CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Beego Jadi 'Mr. Mama'

4-10-2013 05:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12404| Komen: 44

Description: Setiap Ikatan Perkahwinan Semestinya Mendambakan Kehadiran Cahaya Mata Sebagai Pengikat Kasih Dan Penyeri Keluarga. Bersyukur Di Atas Kurniaan Allah Swt Dalam Masa Yang Terdekat Ini, Pelakon Cantik, L ...
SETIAP ikatan perkahwinan semestinya mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai pengikat kasih dan penyeri keluarga.

Bersyukur di atas kurniaan ALLAH SWT dalam masa yang terdekat ini, pelakon cantik, Linda Hashim, berharap diberikan kesihatan yang baik untuk diri dan kandungannya.

Tidak pernah berbincang mengenai jantina anak, baik Linda mahupun Beego, mereka menerima apa jua ketentuan dengan tangan yang terbuka.

"Sebenarnya, saya dan Beego tak pernah memilih untuk jantina anak. Lelaki atau perempuan, saya tak kisah.

"Selalunya, kelahiran pertama, orang tak kisah sangat. Yang penting, proses kelahiran berjalan lancar dan bayi sihat.

"Di trimester pertama, saya dinasihatkan supaya tidak melakukan kerja berat dan menjaga kesihatan agar tidak memudaratkan kandungan," katanya yang bakal menyambut kelahiran pada April tahun depan.

Tambah Linda, suaminya, Beego lebih teruja berbanding dirinya apabila mendapat tahu berita ini.

Beego jadi 'Mr. Mama'

Walaupun tidak mengalami alahan teruk, akui Linda, di usia kandungan dua bulan lebih itu, dia turut mengalami rasa loya dan pening kepala.

Katanya, pada awal-awal kehamilan, dia sering tidak sihat dan demam.

"Semasa saya demam, Beego yang banyak membantu. Dia uruskan kerja rumah dan masak bubur untuk saya.

"Sebelum ini, saya tak pernah lihat dan jangka dia akan membantu saya sampai ke tahap itu.

"Dia sangat mengambil berat mengenai saya dan setiap kali pergi kerja, dia akan bekalkan saya dengan makanan dan buah-buahan," katanya yang kini masih menjalani penggambaran drama 26 episod, Pulang Sayang, untuk RTM.

Selain itu, Linda bakal muncul dalam drama istimewa sempena Aidiladha, Bunga Larangan di TV Al Hijrah dan Mencintaimu di TV2.



Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whadda 4-10-2013 04:48 PM
canteknye linda...
Quote selendangungu 4-10-2013 04:48 PM
cantik linda ni
Quote mast3r 4-10-2013 04:49 PM
Tahniah.. Janji ade baby, pengikat kasih syg..
Quote Lavender_Violet 4-10-2013 04:58 PM
Cantik Linda tp Beego cam busuk
Quote ikaizraa 4-10-2013 05:06 PM
linda cantik. aku suke dia. beego ni kulit dia versi2 jimmy shanley tu ek. dia ade sorg kazen laki, hensem woooo!
Quote suterabiru123 4-10-2013 06:18 PM
Bagusla..moga perkahwinan ni kekal hingga ke syurga
Quote makadek 4-10-2013 07:20 PM
Linda ni cantik sgt...wlpon x mekap..mata dia bekaca kaca.mcm nk menangis
Quote meow_tompok 4-10-2013 07:34 PM
Lavender_Violet posted on 4-10-2013 04:58 PM
Cantik Linda tp Beego cam busuk

khen cantik die
sape tah dulu gossip die cat dinding
ko kata beego busuk, ko baca posting ikizraa, kezen die ensem.


Quote rayna_raynes 4-10-2013 07:52 PM
Cantiknya perempuan ni
Quote xixin5230 4-10-2013 07:53 PM
cantik linda
Quote misskitty 4-10-2013 07:58 PM
cantik seri mengandung..
Quote kupucomel 4-10-2013 08:08 PM
biasa jer aku tgok
Quote MsIda 4-10-2013 08:15 PM
Cantik & so photogenic linda ni...
Untung beego dpt bini cantik....
Quote mitnick 4-10-2013 08:53 PM
bizinya linda walau ngandung2...
Quote yayah8989 4-10-2013 09:51 PM
lawa linda np beego nmpk tua sgt
Quote munchkin 4-10-2013 10:21 PM
cantiknya linda. baguslah beego jaga. moga terus berbahagia. take care of each other.
Quote lil_sparky 4-10-2013 10:59 PM
cantiknya linda...jelesss
Quote lotionmilo 5-10-2013 12:40 AM
anak beego yang 1st ke?
Quote wangii 5-10-2013 12:58 AM
moga korang bdua bahagia dan jg kandungan elok elok....sweet couple....

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.059509 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top