CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sukarelawan penguat kuasa syariah didakwa cabul wanita

22-4-2024 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4521| Komen: 17

Description: KEMAMAN – Seorang sukarelawan pegawai penguat kuasa syariah ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang pembantu akaun wanita di Pantai Teluk Mak Nik di sini pada Khamis lalu.
Gambar Sekadar Hiasan



KEMAMAN – Seorang sukarelawan pegawai penguat kuasa syariah ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang pembantu akaun wanita di Pantai Teluk Mak Nik di sini pada Khamis lalu.

Lelaki berusia 53 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut terhadap mangsa yang berusia 24 tahun pada pukul 7 malam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, suspek dikatakan melakukan pemeriksaan terhadap mangsa dan tunangnya yang ketika itu berduaan di dalam sebuah kereta di pantai peranginan tersebut.

“Suspek dikatakan telah mengarahkan mangsa dan pasangannya keluar dari kenderaan sebelum merampas kunci kereta tersebut.

“Dia seterusnya dikatakan memeriksa kad pengenalan mangsa dan pasangannya sebelum mengugut mahu membawa mereka ke pejabat agama Islam terdekat,” katanya di sini hari ini.


Hanyan berkata, suspek kemudiannya dikatakan mengarahkan tunang mangsa pulang sebelum menghantar sendiri wanita itu pulang ke rumah di sebuah taman perumahan di daerah ini.

Beliau berkata, sewaktu dalam perjalanan dan sebaik tiba di depan rumah, mangsa mendakwa telah dicabul beberapa kali oleh sukarelawan pegawai penguat kuasa syariah berkenaan.

“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan suspek sehingga esok bagi membantu siasatan,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote c===8 22-4-2024 08:45 AM
itu pasal badar dulu kena bubar akibat pakcik2 takde pelajaran yg teringin jadi penguatkuasa tapi sekolah takat darjah 6 aje dapat sedikit kuasa
Quote lightheaded67 22-4-2024 08:54 AM
ooo amik kesempatan ko yeh, kasi lempang sama dia satu kali
Quote epullipan 22-4-2024 09:30 AM
umur 53..kasi potong kote baru tau erti penyesalan
Quote Thunderclouds 22-4-2024 10:04 AM
Jadi volunteer cegah maksiat sbb leh katup pangai hazab kuat napsu sendri.
Lobai.. Lobai
Quote salimrock 22-4-2024 10:31 AM
c===8 replied at 22-4-2024 08:45 AM
itu pasal badar dulu kena bubar akibat pakcik2 takde pelajaran yg teringin jadi penguatkuasa tapi se ...

tengok dulu diorang beromen baru tangkap... tu yg dok tahang tu....







Quote otai_g 22-4-2024 10:35 AM
Volunteer ni ada kuasa ke nak tahan org? Sp bg kuasa? Kalo Mati ketika bekerja bleh claim perkeso x?
Quote ifanonline 22-4-2024 10:40 AM
kerja pencegah maksiat ni memang utk bangsa melayu shj...ada tak cina dan india cegah maksiat?
Quote songket_merah 22-4-2024 10:42 AM
boleh bagitahu apa yang boleh diconsider kata dicabul tu?
Quote bulan_gerhana 22-4-2024 10:45 AM
songket_merah replied at 22-4-2024 10:42 AM
boleh bagitahu apa yang boleh diconsider kata dicabul tu?

tangan merayap dan meraba kot... yihhhh
harap pegar.. pegar makan padi..
Quote _blackbird 22-4-2024 10:58 AM
songket_merah replied at 22-4-2024 10:42 AM
boleh bagitahu apa yang boleh diconsider kata dicabul tu?

assault by physical or verbal w/out your consent with sexual intent.. haa gituhhhh... kalau org pegang tangan ko then ramas2 dengan tujuaan utk turn u on and ko tak rela pongggg, tu la kira cabul. verbal lak cth making threats, cth mcm taknak masuk penjara jom settle tepi, blow i 1x hihihihi
Quote Supersirap 22-4-2024 11:09 AM
Semoga mendapat hukuman yang setimpal
Quote ultra78 22-4-2024 01:08 PM
Apakah syarat dan kelayakan utk jadi sukarelawan penguatkuasa syariah? Adakah sekadar pakai kopiah sahaja?
Quote Kitty_catz 22-4-2024 01:31 PM
meh le bernusnuzon lepas2 raye ni

hagak pacit ni kena fitenoh kutt

sbb nangkap basah deme2 tu

Quote renko 22-4-2024 01:32 PM
totey mgeras ke masa anta balik tu
tu tatahan sangat tu
Quote Normiang-Baru 22-4-2024 09:54 PM
Lobai....
Quote Decaffeinated 22-4-2024 10:59 PM
Kitty_catz replied at 22-4-2024 01:31 PM
meh le bernusnuzon lepas2 raye ni

hagak pacit ni kena fitenoh kutt

Then that will be his words against hers sahaja.

Nafi sahaja lah selagi boleh but it's not so easy lah dengan polis yang dah tau selok belok orang berdalih ni. Kena gertak sikit terus cair.

Quote Firenzza 22-4-2024 11:10 PM
Boleh ke suka suki rampas kunci keta org lain?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.060412 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top