CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suspek Kes Tembak KLIA Tiba Di Mahkamah Majistret Kota Bharu

16-4-2024 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3814| Komen: 2

Description: KOTA BHARU – Suspek kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Hafizul Harawi, 38, dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini untuk prosiding rem ...


KOTA BHARU – Suspek kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Hafizul Harawi, 38, dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini untuk prosiding reman.

Semalam, lelaki tersebut ditahan di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam, di sini kira-kira pukul 2 petang selepas menjadi buruan selama 37 jam.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan, seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian pukul 1.20 pagi semalam di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi antara suspek dan isterinya.

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 16-4-2024 10:39 AM
takyah laa blur muka nyaa. dasar menyusahkan org la ko ni
Quote edayildiz 16-4-2024 11:14 AM
bodoh betul dia...nk membunuh tp x bijak

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.039410 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top