AMPANG JAYA – Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah apartmen, Jalan Pandan Perdana, di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa yang berusia 11 tahun memaklumkan diperlaku sedemikian ketika berada di dalam lif kediamannya untuk ke kedai runcit. Menurut beliau, suspek yang turut berada di dalam lif bertanyakan nama dan nombor telefon tetapi mangsa tidak mengendahkannya. “Bagaimanapun, dalam kejadian sekitar pukul 9 malam itu, suspek kemudiannya bertindak memegang tangan dan punggung mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Kata Mohd Azam, tangkapan telah dilakukan terhadap suspek lelaki berusia 32 tahun bekerja sebagai buruh, semalam manakala hasil ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif dadah dan tiada rekod lampau,” katanya.
Ujar beliau, permohonan reman ke atas suspek dibenarkan selama tujuh hari bermula semalam hingga Selasa hadapan. “Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 merujuk kepada amang seksual terhadap kanak-kanak. “Hukuman Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 hendaklah dihukum dengan pemenjaraaan maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat,” tegasnya. Sumber – KOSMO! ONLINE. |
Menurut beliau, suspek yang turut berada di dalam lif bertanyakan nama dan nombor telefon tetapi mangsa tidak mengendahkannya.
lasagnaklcc: Ada lagi penjaga yg benarkan anak perempuan pegi kedai sorg²... Malam pulak tu. Tak belajar dari kes nurin jazlin ke?
whimsicalmusic replied at 24-4-2024 11:43 PM
kt mana ni? kondo iolls pn kt pandan perdana. anak iolls pn 11 thn, seram la
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
4-5-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.047718 second(s), 41 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.