CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sedekah jika ada lebihan stok beras – Mohamad Sabu

22-4-2024 08:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3731| Komen: 7

Description: KUALA SELANGOR: “Jika ada (lebihan), lebih baik untuk kita segera bersedekah,” kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

KUALA SELANGOR: “Jika ada (lebihan), lebih baik untuk kita segera bersedekah,” kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau menyeru semua pihak termasuk orang awam tidak menyimpan stok beras dalam kuantiti besar bagi mengelak pembaziran bekalan makanan asas itu.

Menurut Mohamad, stok yang disimpan bagi tujuan sumbangan atau perkara lain perlu segera diagihkan.

“Mana-mana perkara seumpama itu (menyimpan stok beras) sememangnya tidak boleh. Kalau tidak ada apa-apa, elok lah kita berikan kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor di Bandar Puncak Alam di sini, hari ini.

Baru-baru ini, tular dalam laman media sosial gambar puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur-Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.


Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr.  Ismail Mohamed Said memohon maaf berhubung isu itu dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya selain menyesali perkara yang berlaku.

Dalam perkara berasingan, Mohamad mengingatkan orang ramai supaya mengelak pembaziran makanan sepanjang musim lebaran ini.

“Ia susulan dapatan konsesi pembersihan Alam Flora menunjukkan bahawa 40 peratus daripada sisa buangan adalah makanan.

“Sisa-sisa buangan makanan ketika Ramadhan pula boleh mencapai sehingga 12,000 tan sehari. Jadi, kita kena elak pembaziran dan bekalan pun tak akan berkurangan,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zehra2 22-4-2024 08:44 AM
pernah tgk kat rumah anak yatim.
bersusun kampit beras setinggi dinding..
punya lah byk bantuan. sdgkan skrg ni lebih baik bantuan maknan kering/basah yg lain.
kalau takut sgt nk bg cash sebab takut di seleweng
beras ni simpan lama sgt pun jd bubuk..

kaedah penyimpanan tu yg penting. susah ler kot nak bg bantuan ikut parti.
tp tu ler.. nasib bantuan beras.. tk boleh sorok.. kalo cash.. dah lama lesap.
Quote bulan_gerhana 22-4-2024 08:50 AM
hadoii tu sbb kalau bagi statement better si munturi komunikasi je lah.. kalau mat sabu yg bagi statement.. nampak ade kurang bijak begitu.. or else jgn bagi ape2 komen..
Quote supernaturalee 22-4-2024 02:20 PM
statement gini acik porum pun blh bagi

Quote epullipan 22-4-2024 04:05 PM
statement level2 rakyat..baik takyah jadi menteri
Quote Skuau 22-4-2024 08:51 PM
"1PATI 2 kampit beras..Abe Mat cer kira PATI kt Msia ni.....
Quote MissYouSayang 22-4-2024 09:22 PM
Munteri madanon byk yg bangang2 saje
Quote Firenzza 22-4-2024 11:22 PM
Setakat ckp mcm ni, tukang kebun sek tamil ulu bendul pun blh jd muntri......piem pun blh juga

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.085195 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top