CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Rangka Manusia Kota Melaka - Update : Misteri Terjawab

20-8-2013 04:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13875| Komen: 31

Description: Rangka Manusia Yang Ditemui Ketika Kerja-Kerja Penggalian Berhampiran Tapak Bastian Middleburg Iaitu Sebahagian Kota Melaka Itu Dipercayai Berasal Dari Tahun 1400 Hingga 1450, Iaitu Ketika Zaman Kesul ...

Gambar hiasan

Rangka manusia yang ditemui ketika kerja-kerja penggalian berhampiran tapak Bastian Middleburg iaitu sebahagian Kota Melaka itu dipercayai berasal dari tahun 1400 hingga 1450, iaitu ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, pada masa ini rangka manusia tersebut ditempatkan di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

‘‘Kajian anatomi dan analisis saintifik telah dijalankan dengan bantuan kepakaran daripada Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, USM.

‘‘Berdasarkan hasil sampel Radiokarbon Dating ke atas tulang femur, iaitu sampel tulang yang diambil di tapak penyelidikan mencatatkan ia berasal dari tahun 1400 hingga 1450, iaitu era Kesultanan Melayu Melaka,” katanya.

Beliau memberitahu demikian ketika menjawab soalan Datuk Abdul Ghafar Atan (BN-Gadek) berhubung penemuan bahan artifek di tapak asal menara tinjau pada persidangan ketiga, penggal keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, di sini hari ini.

Ab. Rahaman berkata, keempat-empat rangka manusia yang lengkap bersama beberapa serpihan tulang lain ditemui kira-kira enam bulan lalu di satu kawasan setempat dipercayai kubur.

Bagaimanapun, beliau berkata, kajian lebih teliti kini sedang dijalankan ke atas rangka terbabit bagi mengesahkan jantina, bangsa dan lain-lain.

Ditanya pemberita di luar dewan sama ada rangka itu akan dibawa pulang ke Melaka selepas kajian selesai dibuat, beliau berkata, ia masih belum ditentukan tetapi kerajaan negeri akan berusaha untuk membawanya pulang ke negeri ini.

‘‘Kita masih lagi belum tetapkan tetapi besar kemungkinan kita akan bawa pulang ke Melaka untuk dipamerkan di negeri ini,” katanya.

Tapak Bastian Middleburg yang merupakan sebahagian tembok Kota Melaka yang dibina ketika abad ke-16 ditemui ketika kerja-kerja pembinaan menara tinjau Melaka sedang dijalankan, akhir tahun lalu.

Ekoran tersebut, pembinaan menara tersebut telah dihentikan dan ia kemudian dipindahkan ke kawasan lain tidak jauh dari lokasi tersebut.

Pada masa kini, kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sedang membina semula Bastian Middleburg dan sebahagian besar tembok Kota Melaka dengan peruntukan lebih RM12.8 juta.

Ab. Rahaman berkata, selain rangka manusia, turut ditemui pelbagai artifek di tapak tersebut antaranya porselin China, pecahan tembikar batu, patahan paip Belanda, peluru senapang dan lain-lain.
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cap_ayam 22-11-2007 08:07 AM
berdasarkan artikel, boleh dikesan ke jenis bangsa hanya pada tulang rangka?
Quote ak007 22-11-2007 05:09 PM
ntah-ntah HANG TUAH, HANG JEBAT, HANG KASTURI & HANG LEKIR.....

tapi HANG LEKIU diorg x jumpa ker......
Quote sedondon 22-11-2007 07:22 PM
Aku rasa empat org itu adalah Hang Nak Pi Mana, Hang Gila ka, Hang Ni Biar Betoi dan Opah Hang.....
Quote daun_jampi 23-11-2007 05:21 AM
tersiksa mayat oiiii....
Quote goldraja 23-11-2007 03:01 PM
dari rangka, saintis boleh tentukan bukan saja boleh tentukan jantina, malah umur ketika mati dan bangsa.. tp tidak dpt tentukan bangsa secara tepat, cuma boleh tentukan kelompok bangsa sahaja..
Quote LanoG 23-11-2007 09:06 PM
Kalo era kesultanan melaka.... mesti ler rangka penduduk melaka zaman tu.. tak pun rangka portugis masa tengah perang...
Quote goldraja 23-11-2007 09:16 PM
tidak semestinya... melaka pernah menjadi kota perlabuhan bagi kapal-kapal dagang dari timur dan barat.. mungkin bangsa lain, viking ke
Quote satria1 1-12-2007 09:47 PM
viking datang melaka ker ? xpenah dgr lak lain lain tu ade laa
Quote LanoG 2-12-2007 02:11 AM
Yang datang melaka tu viking seluar ketat... kekekeke.
Quote baksamakmu 2-12-2007 08:20 AM
ntah2 mayat tukang kebun ker...tukang masak ker
Quote wassup 3-12-2007 05:16 PM
betul tu...entah entah pecacai angkat najis....

Jgn marah mode! ampun
Quote kerz 4-12-2007 12:38 AM
tak sabar nak tahu hasil kajian rangka tu
Quote radja 4-12-2007 12:41 PM
siapa tau rangka ko akan dikaji nanti sebagai bukti bhw tamadun  manusia pd 2007 cukup hebat.

ps: rangka ko dijumpai pada tahun 4007..ketika itu manusia baru tahu bhw manusia tahn 2007 dh ada tamadun hebat dr mereka. spt mana kita skrg sedar bhw tamadun mesir purba lebih hebat dr kita.
Quote arnabkiut 5-12-2007 11:50 AM
ntah2 rangke alponso di al bukerkeq....
Quote remizati 6-12-2007 03:59 PM
org2 viking ada dtg kat mesia ler..siap kawin ngan awek2 melayu lagik... ..ini moyang aku citerler
Quote kerz 9-12-2007 04:03 PM
biar betul ni? ke ko memain?
kalau ada details, bukak la thread baru
Quote dexa 10-12-2007 01:01 PM
Originally posted by cap_ayam at 22-11-2007 08:07 AM
berdasarkan artikel, boleh dikesan ke jenis bangsa hanya pada tulang rangka?



lama la kajian tu
dan boleh trace  bangsa mana  pompuan ke lelaki
dan berdasarkan tulang juga boleh tahu roughly umur
masa mati tu --

it could be any races though
sebab zaman kesultanan melaka tu ramai bangsa asing
dah datang berdagang  
arab  china india dan portugis pun dah start bertapak

but it is an awesome finding
boleh banyak lagi dipelajari berdasarkan
rangka2 yang ditemui tu
Quote pisangtiga 8-1-2008 01:33 PM
MALUNYA厖厖
Quote yellowfish 8-1-2008 03:31 PM
wahhh... lamanya rangka tu.. tak reput pulak ye.. kuasa Tuhan

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.065187 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top