CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Rita Rudaini Menangis

25-9-2013 09:24 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 36702| Komen: 214

Description: Rita Rudaini Menangis. Akan Tetapi Ini Bukan Kerana Kisah Sedih Atau Kisah Penceraian Yang Melanda Dirinya. Tetapi Ini Adalah Tangisan Kegembiraan.
                                                                                               
                                       
                       
 



Yup  Rita Rudaini menangis. Akan tetapi ini bukan kerana kisah sedih atau  kisah penceraian yang melanda dirinya. tetapi ini adalah tangisan  kegembiraan.
Produk Rita iaitu produk pelangsingan  badan “RS” Magic Slym dikatakan amat laris dan mengaut keuntungan RM 60,  000 sehingga membuat Rita menangis.


Jom baca laporan dari MStar:
Pelakon  Rita Rudaini mengakui dia terkejut apabila produk  kecantikannya RS  Collagen mendapat pulangan keuntungan yang besar pada  bulan pertama  perniagaannya iaitu sebanyak RM 60,000.
Rita yang berkongsi  perniagaan bersama rakan karibnya, Siti Saleha  Idris, berkata, keadaan  itu membuatkan mereka menangis kerana tidak  sangka produk tersebut  laris di pasaran dalam jangka masa pendek.

“Mula-mula kami  menjual produk ini selepas Saleha berkongsi rahsia  kecantikan dia yang  dibuat khas di rumah oleh ibunya dan sebagai  permulaan kami  mengeluarkan RS Collagen  hanya 20 botol sahaja.

“Tidak lama  selepas itu kami mendapat respons yang positif daripada  para pelanggan  yang mana sebahagian daripada mereka adalah peminat saya  sehinggalah ia  mencecah kepada 3,000 botol pengeluaran sebulan.

“Kemudian pada  penghujung bulan ketika kami ingin membahagi duit   masing-masing, saya  terkejut apabila keuntungan kami mencecah RM60,000.  Saya dan Saleha  menangis ketika mengira duit ketika itu,” katanya.

Rita ditemui  pada majlis pelancaran produk kecantikan RS Magic Slym  yang diadakan di  Hotel Royale Bintang @curve di sini pada Sabtu.
Turut hadir,  rakan kongsi Rita, Saleha manakala majlis dilancarkan  oleh Pengerusi  Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
Dalam pada  itu tambah Rita, dia juga bersyukur memiliki teman karib  seperti  Saleha yang membuka matanya dalam bidang perniagaan dimana  sebelum ini  dia langsung tidak tahu cara-cara sebuah perniagaan  beroperasi.

“Saya memang tidak tahu meniaga terutamanya dalam menguruskan wang niaga.
“Kalau nak tahu, sebelum ini saya menyimpan duit hanya dalam beg plastik sahaja di rumah.
“Dan apabila Saleha mendapat tahu saya tidak pandai menguruskan duit   niaga, dia terus mencadangkan untuk membuka syarikat bersama dibawah   nama RS dan seterusnya kami membuka akaun bank pula bagi memudahkan   urusan perniagaan,” tuturnya.

Kejayaan produk RS Collagen membuatkan mereka mengeluarkan produk penurunan berat badan iaitu RS Magic Slym.
Menurut Saleha, memandangkan masyarakat kini sering mencari produk   menguruskan berat badan bersesuaian dia dan Rita mengambil inisiatif   mengeluarkan produk berkenaan sejak Julai lalu.
“Biasalah perempuan seribg mencari produk-produk sesuai untuk menurunkan berat badan.

“Menariknya produk ini ia dihasilkan menerusi barangan organik terpilih  sekaligus sesuai untuk menyempurnakan sistem pencernaan.
  “Alhamdulillah sehingga kini kami mendapat respons positif daripada   semua pelanggab. Malah kami sudah pun memiliki agen-agen bagi menjual   produk ini,” katanya

       


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myakayina 23-9-2013 09:46 AM
rezeki anak2 dia lah..
Quote BuBuComey 23-9-2013 09:49 AM
ada sesapa penah try produk dia ni? amacam respon?
Quote kuchenta_81 23-9-2013 09:51 AM
lurusnya dia ni semua nak cerita. hati hati rita.
Quote kajol77 23-9-2013 09:52 AM
mcm nk try...tp iols pun dah slim..selain khasiat boleh slim, ada tak manfaat yg lain? respon pliss...
Quote apatah 23-9-2013 09:52 AM
alhamdullah
Quote kajol77 23-9-2013 09:53 AM
kuchenta_81 posted on 23-9-2013 09:51 AM
lurusnya dia ni semua nak cerita. hati hati rita.

mengundang pencuri konsepnya...
Quote poyohabis 23-9-2013 09:53 AM
simpan duit dlm plastik kat umah..bahayanye la..kang msuk umah di pencuri abis semua duit...duit ada tu melabur lar dlm asb...unit2 saham mana2...atau beli tanah seekar tanah pon ada harga 60k tengok tempat lar...leh buat tanam pokok2 buah2an...
Quote nurfariezza 23-9-2013 09:55 AM
sape yg penah gne produk RS Collagen?
ok x?
Quote whadda 23-9-2013 09:57 AM
die ni memang gune ke RS collagen ni... klo aku gune kulit aku boleh jadi moist cam kulit die ke... atau die jadi duta produk tu je...
Quote kajol77 23-9-2013 09:58 AM
nurfariezza posted on 23-9-2013 09:55 AM
sape yg penah gne produk RS Collagen?
ok x?

nampaknya kena masuk instagram rita la...baru tau...
Quote haryatie 23-9-2013 09:58 AM
kalau duit ribu2 x kan simpan dlm beg plastic jerk kat rumah
x kan x de akaun bank..pelik ler pulak..
Quote AbukRokok 23-9-2013 10:00 AM
kajol77 posted on 23-9-2013 09:53 AM
mengundang pencuri konsepnya...

ya mungkin....pencuri hatinya
Quote kajol77 23-9-2013 10:01 AM
AbukRokok posted on 23-9-2013 10:00 AM
ya mungkin....pencuri hatinya

klu yg itu...memang dialu2 kan...
Quote nurfariezza 23-9-2013 10:03 AM
kajol77 posted on 23-9-2013 09:58 AM
nampaknya kena masuk instagram rita la...baru tau...

i ade jgk follow rita...
tp lately da xbyk testi..
lgpon testi dia byk cm pkai cmera 360 je..


Quote sepoibahasa 23-9-2013 10:04 AM
aku pernah pakai heheheh  
Quote juliez 23-9-2013 10:04 AM


berkongsi rahsia  kecantikan dia yang  dibuat khas di rumah oleh ibunya


Produk bancuh kat rumah pun ramai org nak beli eh.. ada amalan pengilangan GMP ker tak produk ni? Mak partner RR mesti professor kimia @ pakar kulit sampai boleh bancuh sendiri la produk kat rumah .. dasyat
Quote jeygi 23-9-2013 10:05 AM
mst produk neh mahal...
sy x mampuuuu...huhuhuhu
Quote chaintea 23-9-2013 10:07 AM
alhamdulillah, bagus la..

jangan lupa byr zakat..jgn sampai dikejar LHDN
Quote nonamanis83 23-9-2013 10:08 AM
BuBuComey posted on 23-9-2013 09:49 AM
ada sesapa penah try produk dia ni? amacam respon?

sedang try,
baru minum 2 peket,
so far nmpk kesan,
berat dr 75 skrg timbang dah 69kg,
yahooo

Lihat semua komen(214)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.068826 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top