CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki cedera ditembak cuba rempuh anggota polis

24-4-2024 09:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5323| Komen: 1

Description: PETALING JAYA – Gara-gara cuba merempuh anggota polis ketika ditahan untuk pemeriksaan, seorang lelaki cedera ditembak dalam kejadian di kawasan parkir sebuah taman perumahan di Kota Damansara, di si ...


PETALING JAYA – Gara-gara cuba merempuh anggota polis ketika ditahan untuk pemeriksaan, seorang lelaki cedera ditembak dalam kejadian di kawasan parkir sebuah taman perumahan di Kota Damansara, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, suspek yang dalam keadaan mencurigakan ditahan anggota polis untuk pemeriksaan sekitar pukul 5 pagi.

“Suspek yang memandu sebuah kenderaan diarahkan supaya berhenti, bagaimanapun dia enggan dan terus memandu secara melulu.

“Suspek cuba melanggar anggota polis yang berdiri di hadapan kereta menyebabkan satu das tembakan dilepaskan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, suspek yang mengalami kecederaan di bahagian kepala kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Suspek turut didapati memiliki sembilan rekod jenayah lampau membabitkan kes bunuh, pecah rumah selain pernah dikenakan tindakan tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA).


“Siasatan dijalankan mendapati suspek menggunakan kereta curi yang sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan Sungai Buloh,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 25-4-2024 03:28 PM
buat apa selamatkan... biar la dia mati dalam keadaan terseksa

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.049417 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top