CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Rita Rudaini & Aidil Sah Bercerai

6-9-2013 11:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 186180| Komen: 2509

Description: Seremban: “Alhamdulillah Semuanya Sudah Berakhir, Jodoh Kami Setakat Di Sini Saja, Dengan Keputusan Ini Berakhirlah Semua Konflik Rumah Tangga Saya Selama Ini.
Saya kesal Aidil tidak sabar’

Seremban: “Alhamdulillah semuanya sudah berakhir, jodoh kami setakat di sini saja, dengan keputusan ini berakhirlah semua konflik rumah tangga saya selama ini.


“Bagaimanapun, saya kesal kerana Aidil tidak sabar dan bertindak terburu-buru menceraikan saya tanpa mengikut proses yang sepatutnya. Bagi saya tindakan Aidil menceraikan saya melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) ini umpama menghina saya sebagai seorang isteri dan wanita serta mahkamah,” kata pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 37, yang sah bercerai dengan pemain bola sepak kebangsaan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 26, di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam. Rita yang berbaju kurung moden dan bertudung dilihat tenang ketika Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor memutuskan penghakiman itu sebaik mendengar hujahan kedua-dua pihak. “Semuanya sudah selesai, saya berharap jika Aidil ditakdirkan mempunyai jodoh dengan wanita lain, saya doakan dia bahagia dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai suami,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Sementara itu, Aidil ketika ditemui mengakui sedih dengan perceraian itu, tetapi terkilan dengan sikap Rita yang memburukkan namanya melalui media sosial.


“Dia melepaskan geram dengan cara itu sedangkan hal rumah tangga tidak boleh dihebohkan. Apapun dia pernah menjadi isteri dan masih ibu kepada anak-anak saya.

“Saya sedih dengan perceraian ini, tetapi reda atas apa yang berlaku kerana saya yakin ada hikmah di sebaliknya,” katanya. Aidil yang juga pemain Johor Darul Takzim itu berkata, perceraian itu berpunca daripada kesilapan mereka dan tiada kena mengena dengan orang ketiga atau keluarganya. “Biarlah masalah ini saya simpan dan tidak perlu orang lain tahu. Namun, saya mahu menasihati Rita, sekiranya ditakdirkan berkahwin lain, tolong jaga maruah suami, jangan sesekali mengaib kan suami,” katanya. Katanya, siapa yang tidak sedih apabila perkahwinan yang pada mulanya suka sama suka akhirnya berakhir begini. “Saya reda dan terima jodoh kami hanya setakat ini saja, tetapi tidak pernah berdendam dengan Rita,” katanya. Aidil dan Rita bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada Februari 2008 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 10 bulan.


RITA berjalan keluar dari bangunan mahkamah selepas diceraikan.

Foto di mahkamah

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zwaty 6-9-2013 09:12 AM
" Rita Rudaini tiba di mahkamah jam 10.30 pagi sambil ditemani beberapa rakan manakala Aidil Zafuan tiba bersama bapa dan abangnyakira-kira jam 11 pagi."

Tak jntan sgguh Aidil...d temani Abg & bapa...dah mcm dia plak pompuan....
Quote ribena84 6-9-2013 09:19 AM
Setempat
‘Saya kesal Aidil tidak sabar’

0  1 Google +1  0  0 Cetak
Oleh Suraya Roslan

Seremban: “Alhamdulillah semuanya sudah berakhir, jodoh kami setakat di sini saja, dengan keputusan ini berakhirlah semua konflik rumah tangga saya selama ini.

“Bagaimanapun, saya kesal kerana Aidil tidak sabar dan bertindak terburu-buru menceraikan saya tanpa mengikut proses yang sepatutnya. Bagi saya tindakan Aidil menceraikan saya melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) ini umpama menghina saya sebagai seorang isteri dan wanita serta mahkamah,” kata pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 37, yang sah bercerai dengan pemain bola sepak kebangsaan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 26, di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam. Rita yang berbaju kurung moden dan bertudung dilihat tenang ketika Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor memutuskan penghakiman itu sebaik mendengar hujahan kedua-dua pihak. “Semuanya sudah selesai, saya berharap jika Aidil ditakdirkan mempunyai jodoh dengan wanita lain, saya doakan dia bahagia dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai suami,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.


Sementara itu, Aidil ketika ditemui mengakui sedih dengan perceraian itu, tetapi terkilan dengan sikap Rita yang memburukkan namanya melalui media sosial.

“Dia melepaskan geram dengan cara itu sedangkan hal rumah tangga tidak boleh dihebohkan. Apapun dia pernah menjadi isteri dan masih ibu kepada anak-anak saya.


“Saya sedih dengan perceraian ini, tetapi reda atas apa yang berlaku kerana saya yakin ada hikmah di sebaliknya,” katanya. Aidil yang juga pemain Johor Darul Takzim itu berkata, perceraian itu berpunca daripada kesilapan mereka dan tiada kena mengena dengan orang ketiga atau keluarganya. “Biarlah masalah ini saya simpan dan tidak perlu orang lain tahu. Namun, saya mahu menasihati Rita, sekiranya ditakdirkan berkahwin lain, tolong jaga maruah suami, jangan sesekali mengaib kan suami,” katanya. Katanya, siapa yang tidak sedih apabila perkahwinan yang pada mulanya suka sama suka akhirnya berakhir begini. “Saya reda dan terima jodoh kami hanya setakat ini saja, tetapi tidak pernah berdendam dengan Rita,” katanya. Aidil dan Rita bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada Februari 2008 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 10 bulan.

Foto
RITA kelihatan sugul ketika berjalan keluar dari bangunan mahkamah selepas diceraikan.

Quote novlin 6-9-2013 09:56 AM
fida75 posted on 6-9-2013 08:56 AM
berakhir sudah... apa2 moga dorg berbaik lepas nie..  demi utk anak2 dorg...
gambo dlm met ...

mod @maxim boleh tak tukar tajuk benang... RR sah bercerai talak 1... isu bonda ni dah tak relevan dah...
Quote fida75 6-9-2013 10:09 AM
novlin posted on 6-9-2013 09:56 AM
mod @maxim boleh tak tukar tajuk benang... RR sah bercerai talak 1... isu bonda ni dah tak relevan ...

betui2... bonda tu nak tumpang glamer jer kan... taktik dia menjadi dh pn sbb org dok follow lak IG dia

@maxim mod nak tacang eh... beso sket...
Quote maxim 6-9-2013 10:18 AM
fida75 posted on 6-9-2013 10:09 AM
betui2... bonda tu nak tumpang glamer jer kan... taktik dia menjadi dh pn sbb org dok follow lak I ...

sory aku terpaksa splitkan..skang dah xley campur2 tajuk..admin marah





Quote Claudia_Lestat 6-9-2013 10:21 AM
aidil dah cfm dgn ema ni rasanya tu yg dia talakkan rita terus. lebih elok mcm tu kalo dah sungguh takde hati perasaan.

well aidil kalo kawen dgn ema nanti mmg UNTUNGLAHHHHHHHHH.... hehehe..
Quote NAT_11 6-9-2013 10:24 AM
maxim posted on 6-9-2013 10:18 AM
sory aku terpaksa splitkan..skang dah xley campur2 tajuk..admin marah

Momod maxim, BUKANKAH BENANG PASAL RITA dah ada..............???????????????????
Momod skymaniam cakap, tak boleh sesuka hati buka  benang yang sama.
Jadi, apahal momod bagi TT ni kredit sampai 35.............????
Camna kalau ada orang lain bukak benang fasal Rita lagi.....?????
Quote lavenderrr1 6-9-2013 10:25 AM
yup moga aman2 saja lepas ni aidil n rita..n moga masing2 menemui kebahagian masing2..be it aidil n zarema or saper2 saje....yg penting lepas ni both kena maintan berbaik demi anak2 tu...sedih mengenangkan anak2 kecik dah jd camni...
Quote miawpink 6-9-2013 10:28 AM
Foto di mahkamah





Quote maxim 6-9-2013 10:29 AM
NAT_11 posted on 6-9-2013 10:24 AM
Momod maxim, BUKANKAH BENANG PASAL RITA dah ada..............???????????????????
Momod skymaniam  ...

nampaknya korg still x paham lg. mmg la benang rita dah ada, tp isu lain2. yg satu lagi isu tua, ni isu cerai. skang dah xley gabung2 isu dalam satu thread. ni arahan admin.

cc: @skymania  cpt siapkan  
Quote miawpink 6-9-2013 10:29 AM


[ @ ] ritrud727 Bila keburukan sendiri trbuka jgn salahkn org lain..salahkn diri sendiri krn itu adalah petunjuk dr ALLAH utk kita insaf atas segala prbuatan kita selama ini..KEJAHATAN XKN MENANG SELAMANYA..   
Read more at http://web.stagram.com/n/ritrud727/#oggywhYvPuotIpIC.99  
Quote lepapilon 6-9-2013 10:30 AM
sebelum hantar aidil baca dekat 10 kali kesian jugak kat dia memang kita yg tengok ni pon terasa penat nk layan rentak rita. itu x kena ini xkena. nafkah ank jgn lupa eh aidil
Quote alyafea 6-9-2013 10:31 AM
Cian rita senyum tp air muka dia nmpk sedih ... Xpe la rita lps ni muhasabah diri insyaAllah dpt y lg baik ...
Quote jargon 6-9-2013 10:31 AM
kdg kapel cerai masa tgh kahwen gadoh bgai nk rak..bile cerai ok je bbaik...lisawati sila bmbang sbb somi si poji anda brkemungkinan mengorat rita lagi..:lol
Quote NAT_11 6-9-2013 10:32 AM
maxim posted on 6-9-2013 10:29 AM
nampaknya korg still x paham lg. mmg la benang rita dah ada, tp isu lain2. yg satu lagi isu tua, n ...

OOOOOOOwwww....camtu.
Nampak gayanya akan muncul 2 or 3 more tread fasal RITA je...........
Quote maxim 6-9-2013 10:34 AM
NAT_11 posted on 6-9-2013 10:32 AM
OOOOOOOwwww....camtu.
Nampak gayanya akan muncul 2 or 3 more tread fasal RITA je...........:lovel ...

well, kitorg pn x suka. semak. but just get used to it lah. kalau xde isu hot or terlalu sendu pn kitorg katup jah nanti
Quote sekel 6-9-2013 10:34 AM
RR sentiasa hot
Quote miawpink 6-9-2013 10:36 AM
NAT_11 posted on 6-9-2013 10:24 AM
Momod maxim, BUKANKAH BENANG PASAL RITA dah ada..............???????????????????
Momod skymaniam  ...

kan sky da ckp ri tu
admin nak kita buat banyak benang
tapi bukan benang yang sama
satu artis boleh bukak banyak benang tapi make sure ada isu
contoh

rita bergaduh ngan mak engku - 1 isu
rita di sah kan bercerai - 1 isu
artis yang sama tapi isu dia lain


kata kan kalo adi putra tu
adi putra sakit masuk spital - 1 isu
adi putra skandal ngan bini orang - 1 isu

mcm tu la
tapi jangan la isu yang biasa n x meletop pun nak buat benang gak

contoh mcm benang sy
pasal nd (x ada isu pun tapi gatal nak buka )
di sebab kan kesinambungan benang yg lepas
momod kna katup

tu la setakat pemahaman sy
arap nat paham ngan pemahaman sy ni
Quote hemoh2 6-9-2013 10:37 AM
Allahuakbar....runtuh sudah sebuah masjid cinta...
Moga masing2 amik iktibar....2-2 ada kesilapan...

Lihat semua komen(2509)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.128806 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top