai annoying dia tu.. Masih tak boleh brain..
Quote doodlediddle 11-4-2024 01:30 AM
matjerk replied at 10-4-2024 11:18 PM
Malas nak semak. Bagus jugak acc i ols diblock shu. Klu nak tgk kena guna ig org lain. Kt hp i ida ...

Same2 mat! Bila tahu perangai hazabedah bingai ni, manipulative and loves to twist statements, aku smpai la ni xfhm @ xleh brain Mcm mne hapiz tu boleh suka dia ni. Ingt dulu kawen ngn bingai, walau muka hodoh perangai Dia cantik tapi ternyata husnuzon gue sama sekali SALAH! Hahaha
Quote matjambu 11-4-2024 01:34 AM
femes betul ngai dekat forom..ada je benang pasal dia..tp aku suka je baca..terhibur
Quote shaiy 11-4-2024 03:57 AM
My bedtime story ada jugak dihari raya.

Lihat semua komen(1046)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.313530 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top