CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KKM perketat pantau penjaja makanan warga asing

22-4-2024 08:30 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5029| Komen: 39

Description: KUALA SELANGOR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperketatkan pemantauan terhadap penjaja makanan warga asing di sekitar ibu negara.


KUALA SELANGOR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperketatkan pemantauan terhadap penjaja makanan warga asing di sekitar ibu negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pasukannya akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan bagi membanteras penjaja yang menjual makanan diragui status kebersihannya.

Jelas beliau, kementerian turut mengenal pasti modus operandi yang dilakukan peniaga asing terbabit.

“Kita sudah berada di situ bagi membuat tindakan dan memantau awal perkara tersebut.

“Pihak penguat kuasa KKM akan lebih cekap dan taktikal dari sudut itu bagi mengambil tindakan lanjut,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor di Bandar Puncak Alam di sini, hari ini.

Aktiviti jualan makanan ala ‘street food’ dari negara India yang dikerumuni warga asing dipercayai beroperasi sekitar Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur pada setiap Jumaat tular di media sosial sebelum ini.


Penularan video berdurasi 23 saat itu menimbulkan reaksi netizen mengenai kelemahan sistem penguatkuasaan seolah terlepas pandang terhadap aktiviti penjajaan berkenaan yang didakwa beroperasi sejak sekian lama.


Tambah Dzulkefly, undang-undang mengenai perkara itu terkandung dalam Peraturan- Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan lebih peka dengan keadaan juadah makanan dan minuman yang dijual penjaja asing. Semua pihak perlu jelas dan faham bagi memastikan makanan yang dibeli mereka bersih dan selamat untuk dimakan,” ujarnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote midori888 22-4-2024 08:42 AM
nie lah yg adik meols citer, amik makanan guna tangan jer...kemain ramai bangla bratur...
Quote copy_paste 22-4-2024 08:46 AM
truly asia kan, xyah pergi jauh2 semuanya ada dlm malaysia
Quote krustykrab 22-4-2024 08:47 AM
Kenap kkm? Bukan ke ni patut imigresen yg bertindak sb diorg kan warga asing???
Apa nk tunggu lagi, terus angkut campak kat kandang rimau kat zoo tu.
Quote nw111 22-4-2024 09:08 AM
Pantau je ke..ada lesen ke berniaga tu..patut tapau terus je...bangang sangat dok bagi muka kat pati pengotor ni..
Quote renko 22-4-2024 09:10 AM
krustykrab replied at 22-4-2024 08:47 AM
Kenap kkm? Bukan ke ni patut imigresen yg bertindak sb diorg kan warga asing???
Apa nk tunggu lagi,  ...

entahnya tu pelik
kenapa kkm lak
imi buat apa plak
Quote ctaz 22-4-2024 09:13 AM
WARGA ASING MENIAGA - PANTAU
WARGA TEMPATAN MENIAGA - SERBU, SAMAN DAN SITA




KUHE...KUHE...KUHE
Quote Sesuatu… 22-4-2024 09:20 AM
KKM - melibatkan mknn
Immi - melibatkn warga asing
DBKL - melibatkn penjaja


Semua kena turun padang lah sama2 banteras. Yg dbkl mmg terkenal dgn list buku 555 wang perlindungan tak rasmi rm50 seminggu kankankan so saja buat buta mata melainkn mmg operasi. Kalu tamau byr beriya kacau smpi peniaga patuh byr duit perlindungan. Nasib la situ kotor kalu x mau diorg mintak mkn free sekali mcm la peniaga semua xtahu
Quote Thunderclouds 22-4-2024 10:06 AM
Sembangggg..
Korang caya kaa
Baik kkm, baik immi, baik pbt.
Pandai sembang jaaa
Quote lee_sakura 22-4-2024 10:11 AM
krustykrab replied at 22-4-2024 08:47 AM
Kenap kkm? Bukan ke ni patut imigresen yg bertindak sb diorg kan warga asing???
Apa nk tunggu lagi,  ...

tu la pasal, sepatutnye dbkl, imigresen & polis yg serbu penjaja mcm ni
Quote kucingitam 22-4-2024 12:02 PM
ramai yang tag kkm kot..pasal isu kebersihan.. pbt mana? beraya lagi ke?
Quote ninja boy 22-4-2024 12:26 PM
Ambil bangla utk kerja 3d kemudian lari kerja jahit baju melayu gunting rambut kantin bangla pasar malam bangla, ambil lagi bangla kerja 3d kemudian lari kerja jual hempon runcit tanam sayur ayam untuk bangla lain, sambil bini indon beranak sudah 2 generasi
Quote Prickford 22-4-2024 12:29 PM
midori888 replied at 22-4-2024 12:42 AM
nie lah yg adik meols citer, amik makanan guna tangan jer...kemain ramai bangla bratur...

Deyols ni takde ke kes mati keracunan makanan
Quote mejaputih 22-4-2024 12:42 PM
Prickford replied at 22-4-2024 12:29 PM
Deyols ni takde ke kes mati keracunan makanan

Perut dorg dah immune...
Quote B40tastePosh 22-4-2024 12:46 PM
WAYANGGGG
Quote midori888 22-4-2024 12:50 PM
Prickford replied at 22-4-2024 12:29 PM
Deyols ni takde ke kes mati keracunan makanan

maybe ada kot, tapi tak report...
Quote eLiaD 22-4-2024 01:16 PM
klau x viral lahabau ni sume dok goyang telo goyang tetek kahkahkah




RiP
Quote dani-rox 22-4-2024 05:48 PM
India street food sgt, dlm bideo IG ada penjual baru lepas kencing tepi jln tak basuh tangan, pegi gaul2 kuah dgn tangan sampai ke siku. ada satu lg, jual kuih apa entah, sambil seluk tangan dlm seluar garu2 telur
Quote Skuau 22-4-2024 07:34 PM
Sesuatu… replied at 22-4-2024 09:20 AM
KKM - melibatkan mknn
Immi - melibatkn warga asing
DBKL - melibatkn penjaja

ko ckp camni teringt sorang pegawai 'majlis'..siap ngn uniform,bawa van majlis..tapau kat peniaga warga asing..kalo kata dia buat intipan...awat sampai sekarang kedai tu wujud lg...mesti 'ada sesuatu sgt...kan'.
Quote Skuau 22-4-2024 07:35 PM
dani-rox replied at 22-4-2024 05:48 PM
India street food sgt, dlm bideo IG ada penjual baru lepas kencing tepi jln tak basuh tangan, pegi g ...

itu perasa tambahan..jer pon.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.051155 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top