CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Misya Mazlan Kongsi Foto Lengkap Satu Keluarga, Ukir Senyuman Di Bibir – ‘Karna Bersamamu Semua Terasa Indah’

17-4-2024 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6823| Komen: 54

Description: Perkongsian di Instagram Story milik Misya Mazlan menuai perhatian wargamaya selepas dia memuat naik foto bersama suami, Ahmad Aslam dan dua cahaya mata mereka.

Perkongsian di Instagram Story milik Misya Mazlan menuai perhatian wargamaya selepas dia memuat naik foto bersama suami, Ahmad Aslam dan dua cahaya mata mereka.

Menerusi perkongsian tersebut, keluarga kecil Misya itu dilihat mengenakan baju sedondon bercorak petak-petak berona hitam dan coklat.

Misya juga dilihat mengukir senyuman di bibir tanda dirinya gembira bersama suami dan anak-anaknya.

Selain itu, madu kepada Marissa Dania itu turut menggunakan lagu berjudul ‘Penjaga Hati’ nyanyian Nadhif Basalamah sebagai muzik latar.

Antara bait-bait lirik lagu tersebut adalah ‘karna bersamamu semua terasa indah, gundah gulana hatiku pun hancur sirna’ yang membawa maksud sekiranya bersama orang tersayang, segalanya akan menjadi baik belaka.

Terdahulu, Marissa Dania akhirnya tampil membuka mulut tentang keputusan bernikah secara senyap dengan jejaka berstatus suami orang yang dikenali sebagai Ahmad Aslam di Thailand, pada Disember lalu.


Marissa mengakui kekhilafan yang dibuat dan memohon maaf kepada semua pihak kerana mengambil masa lama untuk menjelaskan tentang pernikahannya.

Menurutnya, dia memerlukan masa dan ruang untuk menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.

Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi itu didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan isteri pertamanya, Misya bercerai.

Bagaimanapun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.

Untuk info, Aslam dan Misya mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Hud, 3, dan Nuh, 2 tahun.

Sumber: Instagram/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote joy_ah 17-4-2024 01:58 PM
pda yg poligami ni takpayah cite psl cinta hati dan perasaan.
korang cite je tradisi poligami china dinasti song sana.
Quote ezacbee 17-4-2024 02:00 PM
Sukati ko lah

Yg untung si capang

Quote prince_marhaen 17-4-2024 02:24 PM
dua dua sangapkan kotey jantan grab ni... so, hadap lah.
Quote HoneyManjer 17-4-2024 02:35 PM
whoryusssssssss retiskahhhhhhhhhhhhhhh
Quote airmineral 17-4-2024 02:46 PM
kalau gembira napa terlihat duka
Quote riyadhK 17-4-2024 02:53 PM
Eewwww kongsi peliqqq
Quote shernazz 17-4-2024 03:13 PM
MCM wallpaper atau handbag plak bila Satu family pakai corak kotak2 Ni..
Quote beatgirlX 17-4-2024 03:17 PM
Mmm. Mungkin tanpa bersamamu rupanya lg bahagia??
Quote shida81 17-4-2024 03:19 PM
Sukatilah... Nk sedap kan ati kan...
Kt dlm ko ngn tuhan je tau..
Ko nk bertahan.. Bertahan la dik oii..
Jgn esok merempan2...
Patut laki dia haram kan bini2 dia ada socmed mcm serap Muslim..
Ni jap lagi msg2 nk belumba update Bende2 sweet.. Kang blk bergado...
Quote fossil 17-4-2024 03:22 PM
shida81 replied at 17-4-2024 03:19 PM
Sukatilah... Nk sedap kan ati kan...
Kt dlm ko ngn tuhan je tau..
Ko nk bertahan.. Bertahan la dik o ...

bini2 cari makan dgn sosial media..jadi model situ sinun. haruslah selam capang tak kisah..masyukkkkkk ooo..selam boleh goyang2 tulu sajork. bini2 semua ada job sendiri
Quote dagusengett 17-4-2024 03:42 PM
Bini2 kerja
Mungkin laki dah upgrade tak buat grab dah
Quote ketambangkang 17-4-2024 03:45 PM
baguslah Selam, fmly markisah pon suka baju2 jenis berdondon bertema2 gini..sesuailah koram
Quote Carcosa 17-4-2024 03:50 PM
Betina lemah. Pegi kau sana. Semak je. Hadap sgt si capang supir. Yihhhhhh.
Disebabkan kau lemah, aku sokong Markisah just because. Bahhahahahaaa. Aku shaitan.
Quote doubleA 17-4-2024 03:58 PM
Masalahnya 2 mangkaq dalam thread ni bukan retis kan? Pergi bod personaliti med sos sana tu menyemak
Quote tulip-rain 17-4-2024 04:00 PM
Banyak betul kisah budak2 entah siape2 ni ye.
Gila glamour je semua guna kisah peribadi. Nanti jd pelakon lah kot.
Quote Purplehaz 17-4-2024 05:07 PM
Time senang each other mmg bahagia rasenya.
Moga susah senang pikul bersama dik. Jgn time laki korang timpa musibah..hutang keliling...pakat sama sama minta cerai..cabut lari.
Quote krustykrab 17-4-2024 05:11 PM
Yg untung lelaki... 2 jenis lubang boleh raso
Quote lyshafull 17-4-2024 05:12 PM
Tiberrr lepas yg tolong meroyankan kakakknye
Quote becir 17-4-2024 05:13 PM
time camni la kena pandai kaut peluang yg ada..ambik semua job yg masuk. same time sakitkan hati dak meresah. esok2 dah senang baru campak capang ke tepi. smart

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.053478 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top