CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Isu Hutang Ezany Dengan NR Newtwork Akhirnya Selesai

17-7-2013 01:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4784| Komen: 23

Description: Konflik antara pelakon Ezany Nazariff bersama sebuah syarikat produksi berikutan kes penangguhan pembayaran akhirnya selesai apabila pelakon itu menerima kembali RM3,500 selepas dibantu Persatuan Kary ...


KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2013: Konflik antara pelakon Ezany Nazariff bersama sebuah syarikat produksi berikutan kes penangguhan pembayaran akhirnya selesai apabila pelakon itu menerima kembali RM3,500 selepas dibantu Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).

Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zaini Mohd Nizariff, 40, berkata, dia menerima cek daripada produser Titian Dua iaitu Andy dari syarikat NR Network pada 29 Jun lalu dan sudah menunaikan cek berkenaan pada 7 Julai lepas. Kes ini selesai selepas Presiden Karyawan Dato' Freddie Fernandez telah mengaturkan satu pertemuan di antara dia dan wakil penerbit Titian Dua.

"Alhamdulillah... akhirnya masalah saya dengan syarikat produksi itu selesai. Hutangnya kepada saya sudah dijelaskan selepas pihak Karyawan membantu saya menuntut kembali hak saya.

"Dato' Freddie telah mengaturkan pertemuan pertama bersama pihak produksi tersebut. Seminggu selepas itu, Dato' 'follow up' lagi dan mereka kemudiannya telah memberikan cek bayaran," katanya yang ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Anjuran Karyawan baru-baru ini.

Ezany pada 17 Jun lalu bersama enam orang kru produksi drama Titian Dua telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dekat sini bagi menuntut sebahagian gaji dari syarikat produksi NR Network yang tidak dibayar kepada mereka.

Dia bersama kru tersebut nekad membuat laporan polis selepas penerbitnya yang dikenali sebagai Andy enggan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan baki hutang kepada Ezany sebanyak RM3,500 manakala kru-kru produksi lain dianggarkan tidak mendapat upah di antara RM20,000 hingga RM30,000 secara keseluruhan.

Bagaimanapun tunggakan terhadap kru dijelaskan oleh pihak produksi beberapa hari selepas laporan polis itu dibuat manakala bagi kes Ezany ianya akhirnya telah diselesaikan 29 Jun lalu.

Ditemuramah media selepas selesai sidang media tersebut, Ezany bagaimanapun tidak akan menolak jika menerima tawaran berlakon daripada produksi yang sama, kerana katanya sebagai seorang yang profesional masalah sebegini tidak seharusnya dipanjangkan lagi dan isu masam muka sudah tidak timbul.

"Saya tak kisah jika dia beri tawaran berlakon pada saya, saya tetap akan terima...Saya bersikap profesional terhadap kerja, orang bayar saya, saya pergi, tidak kira dari produksi manapun, dan saya tidak mempunyai perasaan dendam atau apa sahaja yang negatif terhadap produksi berkenaan," ulasnya.

Pada masa yang sama Ezany turut berterima kasih kepada Karyawan kerana telah membawanya bertemu dengan pihak pengurusan RTM bagi menyelesaikan isu kononnya dia digam oleh stesen televisyen berkenaan.

"Saya amat gembira kerana dua kes saya berjaya selesai dengan baik. Saya mendapat semula wang saya dan masalah saya dengan RTM juga ditangani dengan berkesan sekali. Selepas pertemuan dengan pihak RTM itu, saya terus mendapat tawaran berlakon dua buah drama stesen TV itu. Saya berterima kasih kepada RTM dan Karyawan," tambahnya.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jepp 17-7-2013 10:22 AM
3.5k boleh shopping memacam tu..
bagi rakyat jelata mcm kaka lah...
Quote bantal_busuk 17-7-2013 10:30 AM
spam emoticon Last edited by teky on 17-7-2013 10:38 AM

Quote SANKURIANG 17-7-2013 10:38 AM
Yeay...boleh shopping belacan
Quote maxim 17-7-2013 10:40 AM
so sape india sebelah ezany tu? bukan ke beliau brader polis dalam berak khas?
Quote edoraixora 17-7-2013 10:42 AM
maxim posted on 17-7-2013 10:40 AM
so sape india sebelah ezany tu? bukan ke beliau brader polis dalam berak khas?

brader polis tu lah....tapi die Islam tau

Quote WIFEY_KETIAK 17-7-2013 10:52 AM
maxim posted on 17-7-2013 10:40 AM
so sape india sebelah ezany tu? bukan ke beliau brader polis dalam berak khas?

apa berak2 kang dato yussoff masuk terberak ko.. hehe dia org2 kuat jgk... abg din
Quote pakwetizzaqyah 17-7-2013 11:04 AM
ciput bayaran artis ni..sbb tu karya pun ciput
Quote jula7 17-7-2013 11:09 AM
mcm2 la...da 40series rupenye mamat ni kan..baby face betulla..
Quote chickenwing 17-7-2013 11:30 AM
hak mesti dituntut walau setakat rm3500!!!
Quote tomet05 17-7-2013 11:44 AM
SIKIT JE RUPANYA .. TPAI MELIBATKAN MARUAH KOT
Quote mawarmatahari 17-7-2013 12:19 PM
dh buat keje..tanak bayr..kalo rm3.50 boleh la main halal2 je..main objective nak buka mata supaya jgn nak main2kan artis..kesian diorng.
Quote ais_kosong 17-7-2013 12:22 PM
dont play2 taw!! kata ezany
Quote sokmogitu 17-7-2013 12:27 PM
pakwetizzaqyah posted on 17-7-2013 11:04 AM
ciput bayaran artis ni..sbb tu karya pun ciput
menuntut sebahagian gaji dari syarikat produksi NR Network yang tidak dibayar kepada mereka.
baki payment la... setahu aku ezany berlakon drama rm3000/episod dan rm5000/tele ... ni ms aku risik2 dgn kwn aku kerja produksi la.. rosyam byr dia mahal tau

Quote pakwetizzaqyah 17-7-2013 12:31 PM
sokmogitu posted on 17-7-2013 12:27 PM
baki payment la... setahu aku ezany berlakon drama rm3000/episod dan rm5000/tele ... ni ms aku ris ...

abg rosyam banyak duit...tapi skang slot malam raya drama abg rosyam kat tv3 dah tk de dah...msti cite bodoh yg kuar...boring
Quote jerukkedondong 17-7-2013 12:31 PM
beli susu / diaper ank dpt byk tu...

Quote pakwetizzaqyah 17-7-2013 12:32 PM
jula7 posted on 17-7-2013 11:09 AM
mcm2 la...da 40series rupenye mamat ni kan..baby face betulla..

mungkin nramai yg tak setuju...tapi kebanyakan drama dia ni mmg best2..walaupun jalan cerita paling kampong skali...sbb dia ni berlakon tk over...tk mcm cite akasia...
Quote go_kart 17-7-2013 03:36 PM
stakat 3.5k tu aku rasa ezany ni tak hadap sangat kot, mybe ni sbb maruah
heols ni kaya okeh, kaya
Quote amy_gee 17-7-2013 04:33 PM
Keciknya ezany berdiri ditengah tu......
Quote cmf_blingblings 17-7-2013 04:35 PM
kesiannya, nak dapatkan duit banyak tu sampai masuk paper, masuk balai, naik turun sana sini...business belacan lagi kencang

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.194321 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top